Wednesday, August 25, 2021

English Project: Mind Map Year 3


Projek ini dibuat pada dua minggu lepas, murid-murid kena buat Mind Map berkenaan favourite dessert. Mujur cikgu English ada beri contoh mind map yang perlu mereka buat dalam Google Classroom. Kalau tak bagi tu ai pun tak tahu nak buat macamana. Bukan tak tahu nak buat mind map tetapi tak tahu perlu tulis apa dalam tu :p Sebelum tu Ariq buat draft dulu berkenaan dessert yang dia pilih, lepas tu tunjuk kat ai. Dah tengok draft tu ai terus keluarkan bahan-bahan yang dia nak pakai. Cikgunya suruh murid-murid buat ikut kreativiti masing-masing.



Ariq memilih Chocolate Ice Cream Pancake untuk projek dia ni. Sebenarnya ai biarkan sahaja dia nak tulis apa pada dessert dia tu. Entah betul ke tak ai pun tak pasti hahaha.. Selesai tulis dia tampal gambar Chocolate Pancake yang dia sendiri pilih di Internet. Ai tolong printkan saja.



Ada lagi satu projek English dia kena buat, ai tak ingat apa nama projek tu tapi kena buat macam diorama berkenaan dalam rumah. Kena pilih satu ruang rumah yang kita suka dah hasilkan dengan menggunakan kotak huhuhu.. malas betul ai nak buat, bukannya apa selalunya projek-projek macam gini kita perlu monitor dan bantu sekalikan. Kalau harapkan dia buat sorang memang tak jadinya. Tapi itulah kalau tak buat nanti tak ada markah pula :(

2 comments:

ezy.fia said...

skrg dh byk peta.. peta buih la.. mcm2 peta..
yg sy tau peta minda je.. haha

comel hasil kerja dia.. =)

Nurhayati said...

betul... kat sekolah anak-anak belajar peta i-think kan. Secara taklangsung kita mak mak ni pun belajar sama. peta yang ariq buat ini panggil peta buih macam ezy.fia cakap :)