Friday, October 23, 2015

Majlis Nikah Azfar & Hakimah


Hari pernikahan cousin ai Azfar
berlangsung kat Masjid besar Shah Alam
iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Majlis ni buat simple dan ringkas
yang dipenuhi ngan ahli keluarga sahaja.
Ai suka camni sbb lagi mesra :)

Waktu pernikahan pukul 10pagi.
Sblom tu kami semua berkumpul kat umah MakLang
ada wat sedikit doa selamat.

Cantik hiasan bilik nikah ni.
Sweet aje.
Tapi sayang satu aircond plak rosak.
Time kawin ni plak rosakkan,
pihak masjid sediakan kipas cooler tu,
tapi dah ramai takde rasa sejuk mana pun.
Berpeluh gak la hahaha



Pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin tu sendiri Dato' Abdul Hakim.



Alhamdulillah dgn sekali lafaz,
sahla menjadi suami isteri.
Good Job Along Azfar hihi
Lepas je akad tu,
bapa pengantin ada bagi sepatah dua kata
kat menantunya.
Touching sgt bila ayat "saya serahkan puteri sulong saya..."
bla bla bla nasib tak bergenang air mata ai haha

Gambar pengantin bersama ibu bapa mereka.



Selesai semua ngan upacara batal air sembahyang,
kitaorg terus ke khemah.
Ape lagi makannnnn tghari.
Tak dan nak amik gambar.
Makanan yg dihidang nasi minyak
ngan lauk pauk semuanya sedap2.
Nak tambah tapi malu haha

Antara hantaran dari pihak perempuan.

Jam dan macaroon.
Macaroon tu lama perati hihi



Perfume & kasut



wallet, belt & shirt



dan kek..
kek ni pun lama perati :p
bab makan mmg la sukakan.



Bapa pengantin perempuan tu
adik kepada Timbalan Perdana Menteri kita skang,
Y.B Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tapi dia tak dapat datang.
TPMkan sibuk.
Wife dia je datang.
Tu mak & mak2 sedara bergambar ngan wife TPM
Datin Seri Hamidah Khamis. :)



Tgh on the way nak ke khemah,
Zaf cakap Yang, pusing belakang!
kalau tak amik gambar ni
mmg takde kenangan haritu.
Thanks Yang!
Sila jangan muntah hijau.



Ada lagi cousin tak uploadkan gambar,
tapi kita buat je la entry ngan gambar yg ada.
Kang takut lupa terus nak citer hihi

Tahniah Azfar & Hakimah,
moga kekal bahagia hingga ke Jannah.
Tuk majlis resepsi 31hb
sedih tak dapat join sbb
majlis resepsi perempuan tu buat formal,
anak2 kecil tak leh bawak.
Dorang plak taknak tinggal kat umah mak Zaf huhu
Kalau pegi tu dapat la bergambar ngan TPM :)

No comments: