Thursday, March 12, 2015

The First Day of Class

Last week Zahra dah mula kelas di Eye Level Learning Center, One Utama (OU).



Untuk hari pertama, haruslah enZaf ada bersama. Lepas ambil Zahra di sekolah kami terus ke OU. Dinner and solat maghrib di sana. Kalau balik rumah dulu, agak rushing sebabnya Zahra sekolah petang. Kelas di Eye Level start pukul 8 malam. Kelasnya selama satu jam. Sementara menunggu Zahra selesai, bagilah adik-adiknya bermain.



Huru hara jugalah melayan dua orang ini. Aktif betul ke sana sini, tak tahu duduk diam. Alang-alang tu, minta Aliah ambilkan gambar kami. Mummy daddy pun nak bergambar jugakan hihihi... Ya Allah dua-dua dah mata macam panda. Sebenarnya enZaf baru balik outstation dari JB. Itu yang nampak rabak sangat muka. Oh ya! berat ai dah naik 48kg, sekian terima kasih 😬😟.



Masa nak ambil Zahra, Aliah dan Ariq masuk dalam Eye Level. Mereka dah buat macam rumah sendiri pula. Masuk-masuk saja terus berlari main kat belakang dan ambil stiker apa entah staf situ bagi. Ya ampun anak-anakku.. dorang pun baik layankan aje. Lepas ni nak kena ikat dorang ni, buat malu Mummy je huhuhu...



Zahra dapat backpack. Besar beg dari orangnya haha.. Dalam beg itu, ada banyak homework yang perlu disiapkan 😅.



hari Selasa lepas adalah hari ke dua Zahra di Eye Level. Kelasnya sekali seminggu. Tapi kali ini ai saja yang hantar dia dan pasti ditemani dengan dua orang budak kecil hehehe.. Bawa dorang main toys dalam Parkson. Itu sajalah cara nak memenuhi masa selama sejam.



Bila dah masuk dalam Parkson, mestilah ada nak membelinya. Nak pula masuk bahagian toys. Faham-faham sajalah. Aliah tu jangan di offer, memang laju dia nak itu ini haha.. dalam membeli itu, wajib belikan untuk akak Zahranya juga. Kalau sorang beli kena beli untuk semua jugakan. Ariq pun ada juga 😆



Alhamdulillah, Zahra suka dengan kelas dia ni. Di Eye Level ni mereka diajar one to one dan selepas itu kena buat sendiri. Kena independant gitu. Tiada grouping. Buat masa ini Zahra diajar dengan level 1, kiranya yang senang dulu. Tak silap ada berpuluh level dan setiap level nak capai itu ada kuiz. Bila lulus baru pergi ke level seterusnya. Lagi satu kelas dia tidak semestinya bermula pukul 8, kalau sampai awal boleh saja terus masuk. Janji kelasnya habis dalam satu jam.

Nasib baik sekali seminggu kelas Zahra ni. Kalau tiap-tiap hari dalam OU ni, mahunya ai bankrupt. Macam-macam nak membeli terutamanya Aliah tu hahahaha.. Ariq dia mengikut je. Ada duit okay je nak beli itu inikan 🛍️. Sila tak note enZaf 📝💰🤣 hahaha..

3 comments:

annapeje said...

best nyer ... mak suka benda benda camneh sbb mak pon nak ajo x pandai sangat ahaha ... ala 48 bkn 58 kg ahaha ariq bila nk dpt adik ahaha

kehidupan sihat said...

seronok ye adik dia temankan :)

salam kenal Kak :)

jemput ke blog nana

Zaila Mohamad said...

iyalah kan, aku kalau keluar dengan budak2 ni kompom asyik kena pau..pening!