Tuesday, September 10, 2019

Satu Petang di Bulan Julai


Cerita bulan Julai. Gigih masukkan dalam blog sebelum nak delete gambar. Dah penuh gambar dalam handphone ai ni huhu Itu pun sebelum delete, ai dah print gambar siap-siap. Takutla hilang gambar lagi, at least bila dah print tu lega la hati ada hardcopy gitu :) Cuma yang dah print ni ai tak masukkan dalam album. Longgok gitu je dalam drawer haha. Nak kena beli album lepas tu kena belek-belek lagi susun ikut tarikhkan. Semua tu perlukan masa lagi huhuhu

Gambar bawah ni masa enZaf ajak lepak petang. Mana lagi kalau bukan dalam shopping mall. Kadang-kadang tu menyampah juga balik-balik masuk shopping mall, macam dah takde tempat lain nak pergi haha Tapi duduk kat bandar ni macam ni la kan. Mana-mana pun dipenuhi dengan shopping mall. Ai ambil gambar anak-anak sementara menunggu enZaf beli roti kat La Boheme. Anak-anak suka makan roti kat sini. Ai pun suka juga. Sejak bangku sekolah lagi kot beli roti dalam Jusco. Sekarang kita panggil Aeon.



enZaf beli roti-roti ni selalunya untuk stok mengunyah. Masa tengah malam, kalau lapar boleh ada la makanan yang nak dikunyah. Tak roti, biskut. 2 makanan ni memang kena ada dalam dapur. Bukan bapaknya je makan, anak-anak pun sama naik juga haha Susah betul nak bagi Qaireen pandang camera bila bergambar. Kalau dia pandang tu kira nasib baik la.



Teman Aliah masuk toilet pula ditemani dengan sikenit ni. Sempat lagi la snap satu gambar dalam toilet haha. Aishhh susah betul nak suruh senyum Qaireen ni. Lepas tu tangan dia mesti pegang ketat kat tudung atau baju ai. Takut benor la Mummy dia tinggalkan.



Aliah ni kalau masuk shopping mall, wajib masuk toilet. Sama ada kencing atau berak. Masuk toilet ni bukan satu kali tau tapi banyak kali. Jenuh la ai ni kena teman dia. Bertabah la kalau bawa Aliah ni keluar berjalan haha. Cuma satu senang sikit, dia jenis cepat. Takde la lama bertapa dalam toilet :p

Masa ni kami lepak minum kat Coffee Bean pula. Tapi sebelum ke sini, kami masuk ToysRUs. Nampak ape Aliah beli tu.



Memang lama dah dia aim nak beli benda yang girly macam kuku bagai ni. Tapi setiap kali masuk kedai mainan, mesti dia tak jadi nak membeli. Sebabnya mata dah rambang nak yang lain pula. Kali ini dia nekad beli juga kuku dia tu haha Oh ya, beli ni pakai duit sendiri. Macam dah jadi kebiasaan buat anak-anak, nak toys atau apa-apa sila guna duit sendiri. Dorang bertiga pun dah paham. Ariq pula ai tak sure dia beli apa, gambar dia beli apa ai pun tak snap. Tapi ai rasa macam dia beli Hotwheels.



Masa lepak minum kat Coffee Bean ni Qaireen tidur. Alhamdulillah aman hidup Mummy. Dapat makan dan minum dengan tenang dan jayanya haha



Akak Zahra tak beli apa dalam ToysRUs. Katanya nak simpan duit. Ai tak tanya la kenapa tapi rasanya ada la tu dah target nak beli apa sampai sanggup simpan duit kan :) Yang dia pegang tu dapat free pen dari Coffee Bean.



Aliah ambil gambar ni haha Selalu letak gambar senonoh. Kali ini ai letak gambar hodoh dan tak ready lagi.



Suka la anak dara ni dapat apa yang dia idamkan.



Bukan main penuh jari dia letak sampai susah dia nak pegang barang. Runsing kena kuku dia yang panjang tu. Nanti jatuh or rosak :p Aliah oh Aliah!


2 comments:

Umi Nazrah said...

alhamdulillah family time best nya. semua hepi ja ^_^

Nurhayati said...

umi nazrah: alhamdulillah.. takde menda gembira selain dengan keluarga kan...diriku pun berdoa agar kita semua sentiasa dalam rahmah Allah