Wednesday, March 25, 2020

Hari Ke-7 MCO


Dah seminggu kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan atau pun Movement Control Order. Macam tak percaya 7 hari itu lah tak keluar rumah. Tapi ya ampun, sepanjang tempoh pkp ni sibuk lain macam. Memang boleh dikatakan masa ai banyak dihabiskan di dapur. Masak, masak, dan masak. Tiap waktu makan.. tak missed. Hebat sungguh la. Bahaya ni kalau tak kawal pemakanan, mungkin penambahan berat badan berganda. Tak berani nak timbang, kalau naik diri sendiri stress. Bila stress, kita makan. Memang tiada makna la nak turun macam tu.

Sepanjang tempoh 7 hari ni, ai ada la joging dua kali. Jadila kan dari takde. Selain dari takut berat badan naik, kena jaga stamina jua. Dah tua ni cepat letih. Konon nak joging hari-hari tapi tak larat pula. Buat kerja rumah pun dah penat. Lagi satu alasan tak boleh joging hari-hari sebab tak cukup sports bra. Ada satu je. Nak kena beli juga nanti. Macam lama je kita pkp ni kan.

Anak-anak pula setakat ni alhamdulillah takde la komplen apa lagi. Seronok agaknya tak pergi sekolah pastu semua ada kat rumah. Cuma ai pening bila dorang ni ada kat rumah, memang kerjanya gaduh selalu, main seronok-seronok lepas tu nangis. Ada je salah sorang akan mengusik. Nak nak Aliah dan Ariq. Dua orang ni kalau sehari tak gaduh tak sah. Walaupun tak sekolah dorang ni, ai tetap bagi homework. Kebetulan kat rumah ni beli banyak buku latihan. Jadi ada la belajar sket dari main sajakan. Cikgu-cikgu pun ada bagi kerja sekolah sama melalui whatsapp. Akak Zahra plak dah ada online homework. Cikgunya bagi banyak soalan yg perlu dibuat.

Mujur la enZaf ni sejenis rajin layan anak-anak. Setakat ni dia layan dorang main board game Saidina. Dan banyak lagi mainan dah standby macam congkak, uno/donkey card, sahibba. Ai hanya tengok je, sebab dah penat wat kerja rumah. Tak kuasa nak layan haha Qaireen plak adalah anak yang paling bahagia kot. Sebab dia bukan tahu pun apa yang berlaku sekarang. Masa paling seronok bila nak makan. Dia la orang pertama yang sampai dulu kat meja makan bila makanan semua dah siap hidang. Dan sekarang ni timing tidur dia dah lari. Pukul 3-4 pagi baru tidur, semua gara-gara teman Daddy dia yang memang burung hantu tu.

Buat masa ni enZaf terpaksa la wfh (work from home) la kan. Dia dah la sejenis tak duduk rumah. Bila awal-awal pkp tengok dia tu nampak la kesengalan dan serabut. Sekarang dah okay sikit. Dia pun joging lepas tu siap masak lagi. Bukan senang okay lakiku nak masak haha Ada hikmah la juga kan jadi macam ni. Ai pun suka sebab dapat luang masa dengan dia.

Tetiba rindu kat mak, abah dan adik-adik. Nasib baikla zaman teknologi canggih ni kita boleh berwhatsapp, bervideo call bagai. Lepas la rindu juga kat dorang. Nak balik tak boleh. Stress rasa rumah mak dekat tapi tak dapat jumpa huhu Eh macam banyak lagi nak bercerita tapi Qaireen ni dah sibuk mengacau. Nak update next entry ntah bila lagi. Punya la dari hari ke hari nak buat tak terbuat-buat.

Akhir sekali, semoga kita semua diberi kesihatan yg baik, dijauh dari virus covid-19 ni. Puasa pun tak lama lagi dah. Dan semoga cepat-cepat la virus ni hilang, supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa kembali dan lebih baik, insyaAllah.


* Kopi viral tak buat-buat lagi. Ajak enZaf buat, dia tak layan ai huhu

No comments: