Friday, December 28, 2018

Taman Prasejarah Prehistoric Garden PSN


Masa tengah belek-belek gambar dalam handphone, baru perasan rupa-rupanya ada lagi gambar yang tak dimasukkan lagi dalam blog. Berkenaan kami pergi ke Pusat Sains Negara (PSN). Punya la dah lama baru sedar, kami pergi PSN ni masa bulan 9. Lebih tepat lagi pada tarikh 10hb September :) Nak cerita pun dah ingat-ingat lupa. Sebelum masuk ke dalam PSN, di kawasan pintu luar ada Taman Prasejarah yang mana menempatkan pelbagai jenis replika dinosaur di situ. Orang pertama yang eksaited bila tahu ada dinosaur ini dah tentulah akak Zahra. Dan semestinyalah kami menuju ke situ dahulu sebelum masuk ke dalam PSN.



Walaupun keluasan taman ini kecil tapi banyak juga dinosaur di situ. Setiap dinosaur itu ada info juga diletakkan sebelahnya. Sambil tu boleh kita belajar kenal spesis-spesis dinosaur ni kan.



Tak silap ai kami tak lama kat taman ini. Laju-laju ambil gambar kerana cuaca tak mengizinkan. Hujan rintik-rintik sudah.



Jangan ditanya ai nama setiap dinosaur ini. Ai tahu bergambar je :p



Besar sungguh la replika ni, kalau la yang real pun macam ini juga. Mahu bertempiaran lari tak cukup langkah dibuatnya. Tak sempat lari jauh dah kena baham kot huhuhu.. Takutttt...



Dalam banyak-banyak diinosaur yang ini saja lah tahu nama. Namanya T-rex. Sebab inilah dinosaur kegemaran akak Zahra. Yang ganas juga dia sukakan.



Si kenit ni pun teruja juga. Mujur mood dia baik hari itu.



Mummy hanya jadi camerawoman je. Tak ada rasa berminat nak ambil gambar dengan dinosaur-dinosaur ini hihi.





Dah sedia maklum akak Zahra memang sukakan pada dinosaur, jadinya segala jenis spesis dinosaur itu dia tahu nama-namanya. Ai dengar nama dinosaur tu macam nak terbeli lidah menyebut hahaha.. Memang ai tak pernah ajar dia, semuanya tahu dari hasil tengok Youtube. Apa yang dia suka sangat dengan dinosaur ni pun ai tak tahu hihi..


No comments: