Monday, October 23, 2023

Burger di Woodfire


Akhirnya dapat juga makan di Restoran Woodfire. Selalu saja kami ke Taman Tun tapi asyik je terlupa nak ke kedai makan ini sebabnya lokasinya jauh sedikit dari kebiasaan shoplot yang kami lalu. Kedainya berdekatan dengan butik Naelofar. Tak banyak gambar diambil hanya kami berempat sahaja yang makan. Aliah tak join sebab sekolah :) Tak ingat pula pergi kawasan ini untuk apa, dah alang-alang dekat itu yang terus pergi ke Woodfire.



Disebabkan pertama kali makan di sini, enZaf order sahaja yang menarik perhatiannya. Masing-masing berkongsi makan rasa sorang sedikit. Sedap betul Burgernya. Habis licin kami makan. Paling sedap air di bawah ini, Vanila Milkshahe. Tak perlu lagi beli jauh-jauh di Five Guys.



Nak tengok menu lain boleh sahaja pergi ke laman sesawangnya [link] atau pun search di Instagram :) Dah keluar baru teringat tak ambil gambar depan kedai. Ada satu lagi, kedainya sejuk ya amat. Tak boleh nak duduk lama-lama dalam kedai, habis makan terus keluar hahaha...



Keesokkan harinya kami pergi ke Ikano. Mencari kasut sukan Ariq. Ai tak masuk dalam kedai sukan OC (Original Classic) hanya tunggu di luar sambil tu ambil gambar Qaireen.



Pergi Lotus pula cari barang dapur sedikit, nak masuk Lotus tu ternampak butik tudung Bellery. Kebetulan sehari ke dua hari sebelum dapat Whatsapp dari Bellery ini beritahu ada sale beli 2 helai harga RM50 untuk cotton printed. Apa lagi laju lah kaki ai melangkah masuk ke dalam dan laju-laju pilih corak dan warna. Keluar dari kedai enZaf dah pandang beli apa lagi hahahaha..



Hasil belian tudung harian yang akan digunakan untuk hantar dan ambil anak di sekolah :p

No comments: