Friday, December 4, 2015

Mengelupas Bibir Yang Sangat Teruk


Setelah sekian lama, baru tergerak hati nak share dalam blog berkenaan kulit bibir mengelupas. Tak ingat bila kejadiannya berlaku. Yang pasti tahun ni, rasa-rasanya dalam bulan 6 kot sebelum masuk bulan puasa. Diriku mengalami masalah bibir kering yang sangat teruk. Tak boleh bayangkan teruknya itu sampai luka. Setiap kali ai buang kulit yang kering tu, muncul kulit kering yang baru. Macam tak putus-putus pula. Tak tahu juga sebab apa jadi macam tu, nak kata kurang minum air. Diriku ni memang kuat minum air kosong. Dalam rumah ni air botol sampai dua untuk ai sorang je. Minum pun sekurang-kurangnya 3 botol penuh 500ml setiap hari. Tapi itu la kalau dah nak jadi, ape pun tetap jadi.

Macam-macam cara dah ai buat bagi nak baikkan bibir ni. Hari-hari sapu lip balm, macam-macam brand semua ai dah cuba. Drug store tu dah macam bestfriend haha tak cukup dengan kedai, beli online lagi. Tak jalan juga masih sama je mengelupasnya. Sapu Vaselin, masa pakai je nampak elok. Kalau tak pakai mengelupas semula. Cuba cara traditional pula, sapu madu bagai. Siap buat scrub dengan gula & madu. Hasil tetap mengecewakan.

Bila semua cara dah buat makin lama makin teruk mengelupas kat bibir tu. Luka berdarah tu jangan kata la, macam dah imune. Bila bibir kita kering, jadi senang merekah pecah dan lukakan. Pedih tu nauzubillah. Paling seksa bila kering tu kat celah tepi bibir, ya ampunnnnn.. tak boleh nak buka mulut besar. Nak makan seksa sangat. Bila buka besar, koyak luka tepi mulut tu okay sampai menitis air mata menahan pedih huhuhuhuhuhu Bila minum air panas pula terasa bibir tu pijar, bibir tu dah menipis sebab mengelupas saje. Makin lama mengelupas bibir tu makin melarat jadinya. Mengelupas tu sampai ke atas bibir dan bawah bibir. Macam gambar kat bawah ni. Ni ai edit gambar letak kat area mana yang mengelupas luar mulut. Warna pink tu la sampai kulit ai mengelupas.


*gambar asal ni credit to dreamstime.com

Masa ni kan, ai dah moral down sangat. Dah la jadi kat bahagian mulut, nak bercakap dengan orang pun malas. Malu pun ada. Kalau boleh memang tak nak bercakap dengan orang dah ape lagi nak berjumpa. Memang elak selagi boleh. Hilang keyakinan sungguh. Bahagian kulit mengelupas atas dan bawah bibir tu dah jadi macam melepuh. Melecur pun boleh dikatakan juga, terukkan dah sampai tahap macam tu sekali. Pedih-pedih rasa bila terkena air. Kat situ pun kulit tu mengelupas non-stop. Bila mengelupas saja kulit tu menjadi nipis dan jadila kemerah-merahan. Serius weh macam ape muka. Ai ada ambil gambar masa jadi macamni tapi rasa buruk benar nak letak kat blog, mahu orang muntah loya semua cukup huhuhu

Macam-macam cara juga ai buat, nak bagi baik dan paling penting nak bagi kulit tu tak jadi merah. Sebabnya bila melepuh tu kawasan tu jadi panas. Bila panas ianya pedih. Entah berapa kali ai basuh muka nak bagi hilang panas. Siap letak timun, bagi sejuk. Ais jangan letak walaupun sejuk sebab ada ai baca kat mana entah kalau kulit melecur ke apa jangan letak ais. Nanti jadi lagi teruk, lalukan luka tu dengan air paip yang sejuk pun dah cukup. Bila buat tu rasa lah lega sekejap lepas tu rasa panas balik :(

Gigih ai Google cara-cara nak bagi sembuh. enZaf ajak pergi klinik ai tak nak, sejenis yang degilkan. Google punya Google jumpa satu forum, katanya cuba letak gel aloevera. Ai pun beli la dekat farmasi dan cari yang 100% aloe vera. Pakai la gel tu setiap hari, seminggu macam tu nampak hasilnya, kulit kemerahan atas bawah bibir tu berkurangan. Rasa panas tu pun berkurangan juga. Hanya mengelupas tu masih ada lagi. Dalam sebulan lebih sapu gel aloevera hasil masih sama tiada perubahan yang ketara.

Tak puas hati lagi, ai Google lagi sampai la terjumpa satu blog ni, alahai terlupa pula nama blog tu. Dia pakai satu cream ni, antibiotic cream. Beli dekat farmasi saja. Tak silap harganya dalam RM12. Ai minta tolong dekat adik belikan sebab dah tak mampu nak keluar jumpa orang huhuhuhu



Alhamdulillah, cream ni sangat berkesan untuk ai. Selama 3 hari dah nampak hasil okay. Warna kemerah-merahan itu hilang dan paling penting melepuh tu tak ada dah. Secara tak langsung mengelupas pun hilang terus. Tiada dah rasa kulit tu panas terbakar. Sampai la sekarang. Itu hanya bahagian sekitar luar bibir ye. Berbulan-bulan juga ai mengalami masalah ini. Kalau diamati betul-betul sekitar mulut ni, terdapat tona kulit tak sekata dengan kulit muka. Kawasan yang melepuh tu kulitnya sedikit menipis dan nampak bercapuk. Jadinya marilah kita sapu whitening cream atau masker bagi balanced semula warna tona kulit tu hehehe Perkara ketara yang ai perasan selain dari luar kawasan mulut, bibir yang mengelupas tu pun ada nampak perubahan juga. Walaupun tak sembuh sepenuhnya tetapi mengelupas kat bibir ni berkurangan. Tiada dah seteruk sebelum ini sampai berdarah. Hanya kepingan kulit sikit-sikit yang ada. Setiap kali ada kepingan kulit bibir kering, ai akan buang dengan menggunakan kepit kuku. Jangan tarik kulit kering tu nanti lagi sakit dan pedih. Walaupun penyelesaian ni tak membuat sembuh 100% tetapi ianya dah memadai bagi ai. Perasaan malu nak jumpa dengan orang tu pun dah berkurangan. Janji bila kita keluar simpan lip balm di dalam beg, sentiasa lembabkan bibir kita bagi mengelakkan mengelupas lebih teruk semula.

Pergh... panjang pula entry kalini. Jadi kesimpulan dari cerita semua ini, pada sesiapa yang mengalami masalah sama seperti diriku apa kata cuba krim Fucicort ni, mana la tahu ianya berkesan untuk korang pula kan. Sharing is caring!

* kalau korang ada luka kat area "V" tu atau or celah bontot sebab garu ke ape ke. Silala sapu cream ni kat situ juga. InsyaAllah baik. eh part bontot tu bukan tuan blog ni tapi orang lain hahaha Oh yer terima kasih juga pada blog yang ai tak ingat nama tu sebab dia yang rekemen pasal antibiotic cream ni. Semoga Allah membalas jasanya :)

23 comments:

Sidratul Muntaha said...

beb..muka dgn mulut mengelupas sbb kurang vitamin e dgn k dalam badan
aku selau kena..
mmg abis merekah2 tepi hidung ni
antibiotik tuk shortterm je
alorevera gel yg ok pada aku nature republic, siap ade spray dia sekali
insyaa Allah ok.

kalau food resource vitamin E ni boleh ambil dri betik, mangga, tomato, hazelnut, olive oil, brokkoli n sayurna hijau.
take time sikit tapi insyaa Allah berkurangan..


BAYU HEBAT SDN. BHD said...

alahai..kalu la kita ada borak2. farid pun pakai cream ni kt muka dia. sbb mengelepus jadi merah2. doc mmg bg dia cream tu. 2-3xsapu ok dah.

ayueismail said...

Sis tq for sharing...dr ape yg sis cerita,,sy sdg mgalami mslh yg sma mcm sis skrg..malu nk berjumpa org..mcm2 sy dh cuba..sy akan try ini pula

Unknown said...

Cara penyapuan mcm mne sbb sy pon tgh mngalami masalah yg sama

Nour Fa Ieza Blogs said...

haaaa sme..sy.pun..stress btm

Syuhawada said...

Tq sharing

Unknown said...

Cara penyapuan macam mana...

Nurhayati said...

Untuk saya sapu bila rasa kulit merah dan pedih. Sekali sapu je secara nipis.

Unknown said...

X beracun ke

Unknown said...

Tak racun ke sapu kat bibir

Nurhayati said...

Krim ni bukan sapu atas bibir.. i sapu atas dan bawah luar bibir yg kulit mengelupas. Bibir tu pakai lip balm aje.

PopiaNestum said...

dulu jadi macam tu. merah atas bibir belah kanan.skrg masih kering keliling bibir pulak. dia kering keras tu dah tau. kalau nak makan kene basuh basahkan bibir dulu baru boleh bukak mulut tu.

Nurhayati said...

betul tu. seeloknya basahkan bibir dulu kan kalau ada kawasan kering. mengelakkan kulit terkoyak atau luka.

Unknown said...

Tq for sharing..good info..i'm encounter sane prob rite now...struggle dh bli mcm2 treatmnt lios balm sebamed, lipcare, vaseline, so on...esk nk cari kt farmacy tp ni antbiotik..bolb ke i kt frmcy..bkn kn presc dctr dlu ke...

Unknown said...

Tq will try esk...tgh mnggelups ni dh almost a mnth..

Unknown said...

Nak dapatkan cream ni dekat farmasi ke

Nurhayati said...

unknown: ye dekat farmasi ada, i beli kat Guardian aje tapi jualnya dikaunter ada pharmacist tu sebab ubat ini controlled medicine tak boleh jual sembarangan.

Nadiah said...

Saya dah 2 tahun ada masalah kering di tepi bibir. Mula² kena kat area sikit je kat atas. Lama2 makin teruk kena sekeliling bibir. Mmg gelupas je kulit kat tepi bibir. Xtau nak sapu apa dah.

Nurhayati said...

Nadiah: Stresskan bila jadi macamtu. Macam tu lah dengan i pun sebelum ini. Sekarang ni alhamdulillah bibir ok. Ada masa2 ia mengelupas i perasan bila makan pedas. Mungkin dah jadi sensitif tak boleh kena pedas agaknya jadi trigger bibir kering dan mengelupas :( moga cepat sembuh ya nadiah.

Nadiah said...

Ya betul. Bila makan pedas, ia rasa panas n gelupas. Saya pernah sapu ubat antiviral sbb masa tu keliling bibir saya berair bengkak. Okay kejap. Then pergi klinik doc cakap allergic. Sapu lipbalm je. The problem is bibir still tak okay. Bangun tidur bibir rasa bengkak je. Rasa diri dah tak confident. Saya baru je beli ubat yg sis suggest tu. Harap menjadi.

EMA ASRI said...

Hi nadiah. Awak dah try ke cream tu and berkesan tak? Sebab saya nak try jugakla beli. Bibir saya pun selalu bengkak dan mengelupas teruk. Dah hampir 3 bulan macamni.

Nadiah said...

Hai Ema. Saya dah try. Alhamdulillah menjadi. Dan sekarang ni mmg saya bergantung pd ubat tu. Kenalan saya ada tegur ubat sapu ni dia guna utk anaknya yg eczema. Sapu bila perlu dan sapu tipis je. Kalau saya tak jaga makan atau salah pakai produk, bibir saya akan problem balik. Cepat2 letak ubat sapu tu dan ia akan baik. Jadi, ubat ni hanya merawat sementara tp bukan hilangkan problem saya. Pada saya, itupun saya dah bersyukur sgt. Terima kasih pd blogger yg suggest ubat sapu ni. P/s beli yg saiz kecil je sbb tak guna byk pun.

EMA ASRI said...

Ohh okay terima kasih Nadiah. Saya dah penat guna dan bertukar banyak ubat tapi bibir saya tetap mengelupas. Lepasni saya nak cuba lah ubat tu. Harap harap berkesan.