Tuesday, November 1, 2016

Lepak at Kuppi & Sekut


Ai dan anak-anak keluar makan dan minum dengan Nani dan anaknya Adraa. Pada mulanya Nani ajak makan dekat Damansara Uptown. Tapi tak jadi sebab ai takut tak sempat nak kejarkan masa. Haritu ai agak kelam kabut dengan uruskan anak-anak hantar dan ambil kat sekolah campur dengan memasak lagi. Bila timing masak lari, habis semua keje pun lari la. Memang tak cukup nafas dibuatnya haha.. Keluar rumah pun dah lambat, nak pergi Uptown tu belum kira nak cari parking lagi. Tempat tu sedia maklum sesak dan nak dapat parking bukan senang. Jadi kami decide makan area KD sahaja.

First time makan kat Kuppi & Sekut. Kedainya di Seksyen 4. Ai pernah nampak cafe ni dari tepi jalan tapi hanya tengok sahaja. Bila keluar makan dengan kawan ni ai pun ambil peluang la cuba kat sini pula. Menu yang ada di Kuppi & Sekut.



Sumpah ai tak suka jenis menu yang hanya ada tulisan sahaja. Nak nak kalau makanan tu ai tak pernah makan dan tak boleh nak imagine rupa makanan tu haha... ai prefer lagi kalau ada gambar. Adraa yang comel sangat. Satu-satunya Princess Nani yang sentiasa dibawa kemana sahaja :) Geram tengok, gebu gebas. Dia nak kereta mainan Hot Wheels Ariq tapi Ariq ni kedekut tak bagi pinjam langsung pfftttt.. Tak gentleman langsung la kan hehe..



Air yang diorder. Vanilla smoothies dan Oreo smoothies. Dua-dua sedap sangat... habis licin dalam sekelip mata.



Kat cafe ni bukan sahaja ada makanan Western, local food pun turut disediakan. Cuma agak terhad. Ariq minta nasi dan chicken tapi ai tak layan. Padahal baru sahaja lunch kat rumah makan nasi tiba-tiba keluar ini minta nasi lagi huhuhu... sebabkan ai dan anak-anak sudah makan kat rumah maka ai order yang ringan-ringan sahaja. Untuk mengunyah. Gambar di bawah ni ialah Nachos. Sedap sangat.



Smoke Margarita Tortizza. Pun sedap juga.



Mixed Bruschetta. Yang sauted mushroom tu, ai rasa kena tukar jadi salted. Sebab terlebih masin.. mungkin tertumpah garam hehehe... Yang lain okay.



Cafe seperti ini ai suka tengok deko dalamnya. Cantik-cantik bak kata orang cafe hipster gitu.



Kami bergambar sebelum balik. Gelap pula gambarnya mungkin kerana silau dengan cahaya. Yang staf ambilkan tu pun kot ye gelap cuba la cari angel yang okay sikit :p Ai malas nak suruh dia ambil gambar lagi sekali. Redha saja lah.


Seronok pula anak-anak ni sebab dapat belon dari owner kedai. Thank you Uncle!.. eh abang hahaha



Lepas dah puas makan dan borak-borak terus kami balik rumah. Kemudian keluar semula untuk ambil akak Zahra pula. Buka pintu kereta tengok ada paparazzi laju ambil gambar Mummy dalam kereta. Nasib baik sempat Mummy dia pose haha.. Thank you Aliah!!



Oh berkenaan Cafe Kuppi & Sekut ni. Menarik juga bagi ai. Tempat pun cosy. Next time boleh datang lagi dan cuba menu lain pula. Silalah search Kuppi & Sekut ini di Instagram dan Facebook untuk lebih details. Oh! Hi November!!! Let's the birthday month begin! :)

No comments: