Thursday, November 10, 2016

Last SPA for 2016


Hujung bulan lepas
sekolah Aliah wat Student-Parents Activity
buat kali terakhir tahun ni.

Sblm tu anak2 kena solat.
Tiap pagi mmg dorang kena
wat solat jemaah.
Senget2 saf kan hihi



Pastu aktiviti panaskan badan.




Sempat rakam sikit time ni.


Tema tahun ni My Favourite Things.
Lebih kepada permainan tradisional.

First main batu seremban.
Yg minat laju meluru dekat,
Aliah tak minat sgt,
dia wat hal sendiri kat belakang hihi



Ada main teng-teng.
Ha part ni ramai suka.
Budak2 kan suka melompat.
Habis je wakil parents ajar,
berduyun2 nak melompat gak.



Yang ni tali beracun.
Semua ayah2 kena main.
Gegar sekolah tu haha
Nak nak part lompat paras pinggang,
nasib takde yang jatuh tersungkur :p



Ni bowling.
Tak bape tradisional sgt hahaha
Semua mak2 plak main.




Tak sangka Zara ada amik video.
Dah lama tak main,
baling bola pun tak betul haha



Last sekali main congkak.
Aliah suka game ni.



Takde la pandai betul lagi,
ada part2 dia tak reti.
Macam dah mati leh makan guli lawan dia.
Pastu kalau dah benti kat rumah,
leh sambung lagi main.
Tapi okay la dia enjoy.



Sebelum balik,
dapat sikit cenderahati dr pihak sekolah.



Bergambar ngan Arissa
kawan kelasnya.
Nampak tu jauh beza ketinggian.
Ikut Mummy dia yg petite.



Tak ketinggalan jugak,
Mummy Aliah & Mummy Arissa.
Bengkak dan sembab mataku yg tak cukup tido itu.



Thank you GAKD.
Yang wrap tu dapat photo frame dari Ikea.



Balik umah tgk Zaf ada.
Dia tak masuk opis.
Lepas solat Jumaat,
terus ajak keluar.
Kami pegi Paradigm Mall.

Alang2 tu tgk wayang terus.
Doctor Strange.



Zara yg beria ajak tgk ni.
Alih2 dia tak tgk sangat,
dia tak suka kalau citer tu
ada part2 bedah..darah..bunuh2.
Mmg tutup mata je la.
Tu tandanya tak leh jadi doktorkan :)

1 comment:

Rozita Ceritaita said...

bagusnya.. seronok nampaknya.. mak bapak yang lebih seronok kalau ada aktiviti macam ni kan..hihi