Aktiviti 1hb pada bulan Februari kami berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa. Tak banyak gambar pun ambil masa ini, ambil dua tiga keping sebagai kenangan dan untuk disimpan dalam blog ;)
Dalam pukul 4 petang kami sampai di sini, orang pun dah agak ramai juga. Cuaca pula mendung, seronok je cycling tak berpeluh sangat. Bagi ai lah tak berpeluh sangat tapi untuk anak-anak boleh tahan basah juga :)
Tengok gambar Ariq ini terasa macam besar pula dia. Rambutnya tebal dah, tak potong-potong lagi. Gambar di bawah ini, tiba-tiba enZaf berhenti ajak bergambar. Tak pasal-pasal orang belakang kami pun kena berhenti juga. Terus masuk dalam frame sama kan hehehe.. Qaireen tak nampak sebab dia duduk depan Daddynya.
Seperti biasa, setiap kali lepas berbasikal kami akan ke Restoran Subaidah lepak minum sebelum balik rumah. Dah alang-alang minum anak-anak akan order Roti Canai sekali. Memang ai tak akan turun berat kalau macam inilah kejadiannya hahaha.. Turun 1kg tapi tambah 2-3 kg semula :p
Tiba-tiba teringat pada Taman Botani Shah Alam, lama kami tak berbasikal kat sana. Nanti nak ajak enZaf pergi sana pula. Kat sana berbasikal lebih seronok sebab banyak naik turun bukit. Ketat peha dibuatnya hihi..

No comments:
Post a Comment