Monday, February 14, 2022

Cinnamon Rolls Sedap


Sebenarnya pada waktu kami keluar petang ini untuk mengikut enZaf bermain bola. Tapi sebelum itu dia ajak makan petang untuk mengalas perut dahulu. Tak ada perancangan pun nak makan di mana. Sampai di area Bukit Jelutong barulah kami mencari kedai. Dalam mencari-cari itu, kami tertarik dengan satu kafe ni. Terus enZaf berhenti parking di tepi jalan. Berhenti bersebelahan dengan bus stop, sempatlah ai ambil gambar anak-anak :)



Tempat hentian bas ni pun menarik dan ceria dengan warna-warni. Bukan selalu nak ke bus stop tiba-tiba kan hehehe.. Masa ambil gambar ni, Daddynya cakap geng bas sekolah ke :p Dah bergambar terus laju menuju ke kedai yang dipilih.



MasyaAllah terujanya ai tengok makanan yang dihidang tu. Banyak sangat Cinnamon Rolls dengan pelbagai flavours. Anak-anak pula memang peminat Cinnamon Rolls lagi lah sampai tak tahu nak pilih mana satu. Tak sempat nak snap awal gambar air, enZaf dah kacau air kopinya. Hilang dah corak bunga huhuhu...



Antara Cinnamon Rolls yang kami ambil, ada lagi tapi kat meja akak Zahra. Lebih kurang sama je. Yang pasti semuanya sedap-sedap.



Tak putus-putus orang keluar masuk ke dalam kafe ini. Kebanyakkannya membuat pembelian secara bungkusan. Nama kafe ini ialah Artisan Bakery. Menarik bagi ai kafe ini, kalau sekadar nak minum petang makan sikit-sikit gitu. Cuma jauh je kami nak datang ke semata ke sini huhu..



Nak selalu makan sini kena berdoalah enZaf main bola kat area Shah Alam. Boleh la mengikut tapi ikut sampai ke kafe ni je :p Dah selesai makan, on the way nak ke padang, ternampak pelangi. MasyaAllah cantik sangat. Laju-laju keluarkan handphone nak ambil gambar dan video :)





No comments: