Sunday, May 23, 2021

Supper at Ras Balouch Restaurant


Ini cerita pada bulan puasa. enZaf ajak supper di tengah KL. Ai ikutkan saja bila orang dah ajak. Tak silap ai kami keluar dalam pukul 10 malam. Perancangan enZaf nak pergi Kampung Baru. Bila kami nak dekat sampai sana, jalan jem penuh kereta nak masuk dalam tu juga. Terus enZaf patah balik tak jadi makan situ. Kampung Baru tu kalau bulan puasa memang happening, macam nak raya dah meriahnya. Eh tak puasa pun happening jugakan :) Pusing punya pusing akhirnya dia bawa kami makan di Restoran Ras Balouch, makanan Pakistan.



Masa ini dah pukul 11 malam, masih segar mata semua orang. Masing-masing dengan gadget, Aliah dan Ariq dengan Daddy dorang main Mobile Legends (ML). Kalau akak Zahra ada pasti join sama. Bila dorang main game ML tu memang terpinga-pinga la Mummy dia sorang-sorang huhuhu... Qaireen pun sibuk dengan tengok Youtube.



enZaf suruh ai minum Chai Tea. Katanya sedap. Susunya guna susu kambing. Airnya dihidangkan tanpa gula. Gula itu letak asing, kita sendiri masukkan gula mengikut kemanisan yang kita inginkan. Bagi ai yang pertama kali minum ni, memang sedap air Chai Tea ni.



Makanan supper kami ialah Cheese Naan dan satu lauk ayam. Lauk tu ai tak tahu nama apa, tanya enZaf pun dia lupa hahaha... :p Serius sedap, rasanya macam lebih kurang rendang ayam pun ada juga. Yang pasti anak-anak pun suka. Laju je masing-masing makan.



Lepas makan kami singgah semula ke Kampung Baru. enZaf nak bungkus Nasi Lemak untuk buat sahur. Masih ramai juga orang kat sini walaupun dah tengah malam cuma tak ada dah jem, kalau jem mungkin patah balik sekali lagi. Hanya enZaf saja yang keluar untuk membeli makanan, ai dan anak-anak tunggu dalam kereta sahaja. Balik dari membeli tiba-tiba enZaf hulur satu plastik. Rupa-rupanya dia beli ikan Laga hahaha..



Katanya dia nak tengok je orang jual, tup tup beli satu. Memandangkan kat rumah memang ada satu akuarium kecil yang kosong, itu yang dia beli juga tu.



Tengok pada warnanya lebih kurang sama dengan ikan Laga kami yang dulu [link]. Sedih ikan tu dah mati, ai pun tak ingat dah macamana boleh mati. Tapi warna ikan Laga yang mati itu lagi cantik dari yang ini. Yang ini lebih kepada warna biru, warna merah tu sikit-sikit saja. Tak kisah la yang pasti ikan Laga baru ini tetap cantik juga. Cuma kali ini letak dalam akuarium berasingan dengan akuarium besar.

No comments: