Wednesday, February 1, 2017

Update Hal Anak2


Habis dah bulan Januari.
Kejap betul masa kan.
Jadi nak update la
hal dan perkembangan anak2 kat sekolah.

**Ariq**
Alhamdulillah senang sangat kejutkan dia.
Beza betul ngan akak Aliahnya.
Masa Aliah ai kena kejut 1 jam awal,
nak bagi dia bangun mandi tu ya ampun.
Hanya Allah Maha Mengetahui hihihi
Berbeza ngan Ariq.
15minit je amik masa dia kejut.
Tp paling champion akak Zara la.
Tak sampai 2 minit,
panggil sekali dua terus bangun.

Tanya Teacher2, macamana Ariq kat sekolah.
Semua teacher cakap dia okay sangat.
Active dan talkative hahaha
Budak ni pun mmg byk cakap,
kat umah tak benti2 :p
Tiap kali balik umah,
mesti nak wat revision ape dia belajar.
Takat ni pun tak byk ape dia belajar lagi.
Dia dok baca ABC, counting 1-50
dan baca Iqraq.

Yang nak gelak tu,
kalau dia baca salah or tak ingat,
dia marah diri sendiri hehehehe

kawan dia plak
kalau tanya Daniel Daniel,
sorang tu je dia ingat nama hahaha


**Aliah**
Tahun ni senang la dia bangun.
Sekolah petang takde masalah.
Cuba pagi mcm tahun lepas,
mau mak ko ni pitam nak kejut.

Satu je dia beza ngan akak dia Zara,
part membeli makanan.
Kemain laju okay.
Beli itu ini kat kantin.
Zara plak jenis tak makan,
so jarang la dia beli macam2.
Pastu Aliah ni baru sekolah 2 minggu,
dah pandai okay beli kat pakcik motor
depan gate sekolah.
Sempat dia beli sblm Mummy dia
sampai nak amik time balik.

Belajar buat masa ni dia buat
buku aktiviti cikgunya provide.
Buku teks blom dapat lg.
Ada satu hari tu dia bawak balik
satu kertas BM.
Dapat B+ sedih2 dia sbb tak dpt A
hahahaha Aliah Aliah.
Soalan tu pun bukannya senang.
Ada karangan cerita pasal Arnab dan Kura2.
Kat situ soalan tanya ape nilai2 murni,
dan pengajaran dari cerita itu.
Jawapan subjektif..ko rasa..
Amik ko soalan KBAT sungguh.
Dpt B+ pun dah cukup bagus nak oi.
BI dia tak bawak balik paper,
tapi katanya ada satu salah katanya.

Aliah tak ramai kawan lagi,
dia mmg susah sket nak berkawan.
Buat masa ni waktu rehat berkepit ngan kakak dia huhu


**Zahra**
Takde byk sangat nak story.
Dah senior hihihi
Minggu pertama lagi dah ada homework.
Boleh kata hari2 la ada homework.
Gigih la Mummy nak monitor.

Tahun ni cikgu lantik dia jadi pengawas pusat sumber.
Amboi..tahniah yer akak!hebat
hebat la bg Mummy
sbbnya Mummy pun kat sekolah
tak pernah jadi pengawas2 ni. :p
Lagi pun dia mmg minat membaca.
Buku novel kt umah pun berlambak.
Tak tau ikut sape suka baca2 ni.
Mummy & Daddy ko memang tak la.

Tahun 3 jugak dah ada Ko-Ko.
Daddy dia tanya Koko tu ape?! :p
Kokurikulum tp zaman ai panggil Ko-K.
Seminggu sekali.
Hari Koko tu kena hantar dia awal.
Cikgu masukkan dia dlm permainan Bola Tampar.
hahahaha gelak jap.
Cinonet main bola tampar.
Orangnya ayam daging pun tak makan,
camne la dia nak tampar bola tu.
Kata dia sakit tangan hehe
Cakap ngan dia jugak,
kalau rasa tak bole main,
mintak cikgu tukarkan ngan permainan lain.
Tak tau la bole ke idak tak sure :)

Oh dah start Ujian 1.
Last 2 week buat Matematik.
Salah 3..mcm biasa la,
soalan susah betul,
soalan senang plak yg salah.
Ape pun bagus dah tu.


Yang penting anak2 seronok belajar
dan terang hati dalam menimba ilmu..
Mummy sentiasa doakan yg terbaik buat semua.


1 comment:

annapeje said...

hahaha macam2 ragamkan tue blom masok 4 anak ahahha ...amboi cekap betui aliah sempat jerk nak membeli kaki soping mcm mommy neh wakakka