Friday, March 31, 2017

Last Day in Penang


Sedihnya kami nak balik dah. Ai rasa seronok betul trip kalini, sebabnya rest & relax saje. Tiada terkejar sana sini. Pagi seperti biasa breakfast dulu.



Lepas breakfast balik bilik. Ai pun nak packing baju-baju. Sementara tu anak-anak pula main Saidina dengan Daddy dorang.



Memang tiap kali trip, kami akan bawa satu board game or card game. Kalini anak-anak pilih Saidina. Dah siap kemas barang, ai layan movie sementara tunggu nak check-out. Masa keluar tu Zahra nak bergambar kat nombor bilik. Katanya bila nak ke sini lagi. Amboi... belum check-out dah tanya bila nak datang lagi. Nampak sangat dia pun seronok bercuti kat sini hehe



Ai cakap Zahra doa banyak-banyak, semoga kita murah rezeki dan boleh bercuti lagi :) Nak balik KL ni hari Jumaat sebelum keluar Penang, singgah masjid negeri untuk enZaf nak solat Jumaat dulu. Sebelum dia pergi sembahyang tu, sempat la belikan ai cendol kat pakcik baju oren belang-belang depan tu. Sedap cendolnya..



Dah selesai solat Jumaat, kami terus sambung perjalanan dan sempat singgah Ipoh jap. Ai nak jumpa dengan anak buah. Masa ni Aira sedih kami nak balik. Akid pula mengaruk, tak berapa sihat dia selsema & batuk.



Alhamdulillah perjalan kat highway tak berapa jem walaupun banyak kereta. Sampai sampai rumah terus ai sumbat baju kotor dalam mesin basuh. Fuh habis sudah cerita pasal Penang hihi Punya la bercinta rasa nak buat entry. Padahal malas pun iyer :p

No comments: