Bila enZaf Whatsapp "siap", itu tandanya dia ajak keluar. Kalau dia habis kerja awal macam itu lah selalunya. Mesti nak bawa keluar lepak minum mana-mana. Macamanalah ai nak turun berat badan, asyik je mengopi hihi... Kadang-kadang tu ada je rasa malas nak keluar, tapi bila dah ajak itu.. gigih jugalah bersiap. Macam ai pernah mentioned dalam blog sebelum ini, kalau tak ikut nanti dia ajak orang lain pula. Jadinya jangan cari pasal dan buka ruang tu hehehe.. Kali ini kami nak mencuba makan ditempat baru iaitu Kafe Kopi Mesin.
Gambar di atas ini ai ambil waktu dah nak balik, baru sedar yang lupa nak snap gambar kedai :) Ambil gambar dari jauh saja. Kafe Kopi Mesin ini terletak di Bukit Jelutong. Kami sedar kafe ini bila makan di Homebaker at Clover tempoh hari. Kedai mereka bersebelahan sahaja selang satu kedai.
Bila berada di Kafe Kopi Mesin ini sudah tentulah kami order air kopi. Ai dah lupa nama-nama air dan makanannya, yang pasti air Kopi ini sedap. Air Teh Laici itu untuk Aliah, dia ni peminat teh. Makanan pula enZaf order kek. Ada dua jenis iaitu Biscoff Cake dan Salted Caramel Vanilla Crepe. Biscoff Cake tu sedap sangat tapi ai tak boleh makan banyak sebab manis. Manis untuk ai lah, orang lain makan laju je :p
Selain itu, enZaf order Popia dan Sweet Potato Fries. Popia tu boleh tahan sedapnya.
Yang lain-lain ada Croissant, ini favourite Ariq. Kalau kedai tu ada Croissant memang itulah dia minta. Chocolate Roll untuk Aliah dan ada Murtabak juga. Murtabak ni paling sedap sekali, bila cicah dengan air bawang tu lagi terangkat.
Gambar di atas dari handphone Aliah, tengah makan tu tiba-tiba Aliah panggil suruh tengok kamera. Serabainya lah rambut Qaireen, lupa nak ikat. Gambar di bawah ini pula dari handphone enZaf. Nampak bulat muka pakai tudung bawal ni, ditambah pula dengan tudung kemek kena angin kipas. enZaf dah adjust perlahan pun kuat juga anginnya hehe.. Tipu betul gambar ni, nampak cantik sangat.. eh cantik ke :p
Akak Zahra sorang sahaja yang tak makan, sebelum keluar rumah dia baru lepas makan macam-macam, kenyang katanya. Dia minum air saja. Akak Zahra sekarang tengah exam akhir tahun minggu ini. Boring betul ai tengok ambil exam secara online. Tapi apa boleh buat, dengan keadaan kes sekarang yang semakin meningkat. Nampak gaya macam PdPR lagi huhuhu..
Minggu depan minggu terakhir persekolahan, giliran Aliah dan Ariq pula bersekolah. Minggu ini direhatkan. Hujung minggu ni ai rancang nak beli hadiah untuk cikgu-cikgu dorang. Tak tahu lagi nak beli apa, masih tak ada idea. Tapi nampak gaya macam lebih kurang hadiah sebelum-sebelum ini, yang pasti bunga wajib ada :)
Pada cuti Chinese New Year kami ke OU. Mall yang selalu kami pergi, kalau tak ke OU kami pergi The Curve. Dua itu je lah sebab utama ianya dekat dengan rumah :) Masuk dalam Parkson nak mencari sandal baru Qaireen. Punyalah susah nak beli kasutnya sebab apa yang Daddy dia tunjuk semuanya tak nak. Bila mood dia tak nak tu datang, tunjuk lah apa pun memang jawapan dia "NO" huhuhu... Tak silap ai ni dah kali ke dua dia cakap tak nak, tapi Daddy dia belikan juga haha.. Dalam kami mencari kasut dia tu, boleh pula dia nampak satu beg ini. Dan dia nak sangat.
Siap pakai terus dan bila Mummy nak keluarkan dia tak bagi. Beg trend sekarangkan Poppit. Sudahnya Daddy dia terpaksa bayar. Tiga kali dah kami mengelak dari beli bag itu sebenarnya, cuma kali ini kami tewas dan dia berjaya. Eh! Mummy nak cuba guna cara macam Qaireen ni lah. Kot berjaya dapat beg jugakan haha..
Setiap kali perayaan semestinyalah semua mall ada buat decoration. Dikesempatan itu ai pun ambillah gambar anak-anak bersama dengan haiwan tahun masing-masing. Ai cakap dengan anak-anak, ini sekadar suka-suka dan ianya adalah kepercayaan agama Budha :)
Tahun lahir Qaireen jatuh pada haiwan Anjing manakala akak Zahra pada tahun Tikus. Akak Zahra baca karakter tahunnya itu siap senyum-senyum kerana ada yang betul.. kebetulankan :)
Ariq pula pada tahun Naga. Haiwan kegemaran orang Budhakan. Dalam kesemua haiwan, haiwan Naga ini lah yang paling hebat sekali, bagi mereka pada siapa yang lahir tahun Naga ini membawa tuah.
Tahun lahir Aliah adalah tahun Harimau. Memandangkan tahun 2022 ini adalah tahun Harimau, patungnya paling besar dan tinggi sekali. Jauh pula nampak Aliah di situ hehe..
Mummy pun nak juga, itu pun sebab enZaf yang suruh bergambar :) enZaf cakap patutlah Mummy korang ni tak tahu duduk diam hahaha.. perangai macam monyet. Hampeh betul :p Tapi betul lah tu, walaupun kat dalam rumah ni, baru sahaja letak punggung terus kepala fikir eh ada tak buat tu lagi, kejap ke sana kejap ke sini.
Lepas penat berjalan sana sini kami singgah minum petang di Teh Tarik Place. Anak-anak semua nak makan Roti Canai. Bila ai nak ambil gambar Qaireen dengan beg barunya, bukan main gedik di situ :p
Sebelum balik sempatlah beli roti itu dibawa balik. Makan malam memang senang sangat dengan dorang ni, jarang makan nasi melainkan Nasi Lemak hihihi.. Dulu zaman kita Nasi Lemak untuk sarapan saja. Sekarang ni tiada waktu, bila-bila pun boleh.
Lama tak makan di Johnny's Restaurant. Masa enZaf ajak keluar makan, saja je lah cakap yang ai terasa nak makan steamboat kat situ. Terus dia respon okay, apa lagi sengih lebar la kitakan hehehe..
Anak-anak ni bila dengar makan situ, dorang semua setuju saja. Asalkan makan dengan kuah sup, itu feveret mereka. Jarang sangat kami makan dengan kuah tomyam.
Pertama kali kami tengok Bellabot. Teruja bila yang hantar makanan dan minuman dari robot. Qaireen kalau nampak Bellabot ni lalu bukan main suka dia. Panggil cat..cat..cat.. banyak kali :)
Masa dalam kereta on the way nak ke OU, terima Whatsapp dari adik ai Nani bertanyakan samaada ai busy atau tidak harini. Dia nak ajak ai temankannya beli barang baby. Terus ai beritahu dia berjumpa di OU dalam satu jam lagi. Kebetulan Restoran Johnny's ini berhampiran dengan AEON. Selesai makan kami menuju ke bahagian baby. Perasaan teruja itu datang tiba-tiba bila ai nampak pakaian dan barang-barang baby, ralit tengok sampai tak toleh kiri kanan dah. Terlupa laki sekejap hahaha... Dah selesai membeli barang, baru teringat tak ada ambil gambar pun. Sibuk sangat memilih pakaian dan barang keperluan baby hihi.. Keluar dari AEON terus ai ajak bergambar. Anak-anak bersama Mak Su dan Mak Teh.
Qaireen tu sempat lagi beli mainan. Dia nampak mainan Mario laju je pegang dan tak nak lepas huhuhu... Dah bergambar semua tu, semestinyalah ai nak bergambar dengan Nani pula. Sebelum ini dah bergambar dengan adik bongsu. Nani adalah adik nombor empat. Bergambar kenangan bersama mak buyung. Tak sabar nak tunggu kelahiran baby FN, InsyaAllah pertengahan bulan April dijangka bersalin.
Oh ya, ai pakai tudung yang Nani bagi dari Naelofar. Warna dan coraknya ai suka dan cantik sangat :) Keluar dari AEON, ai dah janji dengan anak-anak nak membeli buku. Kami masuk dalam kedai Popular. Dah alang-alang mereka membeli novel, ai belikan sekali buku aktiviti. Macam biasalah, Mummy dorang ni tak boleh tengok mereka bersenang lenang dalam rumah tanpa bagi latihan :p
Sempat lah selfie dengan akak Zahra diluar Popular sementara menunggu enZaf membayar.