Friday, January 20, 2023

Rugby Touch Friendly


Masukkan gambar Aliah dan team ragbinya masa perlawanan persahabatan. Tak banyak gambar yang diambil oleh Cikgu Azwan tapi ai tetap nak letak dalam blog sebagai kenangan. Pada mulanya ai dah rancang nak pergi tengok Aliah tapi sampai-sampai saja sekolah tempat yang dia main tu tak nampak pula padangnya. Gigih lah pusing keliling sekolah tu tetap tak nampak hahaha.. semangat nak skodeng anak tapi tak menjadi :p Perlawanan persahabatan yang pertama ini diadakan di sekolah area Sungai Ara. Tak silap ai nama sekolahnya SK Kampung Subang. Gambar yang ada sebelum dan selepas sahaja. Jadilah kan dari tak ada.







Gambar-gambar di bawah ini pula adalah perlawanan persahabatan yang ke dua hari yang berlainan, di sekolah area Damansara Perdana iaitu SK Bukit Lanjan. Perlawanan ini ai tak pergi tengok sebab Qaireen tak berapa sihat. Aliah pun pergi dengan cikgunya bersama teammate.







No comments: