Monday, February 27, 2017

Birthday Abah


Kami keluar dinner dengan family ai. Adik ai Nani yang suggest makan kat sini. Nama kedai Let's Shell Out di Puncak Alam. Agak jauh juga nak ke sana.



Nani tengok kat Instagram ramai orang cakap sedap dan murah. Jadi tak salah la kita mencuba juga. Lagi pun ini merupakan pertama kali ai bershell out hihi.. kat KD tu ada je Shell Out tapi tak pernah cuba. enZaf dia kurang sikit nak makan macam ini. Kami keluar makan ini sempena meraikan birthday Abah. Kalau nak diikutkan esok 11hb 2 baru birthday Abah tapi kami makan awal sehari sebabnya Nani dah nak balik Terengganu tengah malam tu juga. Hujung sekali sebelah kiri, bff Nani join sama. Automatik jadi anak angkat keluarga ini, anak-anak pun panggil dia CheSu.



Seperti biasa, sebelum makan haruslah bergambar beramai-ramai dahulu. Minta staf situ ambilkan, terima kasih ya. Lepas itu ai pun ambil gambar hero-hero kesayangan. Ariq sibuk nak main kereta dekat dengan lauk-lauk tu huhu



Sebelah ai ni dah tak sabar nak makan prawn. Dia memang suka makan seafood. Sebelum makan tu dia tanya kenapa tak ada plate haha...



Dalam pada semua orang tengah menikmati seafood, ada seorang minah ni minta nak makan pasta pula. Habis makan pasta dia sambung makan nasi. Sabar je lah.



Orang dah start makan ai sibuk lagi nak ambil gambar. enZaf tak toleh kiri kanan lagi dah, petang tu dia main bola padang. Memang tengah lapar sangat katanya hehehe..



Ai ambil gambar lagi kejadian selepas makan, habis licin... bagus tiada yang membazir.



Akhir sekali haruslah ai bergambar dengan orang yang kita raikan, birthday boy :p Kesayanganku dunia dan akhirat.



Happy 63th Birthday Abah!! Semoga Abah sentiasa diberi kesihatan yang baik. Dan terima kasih juga kepada tukang bayar kat gambar bawah ini. Semoga murah rezeki selalu supaya kita pun dapat tumpang rezeki jua hihi..



Sedap-sedap semua masakan di Let's Shell Out ini. Berbaloi dengan harganya. Ai tak berapa ingat exact price. Tapi ada 2 set hidangan kecil dan besar. Yang kami makan ini ambil set besar. Tak silap harganya dalam RM88, dapatla dalam 4-5 orang makan. Alhamdulillah sedap dan puas hati.

1 comment:

annapeje said...

macam teringgin gaks nak pegi ahahaha ahkak suka mkan camneh kikiki aboi ensem besday boy ahaha