Thursday, March 23, 2017

Birthday Dinner for Zara


Hari Jumaat tu jugak,
lepas Maghrib dpt whatsapp
dari Sue.
Wish birthday Zara and
ajak makan2.
Memula ingat nak makan
kat tempat best sket,
fikir punya fikir,
kami pilih mamak je la.

Satu sbb Zara nak roti tisu,
dia jenis tak kisah pun.
Ke dua senang tempat yg
boleh melepak lama2 hahaha

Kalau dah jumpa tu bukan bole
sembang sikit2.
Habis 50 episod buat.
Tak bole nak letak 100
nanti hover sangat :p
Kalau start jumpa dari siang
agaknya 100 episod la kan hehe

Roti tisu as birthday cake Zara.
Baguih la dia
anak sapa la ni.. jimat ;)



Kami makan kat Kayu Nasi Kandar.
Boleh tahan jugak ramai orang.
Malam minggu plus dah start cuti sekolah,
harusla meriah macam nak raya.

Kusyuk masing2 mengadap roti tisu.



Ariq amik gambar ni.
Tq Ariq!!



Gambar sebelum balik.



Ada photobomb di situ.
Kalau zoom kemain mamak tu senyum.
Suka kan dapat enterframe sama.

Lama gila kami duduk kat situ,
gelas takyah cakap la,
menambah nambah order.

Pukul 1.30 pagi baru balik.
Itu pun sbb anak2 dah penat,
kalau tak lama lagi kot duk situ.
Mana taknya time tu la
ai & Sue berwhatsapp ngan suami masing2,
dorang kat London,
mmg haritu pun motif dorang shopping,
ha itu la semangat kami ngadap phone.
Bertubi2 gambar masuk so pilih hahahaha
Bahagia hidup sekejap.

Oh thank you Sue,
belanja kami semua makan.
Moga murah rezeki hendaknya.
Jumaat ni kita jumpa lagi di KLIA :)
Ha esokla..yeyyyyy

No comments: