Friday, July 10, 2015

Baju Raya dari Jakarta


Yey... dapat dah baju raya kami, Alhamdulillah. Jauh datang, terbang dari Jakarta. Dari beli kain dan tempah jahit semuanya di sana. Yang ai tahu sampai sini dah siap :)



Baju raya ai tahun ni buat jenis dress. Senang sebab sarung sahaja. Lepas tu tak payah nak runsing bahagian pinggang tu ketat atau tidak. Pakai pula masa raya, sah sah makan tak ingat dunia. Walaupun tak makan perut tu memang dah buncit :p Kain yang berwarna ungu dan hijau ini, ai buat kain lacenya sampai bawah. Kira penuh satu badan.



Ai minta tailor buat manik-manik sekali. Tak sangka manik yang dijahit itu banyak dan penuh di bahagian leher, tangan dan bawah baju. Bila pakai dress ini terasa berat sebab penuh dengan manik. Baju kahwin ai pun tak banyak manik macam ini hehehe... Baju untuk anak-anak dara ni pun ikut sama design macam ai juga. Bezanya baju mereka tak ada manik tetapi diletakkan bunga pada bahagian pinggang. Nampak comel gitukan ;)



Kain yang berwarna merah dan biru ini pula ai buat dress juga. Cuma yang ini designnya ala-ala kurung moden. Ada bentuk pinggang sikit kat badan tu.



Kain lacenya itu berasingan dengan dress merah dibahagian dalam. Kiranya kain warna merah itu dress kosong. Jadi ai boleh buat kain lace yang berwarna lain pula dan di mix and matchkan bersama dress ini. Kedua-dua kain yang ai beli dan tempah di Jakarta ini berkonsepkan color block. Semuanya idea dari enZaf. Bab kain ini ai memang serahkan pada dia. Kalau ai pilih selalunya dia tak berkenan huhu.. Baju merah dan biru ini juga buat design yang sama untuk anak-anak. Untuk warna ini letak riben pula.



Tahun ini ai dan anak-anak dara sedondon. Senang pun tailor nak buat kerja, tak perlu pening-pening kalau banyak sangat design nanti. Ai puas hati sangat dengan hasil baju raya ini. Jahitannya sangat cantik dan kemas. Susah nak jumpa tailor yang jahit kemas dan cantik ni kan. Dan ai pula memang jarang tempah-tempah baju ni. Masa dapat baju ini terus ai dan anak-anak cuba, mujurlah baju ai muat hahaha.. Baju anak-anak pun puas hati tengok, dan comel sangat. Masa bawa kain ini nak pergi tempah, ai siap Googled design yang ai berkenan dan explained itu ini. Alhamdulillah dia memahami dan memenuhi kriteria ai minta hehe..

Tahun ni tema raya adalah lace. Rasa macam mewah dan elegan sangat. Weekend ini ai nak mencari tudung raya. Masih tak cari lagi, nanti nak dekat raya sangat baru terhegeh-hegeh huhu... ada satu tudung ai tempah dekat Has. Tak sabar nak dapat yang itu, mesti lawa punya :)

3 comments:

DaZzlingLilLy said...

cantiknya baju2 ni..taks abar tgk yati n princess pakai

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

hrp2 selamat sampai sblm raya shawl tu. lawaaaaa sgt bj raya yati.

annapeje said...

wahhh tantek nyerrrr...eh sama la kaler merah dengan mak tahun neh kihkih ...tapi mak baju kosong jerk huhu