Thursday, November 29, 2018

Convo Carnival Showcase 2018


Dua minggu lepas hari Ahad
18hb November hari Ariq konvo.
Masih buat tempat yang sama kat
Kompleks Seni Islam Shah Alam.
Suka buat kat sini senang nak pergi dan cantik dewannya.
Tema tahun ni "Fantasy Forest of Reading".
Ariq jadi fisherman katanya hehe



Seperti biasa,
anak2 ni kalau ada hal macam
nak pergi holiday atau ada events..
mmg laju bangun dan bersiap.
Alhamdulillah... cuma hari konvo Ariq ni,
ai je malam tu tak bole tido.
Tak berapa sihat sgt badan.
Tambah Qaireen pun demam sikit dan selsema.



Sebelum start harusla bergambar kejap.
Muka ai pun pagi tu sembab gila.



Amik gambar stage yang sama sebanyak 3 kali berturut2.



Masa majlis nak start
ai duduk jauh kebelakang sekejap sbb
nak menyusukan Qaireen.
Walaupun tak nampak tp dengar la pembukaan majlis
dengan bacaan doa dari anak 4 tahun.
Comel sgt suaranya pandai plak tu baca.
Selesai doa dan bacaan surah, ucapan dari salah sorang management.
Principal Teacher Mira cuti bersalin :)

Habis tu ada la opening song dari anak2.
Ariq tak berdiri kat depan plak.
Orang kecik jadinya nampak tak nampak je.



Masa dgr emcee cakap konvo nak start.
Laju2 ai lari ke depan,
tinggalkan Qaireen kat akak Zahra tolong
tengok2 kan dia sbb tengah tidur masa menyusu.
Semata2 nak amik gambar Ariq.



Video masuk ramai2.
Berkepak2 la lengan jubah tu labuh haha



Video amik skrol plak.




Ya ampun nak..
besarnya jubah kamu.
Hilang tangan tu hihi



Dah pesan dengan dia suruh senyum lebar2
masa naik stage.. tetap senyum sikit je
sabar je la.
Tp takpe la yg penting Mummy sempat
amik gambar kamu nak :)
Daddy dia plak ntah ke mana ai tak nampak.
Rupanya dia amik gambar dari jauh.
Nasib baik la Mummy ko jenis selamba je redah ke depan :p
Dan turn dia plak mmg first amik plug.
Fuhhh setel.

Lebih kurang 40 orang murid 6 tahun konvo tahun ni.
Selesai upacara konvo,
startla persembahan anak2.
First persembahan dari anak2 4 tahun.



Lepas tu dari anak2 5 tahun plak.
Comel sangat.. dan macam2 perangai.
Ada yg hyper..ada yg keras je tak buat apa.
Memang diluar kawalan cikgu la dorang ni kan.



6 tahun plak buat dikir barat.
Semua kena bawak kain batik mak masing2 hehe



Sikit video masa berdikir barat.
Rekod dari jauh je.



Tak byk sangat gambar ai amik masa ni,
lebih kepada video.
Nanti dah transfer ke pc upload kemudian
update dlm entry ni.

Lepas dah masing2 buat persembahan,
barula start lakonan plak.
Yang pandai bercakap, berani harusla
jadi main role dalam lakonan ni.
Yang lain2 tu akan menyanyi dalam selingan berlakon.



Setakat ni tuk ke3-3 anak2ku
semuanya jenis pendiam dan pemalu.
Jadi nak dapat role yg ke depan tu mmg tak la hehe
Tak kisah la nak oi janji korang
tak nangis atas stage tu sudah.
Alhamdulillah la dorang semua takde yg menangis.

Ariq jadi fisherman tp taknak pakai bucket hat.
Suka hati dia la.
Kawan dia plak yg sama jadi fisherman,
bole tak bawak fishing rod hehe
Ariq ada pegang tapi tak nampak plak dlm gambar.



Ni persembahan penutup.
Menyanyi ramai2.. time ni
semua dah huru hara.
Buat step ikut suka hati..
agaknya dah lama sgtkan.. anak2 ni
bukan bole lama2..nanti cepat bosan.



Apa pun ai tetap terhibur.
Kekurangan sana sini itu standard la.
Bukan senang teacher2 ni nak handle anak2.
Dgn perangai masing2 lagi.
Kita tak bole nak expect 100% perfect.

Amik gambar anak2 dara.
Beli bouquet tu kat luar dewan.
EnZaf cakap dia nak beli yg ada patung ironman,
tp tak sempat dah habis.
Beli apa yg tinggal je katanya.



Selesai majlis,
sempat la ai amik gambar ngan teacher2 Ariq.
Teacher Balqis dan Teacher Salwa.



Teacher Ain dan Teacher Fieqa.



Teacher Ain teacher Aliah jua.



Teacher Yana.
Yang teacher Yana dari zaman Zahra.
Tp dia tak amik gambar plak time ni.



Wefie satu kali sebelum balik.
Qaireen masih sedap tido,
walaupun riuh orang bergambar.



Gambar luar dewan.
Time ni tak silap Ariq mintak Daddy dia
tukar bouquet lain.
Dia tak nak spongebob.



Nasib baik la kat gerai tu bole tukar.
Dia amik donald duck.
Katanya dia tukar sbb nak cokelat lain haha
Sabar je la nak.



Keluar dari dewan,
terus kami ke seksyen berapa ntah enZaf bawak.
Kami lunch kat sana.
Sempat la ai amik gambar lagi sekali ngan Ariq.




Tak sangka habis dah Ariq preschool.
Tak lama lagi nak masuk Tahun 1 sudah.

No comments: