Tuesday, July 12, 2022

Kisah Satu Hari Raya Aidiladha


Sambutan Hari Raya Haji kami tahun ini agak suram terutamanya sebelah keluarga ai. Buat pertama kali beraya tanpa arwah Achik. Lain sungguh rasa. Sunyi tiada dengar suaranya, selalunya suara dia lah yang meriuhkan keadaan dengan melayan anak-anak di dapur itu ini :( Haish kalau cerita bab arwah mesti berair mata. Rindunya kat arwah. Singgah kubur dahulu sebelum sampai rumah Sg. Buloh. Abah, Mak dan adik-adik dah ziarah pada awal pagi lagi, kami sampai lepas solat Zuhur.



Pagi raya kami beraya di rumah dahulu, anak-anak request nak makan Spaghetti Bolognese. Senang kerja ai sebab masak spaghetti ni cepat. Dah selesai makan baru kami bergambar raya sekeluarga. Pinggan Corelle tu beli masa kami ke Langkawi masa bulan Februari. Itu pun tak dapat semua jenis sebab tiada stok. Nak cari yang loose susah pula. Oh ya, cerita bercuti ke Langkawi belum masukkan lagi dalam blog, moga ada kerajinan update lepas ni.



Bila balik rumah Mak dan mertua, barulah kami makan makanan raya. Di rumah Sg. Buloh seperti biasa ada Lodeh cuma makan dengan nasi impit, Hari Raya Aidlifitri sahaja ada makan dengan ketupat nasi. Rumah mertua makan Lemang dan Rendang Daging. Tak bergambar pun dengan dorang, masing-masing dah tukar baju huhu.. gambar yang ada anak-anak main dengan anak kucing. Kucing baru adik ai setelah 5 tahun tiada kucing sejak kematian Putih.



Lewat petang balik rumah mertua pula. Senang bila kedua-duanya dekat, satu hari je cover terus beraya, tiada gaduh-gaduh hihi.. Ada bergambar dua tiga keping masa kami dalam kereta.







Dalam pukul 10.30 malam kami pergi tengok wayang. Bawa anak-anak tengok cerita Minions di MBO, Atria Mall.



No comments: