Saturday, March 28, 2020

Last Day at KT


Akhirnya entry terakhir kat KT masa cuti sekolah tahun lepas haha Punya la berjanggut nak habiskan cerita. Ceh ayat hari terakhir tu, macam lama sangat tidur kat KT, padahal satu malam je kot haha

Pagi tu kami terus check out ikut enZaf buat kerja dia. Meeting dengan customer kat UMT. Katanya kejap je sebab tu ikut sekali, kalau lama tak kuasa nak menunggukan. Baik sambung tidur atau makan kat rumah lagi baik. Lepas selesai dah kerjanya, kami terus cari makan. Kebetulan sebelah UMT tu ada Nasi Dagang Atas Tol. Walaupun itu hanya cawangan tapi jadila.. nak pergi tempat original dia mahunya kena awal pastu dah sah sah la ramai orang. Entah-entah dah habis pun makanannya.



Itu pun masa kami sampai dah nak habis juga. Ai nampak ada sikit lagi tinggal dalam 10 bungkus kot. Nasib ada lagi, alhamdulillah rezeki sempat merasa. Walaupun simple je nasi dagang dia, tapi ya ampun sedap.



Aduh tengok gambar ni rasa teringin pula nak makan huhu Yang penting anak-anak semua kata okay sedap dan habis makan.



Masa nak balik tu, owner situ siap bagi bekal lagi nasi dagang tuk kami. MasyaAllah terharu. Alhamdulillah.. rezeki lagi. Semoga murah rezeki bisnes untuk mereka. Ingatkan lepas makan terus gerak balik, tapi enZaf ajak singgah Pasar Payang. Masa sampai area sana, kami mencari juga mana bangunan Pasar Payang tu. Jumpa yang ada ni lain pula bangunannya. Seingat ai walaupun lama tak pergi, tapi macam ingat lagi rupa bentuk bangunan tu. Tapi tak jumpa. Rupa-rupanya bangunan lama tu dah dirobohkan, sekarang dalam pembinaan nak buat balik bangunan yang baru.

Yang ada sekarang ni hanyalah sementara. Walaupun sementara nampak cantik je pada mata ai. Elok sangat. Harusla bergambar ngan Pasar Payang sementara. Nanti dah siap yang baru, sementara ni akan dirobohkan pula.



Masuk dalam Pasar Payang, macam biasa la penuh dengan pelbagai jenis barang dan makanan. Rambang tengok kain batik dan songket-songket kat sini. Cantik-cantik belaka tapi cuci mata je.



Tudung bawal pun banyak. Penuh liplap dan pasti harganya jauh lebih murah dari KL. Yang ini ai cuci mata gak. Tak berkenan sangat pakai penuh liplap. Terasa seperti datin-datin gitu hehe



Kawasan luar ni best sebab berderet kedai emas. Saja ajak enZaf masuk, dia jeling je.. so paham-paham la :p



Kami pusing-pusing keliling bangunan, lepas tu stop kat bahagian tempat makan, beli serunding.. anak-anak beli candy2 ape ntah. Beli sate ikan dan makanan mengunyah lain untuk makan dalam perjalanan :) Sebelum ke kereta ai sempat ajak anak-anak ambil gambar kat sungai depan Pasar Payang ni. Sebenarnya ai gayat masa ambil gambar dorang ni, jarak tempat berdiri dengan sungai tu agak dekat dangan tak ada penghadang, kalau tersilap langkah mahu terjatuh terus huhu



Laju-laju ai ambil gambar lepas tu terus ajak dorang naik balik. Ai pun nak bergambar pada mulanya tapi sebab gayat, kat sini pun boleh la walaupun jauh sikit. Jadi la haha



enZaf dan Qaireen tak join. Berdua tu dah masuk dalam kereta. Cuaca panas. Maka berakhir la cerita di KT ni, semoga ada rezeki ai nak jejak kaki ke sini lagi, insyaAllah. Macam ada banyak tempat tak pergi, nak nak tempat jalan-jalan cari makan :)


No comments: