Friday, October 2, 2015

Gambar Raya Lagi


Mari menghabiskan entry raya haji huhu
Kalini gambar dari phone plak.

Gambar 3 beradik yg wajib diambil.



Lupa nak tarik seluar Ariq.
Dah rupa pakai suar pendek plak haha
Gasak..



Sebelum gerak ke umah mak,
sempat lagi suh Zara amikkan gambar kami berdua.
Cantik lagi baju nikah ni rupanya. :)



Mak masak lodeh ngan rendang sket.
Nampak tak anak antu dia ni datang bawak perut je.



Pagi beraya umah Sg Buloh,
lepas Zohor balik umah mak mertua plak.
Mak masak nasi minyak.
Tapi kalini takde gambar raya ngan dorang.

Lepas Asar plak kami gerak gi umah Mak Teh ai.
Kat Kemensah Height.
Hanya kami 2 keluarga je beraya sama.
Mak Lang Mak Ngah n Mak Chik beraya kt
kampung masing2.
MakSu Paksu gi haji.
Anak2 maksu ada ngan Mak Teh so meriah sket.

Lupa nak snap gambar makanan,
byk gila makanan raya umah Mak Teh.
Lemang, ketupat, laksa, nasi bariani mcm2 la.
Kenyang sangat makan malam kami.
Sampai bungkus bawak balik.
Esok tak yah masak, panaskan lauk je hehe

Supper plak Along Khairul watkan lamb chop.
Gigih Chef ni masak tuk semua org.



Ai yg tak makan kambing pun,
makan la sket.
Nasib baik sedap, lembut dan juicy :)



Gambar reramai sblm balik.
Selekeh dah rasa time ni.



Anak2 Mak Teh tak cukup,
2 org anak dara dia dah balik UK,
yg sorang laki keluar.
Lain tu anak Mak Su
Adik2 ai je buat ramai haha :)

No comments: