Thursday, July 28, 2022

Ayam Jollibee


Pertama kali makan ayam di Jollibee. Salah satu restoran fast food yang agak baru masuk Malaysia. Setakat ini ada 2 cawangan sahaja, cawangan pertama di Sunway Pyramid dan terbaru di Pavilion Bukit Jalil. Kami pergi makan ini di Pavilion. Ai pun baru tahu ada Pavilion lain selain dari KL hihi..



Makanannya lebih kurang macam KFC, ada Original dan Spicy juga. Ada menu lain juga selain dari ayam goreng iaitu pasta dan burger. Ai cuba Spicy Chicken. Boleh tahan sedap juga, anak-anak pun suka. Cuma satu je coleslow tu tak boleh lawan KFC punya :) Boleh rujuk Jollibee website untuk lihat lebih banyak menu [link]



Kami datang makan pada hari biasa, jadi tak ramai sangat orang. Outlet sini pun tak berapa besar sangat. Kalau hujung minggu mungkin sesak sikit lah kan. Kalau nak datang lagi makan sini jauh sangat pula. Harap-harap tak lama lagi bukalah di Damansara pula.



Memandangkan Pavilion Bukit Jalil ini shopping mall baru, aircond dalam mall ini pun terasa sejuk ya amat. Teman Ariq beberapa kali ke toilet asyik je nak buang air kecil hihihi... mujurlah toilet pun cantik, besar dan bersih. Tempat barukan, haruslah selfie dengan dia ;) Kami makan dalam Jollibee tadi pun agak laju juga, tak tahan dengan kesejukan yang melampau haha..



Gambar di atas tu ai terpaksa bawa Ariq ke toilet sebab masa dia minta nak buang air kecil tu, Daddy dia tengah beratur order makanan dalam Jollibee. Bila dah bawa dia tu masuk dalam toilet wanita sajalah. Nak suruh dia pergi masuk sorang diri dalam toilet lelaki ai tak berani lepaskan. Kalau tak memang Daddy dia yang temankan. Zahra dan Aliah kalau nak ke toilet pun ai akan ikut sama walaupun dah besar. Risau tak nampak depan mata, sekarang ini apa pun boleh jadikan.

No comments: