Monday, July 27, 2015

Cerita Sehari Sebelum Mula Sekolah


Ikutkan perancangan kami nak bawa anak-anak pergi ke Zoo Negara. Tapi sebelum tu waktu tengahari kami hantar Zahra dulu ke kelas Eye Levelnya. Tak sangka pula kelasnya tutup, rupa-rupanya tutup sempena cuti raya. Minggu sebelum itu Zahra tak pergi kelas, itu yang tak dapat makluman. Memandangkan kelasnya tiada jadi kami terus ke Zoo Negara. Dah sampai tapi cuaca pula tak mengizinkan, hujan rintik-rintik dengan awan yang gelap. Jadi enZaf cakap cancel masuk Zoo Negara. Rugi pula masuk waktu cuaca hujankan. Masa ini Zahra dah muka sedih. Semua menda buat semua tak jadikan. Akhirnya enZaf ajak pergi ke Kota Kemuning. Nak ambil kayu golf katanya. Lama juga kami kat situ tapi menunggu dalam kereta saja. Selesai dia dalam kedai golf tu, kami ke AmCorp Mall pula. Nak ambil handphone enZaf yang hantar repair. Handphonenya rosak pada bahagian tempat charge, masuk air. Bawa handphone dalam toilet, itula akibatnya. Mujur handphone dia under warranty lagi. Huawei gantikan dengan handphone yang baru.



enZaf ni dari dahulu lagi, dia jarang sangat beli handphone. Sebab handphone yang dia dapat ini kebanyakkannya dari company yang bagi atau pun dari supplier. Tak silap ai rasanya dua kali je kot dia beli handphone sendiri. Itu pun beli buat backup. Handphone Huawei ini dari supplier yang bagi. Kalau beli pun untuk handphone wifenya. Sebab itu wife dia paw telefon mahal sikit hahaha.. Thank you Yang! Selesai di Huawei enZaf singgah surau sekejap untuk solat Zohor. Sementara ai dan anak-anak menunggu, apa lagi, ambil lah gambar setiap seorang.



Satu-satunya anak bujang kami. Banyak cikadak dah budak ni. Dah pandai meminta macam-macam.



Yang ini jangan ditanya, serba serbi pandai dan pantas haha.. Kalau pergi beraya di rumah orang dengan selamba badak buat macam rumah sendiri huhuhu.. dengan tak tahu malu terus ambil toys orang dan main. Dengan dia ni ai kena cepat bertindak. Kalau leka naya.



Yang seorang ni pula, Mummy rasa dia macam dah besar sangat. Sifat keanak-anakkan tu macam dah berkurangan huhu.. Tapi dah banyak menyenangkan juga sebabnya dah pandai buat sendiri. Boleh harap gitu.



Sebelum balik rumah, kami singgah minum di Gloria Jeans Coffee.



Kalau ke sini tak ada benda lain lah nak makan kalau bukan donut. Donut kedai ni nak makan tapi donut kat pasar malam tak nak pula. Memilih sangat.



Muka berdua ni happy sebab Daddy belikan setiap seorang toys. Kami singgah Giza pula. Disebabkan tak dapat pergi Zoo Negara itu yang Daddy dorang belikan mainan sebagai ganti. First time ni beli mainan bukan original hehehe.. Aliah minta pony, Zahra pula nak dinosaur. Haiwan kegemaran dia sejak kecil lagi. Entah apa yang suka pada dinosaur pun ai tak tahu.



Mainan Ariq ai tak ambil gambar pula. Dia beli train Thomas and friends. Rehat dan solat Maghrib sekejap di rumah lepas tu kami bersiap-siap untuk pergi beraya rumah Mak Lang kat PJ. Banyak betul tempat kami pergi dalam satu hari tu. Dari rumah > OU > Zoo Negara > Kota Kemuning > AmCorp Mall > Giza > Rumah > Rumah Mak Lang. Balik rumah kesemuanya terbongkang kepenatan. Balik terbongkang kepenatan hihi

4 comments:

annapeje said...

generasi anak2 kita neh mmg suka mkn donut haha...untung la bini pakai enpon mahal ..mak pakai enpon murah jerk mampu kihkih

annapeje said...

ahahaha ko neh kan lawak tau ahahah aku pon lps poser makan mcm naga adehhh mls nk pk wakaka

Ismi Umar said...

Ti, kenapa kurus benar nampak Zara? Sebab puasa yer?

Nurhayati said...

ismi: itula kak, puasa haritu buat dia kurus sgt. dah la puasa penuh, plak tu taknak makan nasi.. hari2 mintak buka dgn mee goreng. skang ni baru nampak dia selera balik nak makan mcm2.