Tuesday, February 4, 2020

Makan Petang kat Food Boss


Ahad lepas kami lepak makan petang dekat The Food Boss. First time try sini. Tempat kedai ni sebenarnya selalu bertukar ganti kedai makan. Jenis sekejap je, tak kekal lama. Tak tahu la kenapa huhu Semoga kedai Food Boss ni bertahan lama hendaknya.



Cantik juga kedainya. Lawa deko dalam kedai tu. Tak duduk kat dalam, kami duduk kat meja luar saja, amik angin luar gitu. Restoran ni menyediakann pelbagai jenis menu. Belek menu dia semua menarik. Tapi lama juga ai fikir nak makan apa haha Makan petang jadi cari yang tak berapa berat sangat.

Saja snap gambar berdua ni. Sebab warna dorang ceria. Sorang oren sorang kuning.



enZaf order roti telur goyang. Dia makan separuh, separuh lagi akak Zahra habiskan.



Aliah kemain order nasi. Petang-petang makan nasi sebabnya dia nak ikan keli hehehe



Ariq bila tau ada kacang pool, laju dia minta yang itu.



Tapi sayang kuahnya pedas. Tak sama macam dia makan kat Johor katanya. Macam biasa la ai yang makan. Sayangkan makanan tak habis. Ai makann rasanya tak macam kacang pool sangat, lebih pada kari daging pun ada. Tapi okay la sedap jua. Cukup rasa semua, cuma itu la tak kena pula dengan tekak Ariq.

Ai makan nasi lemak. Tak perasan pula ambil gambar blur. Makan nasi lemak ayam pandan. RM1 je sebungkus.



Rasa boleh tahan sedap. Ada macam-macam jenis nasi lemak. enZaf & Zahra pun makan nasi lemak sama. Siap tambah lagi. Nasi lemak sotong, nasi lemak ikan keli dan nasi lemak telur rebus. Comel je sebungkus tu. Tapi kena la dengan harga RM1, kenyang juga. Mana tak kenyang, berbungkus-bungkus makan hehe Alhamdulillah :)

Oh Ariq order donut cokelat. Ai tak rasa tapi tengok laju je habis sampai licin pinggan, sedap la tu.



Nampak meja sebelah order satay. Terasa nak tapi perut dah kenyang pula nak makan satay lagi. Next time la kalau datang lagi boleh cuba satay dan menu yang lain pula. Yang bawah ni gambar sehari sebelumnya. Makan malam kat Soru. Tak sempat nak amik gambar kedai. Kedai Soru ni sebelahan je dengan kedai Food Boss.

enZaf order dulang besar ni, makan ramai-ramai.



Sebelum tu kami pergi Ben's. enZaf nak beli bahan-bahan memasak.



Chef Zaf nak masak macaroni & cheese dan spaghetti carbonara. Tetiba tekak nak makan western katanya. Kalau pergi groceries sini Ariq lah orang yang paling suka sebab ada troli kecil untuk dia tolak.



Tak snap pula gambar enZaf memasak dan makanan yang dah siap. Terus kami semua duduk kat meja makan tanpa toleh kiri dan kanan :p Kenyang kami anak beranak malam tu. Thank you Yang! Kalau rajin masakkan la lagi ya hihi

No comments: