Monday, February 10, 2020

Breakfast dan Cendol Dengan BFF


Pada 27hb Januari yang lepas, ai pergi makan-makan dengan kawan-kawan. Pembukaan tirai 2020 bersama bff gitu. Akhirnya dapat juga jumpa setelah sekian lama nak dapat tarikh semua ada. Nak kumpul semua tu bukannya senang, ada yang kejap kata free, nanti sorang lagi kata tak free plak. Memang susah. Ini pun jumpa tetap tak cukup corum.

Masa ai baru nak keluar rumah untuk nak breakfast ni Nani tetiba whatsapp tak dapat naik join pula huhu Walau macamana pun kami yang lain tetap teruskan jumpa. Sebab ada yang dah gerak dan ada yang dah sampai. Kalini kami cuba makan kat Kerisik pukul 9.30 pagi. Kedai ni boleh dikatakan baru je buka kat Seksyen 5. Ai is lambat sampai sebabnya time nak keluar tu, Qaireen poo poo pula. Kelam kabut cuci.. berpeluh-peluh haha Selalu macam tu tau, asal nak keluar bila ai dah bersiap. Masa tu la Qaireen membuang. Sabar je la.

Antara menu yg diorder. Mee bandung, nasi impit dengan kuah kacang. Oh ada kuih muih.



Lontong dan laksa johor.



Akak Zahra makan nasi lemak, tak ambil gambar plak. Sedap-sedap okay makanannya. Semua ada rasa. Harga pun berbaloi. Best makan dalam aircond lagi. Tiada panas berpeluh hihi Lepak lama pun tak terasa.



Makan borak gelak sampai keluar air mata. Sampai tengahari kami kat situ. Itu pun sedar diri sebab ada suami kat rumah yang ditinggalkan. Kalau tak mahu sampai ke petang hihi. Sebelum balik sempat lagi bergambar kat luar kedai pula.



Nak juga bergambar kat signboard atas tu.



Baru-baru ni ai makan ngan enZaf pula kat Kerisik. Ada ambil cheese cake. Sedappp... ada gak kek lain yang nampak menarik, lepas ni boleh datang lagi. Rupa-rupanya owner kedai ni, kawan enZaf. Dia tu kan, bersepah-sepah kawan. Merata ada je kat mana-mana. Kalau berjalan dengan dia ada je terserempak dengan kawan. Best betul ramai kawan ni.

Lepas 4 hari ai dating dengan Nani pula. Masa breakfast kat Kerisik dia tak dapat datang. Kali ni kami lepak petang, kat Rizky Cendol Seksyen 6.



Cendol Durian D24.



Ariq takde sebab dia kat sekolah. Kami lepak sampai dekat pukul 6 petang, boleh ai terus pergi ambil Ariq balik sekolah. Senang tak payah nak keluar masuk rumah banyak kali.

Thank you la kat abam keje Rizky ni, ambilkan gambar kami.



Next round kena gather semua-semua bagi cukup.

3 comments:

mummy_ayu said...

wah...meriah!! best best!

ray said...

banyak gambar makanan ni bahaya betul boleh buat lapar memalam. haha

Unknown said...

Your Affiliate Money Printing Machine is waiting -

Plus, making profit with it is as easy as 1...2...3!

Here is how it works...

STEP 1. Choose which affiliate products you want to promote
STEP 2. Add PUSH button traffic (this ONLY takes 2 minutes)
STEP 3. See how the system explode your list and up-sell your affiliate products all for you!

Do you want to start making money?

Click here to start running the system