Thursday, May 28, 2015

Minggu 5-8: Kecilkan Peha dan Kempiskan Perut


Pergh lama betul rasanya tak bercerita pasal exercise ni. Tak berapa nak cerita sebabnya tiada banyak sangat yang berbeza pun. Berat dan kekempisan tu macam sama je rasanya hahaha.. kalau banyak beza mesti dah laju kita update :p Lepas ini nak bercerita dalam sebulan sekali. Baru nampak perbandingan dari minggu ke minggu kan. Kalau ada beza la dan kalau rajin haha.. semoga diri ini istiqomah dalam mengempiskan perut dan mengecilkan peha.

Di bawah ini summary hasil dari exercise sepanjang minggu ke-5 hingga ke-8. Kalau nak ikutkan pengiraan sudah 2 bulan ai joging. Wah satu pencapaian terbaik dalam hidup :) Tak pernah rasanya joging sebanyak ini.



Tengok semula pada minggu ke-5 tiada beza sangat dengan minggu ke-4 [link]. Minggu ke-6 tu minggu kami pergi ke Jakarta. Jadinya sikit sahaja kalori dibuang. Bila pergi berjalan tiada makna tak makankan. Beribu dah kalori masuk dalam badan ni, kolestrol pun sama naik agaknya hehehe... Sejak balik dari Jakarta, berat badan naik dengan jayanya. Saiz pinggang pun dah 30 inci okay huhu.. Apa lagi, laju la buat senaman perut sampai la sekarang ini. Gigih sangat nak kempiskan perut tapi tapi tak gigih nak kurangkan makan. Ai bab makanan memang failed. Susah betul nak tolak huhu.. Jadinya hasil pada minggu ke-8 dapat turun sedikit saja. Orang tengok ai badan kecil tapi perut buncit, kalau pregnant tak apa la juga :p Senaman perut ni ai ikut dari Facebook Kevin Zahri.



Semua ai ikut kecuali haha.. ada kecuali tu, plank cross crunch. Senaman plank tu ai tak boleh buat, setiap kali nak buat kena cramp. Tak tahu kenapa, sama ada salah teknik atau pun banyak urat tersimpul agaknya haha pandai-pandai je buat andaian. Lagi satu buat tak ikut sangat pengiraan. Buat asal larat je :p Nampak tu... nak kempis tapi buat lebih kurang. Mana la nak dapat hasilnyakan. Sedar diri tapi taknak berubah huhu...

Letak gambar terbaru buat kenangan. Kalau berdiri nampak perut tu buncit, jadi kita bergambar duduk :p Berat masih sama, susah betul nak nampak jarum penimbang tu turun.



Kalau dahulu ai tak berapa kisah sangat pasal berat badan atau pun perut buncit. Tapi tak tahu sekarang ini ai concern sangat nak jaga badan. Adakah ianya middle age crisis? :p Midlife crisis between 35-44 tahun haaa ahkak le tu salah seorangnya hihi

Moga diriku rajin teruskan senaman, sekarang ini pun dah macam ke laut. Mula rasa malas-malas huhu

2 comments:

Hani Othman said...

saya pernah try eksesais tu... memang berkesan tapi skrg dah malas... so naik balik

Sidratul Muntaha said...

saya malas jalan arini..
ahahah