Friday, December 14, 2018

Restoran Abdul Briyani Power Batu Pahat


Pada siapa peminat Nasi Briyani, boleh la cuba makan kat Restoran Abdul Briyani Power Batu Pahat ni. Kedainya dekat saja dengan rumah mak ai iaitu di Bandar Baru Sg.Buloh. Rupa kedainya biasa-biasa sahaja lebih kepada medan selera makan. Dan lokasinya berdekatan dengan Sekolah Rendah Bandar Baru Sg Buloh. Nasi Briyaninya sedap untuk tekak ai. Banyak kali dah makan kat sini tapi tak sure ai pernah masukkan dalam blog ke tidak. Rasanya macam belum lagi. Kalau dah pernah cerita pasal Nasi Briyani sebelum ni pun apa salahnya kita update lagi sekali hehehe



enZaf order Nasi Briyani Kambing dan ai pula Nasi Briyani Daging.



Dalam gambar nampak macam sedikit je portion makanan itu tapi sebenarnya banyak. Bagi ai satu hidangan ini boleh kongsi 2 orang makan. Dalam Nasi Briyani ai tu ada daging bawahnya tapi lupa pula nak selak masa ambil gambar hihi.. Masa ni hanya Qaireen sahaja yang join makan. Akak-akak dan abangnya ada di rumah Mak Tok.



Lama kami kat kat dalam kedai sebab hujan lebat. Tunggu sampai hujan reda baru kami keluar dan pergi rumah mak. Sampai rumah mak lepak sekejap, borak-borak dah petang baru kami balik. Bawa balik sekali semua anak-anak. Kebiasaannya kalau cuti sekolah anak-anak ni tidur rumah Mak Tok. Nak nak kalau ada Mak Su dorang. Laju je ke sana dan overnight sekali. Dorang ni suka tidur sana sebab ada orang melayan. Minta apa semua dapat, Tok Abahnya pantang bila cucunya nak itu ini, ada je dibelinya. Ai pula yang geram sebab cucu je apa pun okay. Masa on the way kami balik rumah, enZaf enZaf ajak minum dulu kat mamak. Masa berhenti kat traffic light nampak ada rainbow. Beria ai nak ambil gambar tapi tak nampak sangat :p



Kami minum petang dekat Restoran Kayu Nasi Kandar. Kalau dah makan kat situ semestinya la order Roti Tisu.



Balik dari makan, enZaf ajak beli baju sekolah Ariq pula. Tak plan pun nak membeli tapi disebabkan kedai Uni1One ni dekat dengan Kayu Nasi Kandar itu yang terus beli. Dah alang-alang dekatkan. Salam Jumaat kawan-kawan, jangan lupa baca surah al-Kahfi yer.

2 comments:

Unknown said...

Baru orkena briani kambing ayam mersh n ayam goreng.sorry to say its just blh mknla.rating kok bri 3 atau 21/2

Nurhayati said...

tekak setiap orang berbezakan. ada suka ada tak suka. anak-anak tak suka briyani sini. makpak je yang suka hehe