Friday, October 13, 2023

Bunga Lego


Gambar di bawah ini tengah tunggu dia angkat barang untuk balik. Sekolahnya jadi tuan rumah untuk pertandingan ragbi seluruh SBP. Jadinya semua murid wajib pulang bermalam dan perlu mengosongkan loker.



Bukan main lebar senyum nampak Mummy ambil gambar dia hehehe.. Bila kena bawa balik semua barang, penuh satu kereta dengan barang-barangnya. Ruang luar aspuri pun penuh dengan barang-barang :) Pertama kali ambil dia waktu pagi, lepas hantar Qaireen di sekolah terus ke Batang Kali. Pada waktu malam, akak Zahra dan Aliah pasang lego. enZaf beli lego untuk Qaireen tapi kakak-kakak dia yang pasangkan.



Lupa pula nak ambil gambar lego Qaireen yang dah siap. Keesokkan harinya mereka berdua sambung lagi buat lego lain pada waktu malam. Kali ini lego yang enZaf beli untuk ai. Bila dah mata tak berapa terang sangat ai suruh anak-anak saja yang pasangkan. Kejap je siap, laju betul anak-anak ni buat.



Gambar di bawah inilah hasil akak Zahra dan Aliah buat. enZaf tahu ai suka bunga Orkid. Nak bela yang betul tak pandai. Artificial dah ada, kali ini beli kelainan sikit bunga Orkid dari lego. Cantik sangat. Thank you my girls pasangkan.



Oh ya sebelum itu pada waktu petang, enZaf ajak lepak minum kopi. Pergi dekat sahaja di Gigi Coffee, Emporis. Memandangkan hari Jumaat, ai pakai dress dan tudung bertemakan Palestin sebagai tanda solidariti bersama Gaza.



Best Gigi dalam Emporis ini, tak ramai orang. Tenang sikit nak lepak bila kurang orangkan.



Qaireen dan abang Ariq makan aiskrim Oh Apong.



Akak Zahra tak layan cofee dan dia tak ada rasa nak makan. Masih kenyang makan tengahari. Aliah sorang je yang tiada, dia kat sekolah :)



Sebelum balik kami singgah Jaya Grocer. enZaf beli stok makanan kunyah-kunyah dia yang semakin susut. Selalunya kat rumah tu, abang Ariq dan Qaireen yang perabiskan hahaha.. Ai jarang mengunyah.



No comments: