baru ai terhegeh nak buat entry.
Gambar2 ni masa abah & mak nak bertolak ke Mekah.
Penerbangan mereka antara yg hujung2
nak dekat haji.
Lebih tepat 31hb Julai.
Flightnya nak berlepas pagi dalam pukul 9.
Tp kena check-in awal
tak silap dalam pukul 3 pagi ke gitu.
Sblm bertolak,
laungan azan dari Ayah Rosli.
Neighbour depan rumah abah.
Dia rakan baik abah sejak pencen,
selalu lepak bersama
dan Ayah Rosli seorang yg rajin
dan byk tolong keluarga kami kalau
nak apa2.
Tp umur tak panjang,
sehari sebelum abah dan mak nak balik Malaysia,
Ayah Rosli meninggal dunia.
Sedih abah tak sempat nak jumpa :(
Allah lebih sayangkan dia,
moga roh Ayah Rosli dicucuri rahmat.
Okay berbalik hari nak hantar abah mak.
First time kami ke Movenpick.
Sekarang semua urusan haji kat Movenpick ni,
takde dah kat Tabung Haji Kelana Jaya.
Cantik tempatnya, besar dan selesa
tuk para jemaah dan ahli keluarga
berkumpul bagai.
Tapi kami tak terus ke area berkumpul
jemaah haji sbb sampai awal.
Kami lepak kat lobi hotel movenpick ni :)
Sedap sket sejuk ada aircond.
Harusla ambil gambarkan.
Anak2 dengan Akid,
Aira plak takde..
tak ingat kenapa dia takde dlm
gambar ni.
Kami stay kat lobi sampai pukul 12 lebih pagi,
lepas tu terus ke area berkumpul
sebelah dgn hotel movenpick ni.
Dekat je.
Kat situ abah mak kena hantar bag
dan register.
Dapat tag nama dan sling bag.
Dlm sling bag tu ada lagi la
brg2 lain mcm towel tikar
dan apentah lagi hehe
Blur plak snap tag nama abah ni.
Saat2 nak hantar mak abah dah ni,
selfie ngan mak.
Qaireen tenung kenapa la tu kan.
Dengan abah plak.
Masa ni nak bergenang dah air mata.
Rasa sebak tetiba.
Abah ngan adik beradiknya.
Pakcik dan Makcik pun pergi haji gak
sama2 ngan mak abah.
Atleast dorang ada la temankan.
Terima kasih makteh pakteh,
paksu dan maksu sudi hantar abah ngan mak
pakcik dan makcik pagi2 ni.
Masa ni dah pukul 2 lebih pagi.
Nasib baiklah anak2 okay sangat,
terutamanya Qaireen..
tak meragam pun.
Sblm mak abah nak masuk dalam,
kami bersalam dan berpeluk lama
macam taknak lepas ok.
Nangis jgn kata la,
meleleh airmata merah2 bengkak mata semua cukup.
First time kot nak tingalkan kami
lama kat sini.
Dorang dah masuk dlm pun,
kami masih tunggu lagi kat sini.
Ingatkan nak tnggu sampai dorang naik bas
nak ke KLIA.
Tp anak2 dah tak larat nak menunggu
semua dah terkebil2 biji mata
Masa tu dah pukul 4 pagi kot.
Terus kami balik rumah.
Sampai rumah ai tak boleh tidur,
selagi mak abah tak update apa2.
Dalam pukul 5 lebih pagi tgk kat
facebook TH.
Update live dorang naik bas nak ke airport.
Gembira dan teruja nampak muka mak abah
dalam video tu.
Baru 1 jam dah rindu kat dorang.
Abah mak pun dah whatsapp bgtau dorang
baru naik bas,
dah sampai airport dan sampai la nak fly hehe
Dan satu kelegaan juga tgk
TH sentiasa update perkembangan jemaah2
dari Malaysia sampai la kat sana.
Dan best segala aktiviti jemaah haji
semua TH buat live.
Terasa kita dekat ngan mereka
walapun berada kat sini.
Yang ni gambar dari phone adik ai.
Sempat ambil gambar sorang2,
ngan mak dan abah.
Satu keluarga plak.
Allahuakbar sayang dorang.
Kasih sayang dorang yg tiada ganti
dan tak bole dijual beli.
No comments:
Post a Comment