Thursday, October 16, 2014

Sari Pacifica Resort & Spa, Pulau Redang


Kalau pergi berjalan memang tiada masalah nak kejut anak-anak ni awal pagi. Bersemangat masing-masing, sama la dengan Mummy dia juga hihi Bila mood masing-masing baik, ajak bergambar pun tiada masalah. Suruh la posing banyak kali pun, semua okay je.



Pukul 9 pagi kami bergerak keluar dari Tanjong Jara [link] InsyaAllah kalau ada rezeki, kami nak datang ke sini lagi. Ai suka dengan resort ni, tempatnya sangat cantik, tenang dan selesa untuk lari dari hiruk piruk bandar. Servis pun terbaik, layanan dari kita mula sampai hinggalah kita balik. Rasa macam "have have" gitu hehehe Tempat ni lebih sesuai pergi berdua untuk honeymoon hihi



Untuk ke Pulau Redang ni kami naik bot dari Jeti Merang. Kat Jeti Merang ni tiada feri, hanya speedboat. Tapi kalau nak naik feri, kena pergi Jeti Shahbandar dekat Kuala Terengganu. Naik speedboat ni ada 3 jadual masa yang ditetapkan nak ke Pulau Redang. Paling awal pukul 9 pagi, 10.30 pagi & satu lagi ai terlupa pula hihi Kalau tak silap waktu tengahari kot.



Masa nak naik speedboat ni Aliah takut sampai menangis dia sebab tak nak naik huhu Drama sekejap kat jeti. Bertuahnya la anak. Pertama kali anak-anak ni nak naik boat, nampak pula boat macam kecil je kan. Masa naik feri kat Penang okay je sebab besar agaknyakan. Zahra okay je dia memang suka benda-benda yang adventure sikit. Ariq pula ai tak sure, nak kata takut pun tak suka pun tak. Sepanjang dalam bot Ariq macam keras je haha



Aliah sampai peluk Daddy dia ketat-ketat. Dia memang sejenis cepat panik sikit. Dah lama baru lah nampak air muka dia cool dan boleh senyum. Tapi tangan tu tetap pegang Daddynya, tak nak lepas langsung.



Kalau tak silap ai harga tiket naik speedboat dari Jeti Merang ni ialah RM55 bagi dewasa. Harga ini untuk satu hala sahaja, jadi untuk pergi balik kenala darab dengan 2. Untuk kanak-kanak ai tak berapa ingat sangat, rasanya harga tiket dalam RM40-RM50. Sama juga harga tiket itu untuk sehala. Perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang memakan masa selama 45 minit. Untuk sesiapa yang nak ke Pulau Redang menaiki feri dari Shahbandar tu, harga tiketnya dalam RM100 lebih. Sehala juga dan perjalanannya pula selama 1 jam lebih. Untuk kanak-kanak ai kurang pasti. Gambar bawah ni kami dah nak sampai Pulau Redang. Dari sini dah nampak air lautnya biru kebiruan. Perasaan masa ni sangat teruja.



Sampai dah kami kat Pulau Redang. Rambut anak dara dah mengerbang macam apa dah haha Tudung ai pun dah senget benget juga. 45 minit tu bukan masa yang singkat. Boleh tahan lama rasanya.


Masa dah sampai kat jeti sana, kami sedang menunggu van untuk bawa kami ke resort. Dekat Pulau Redang ini kami bermalam di Sari Pacifica Resort & Spa [link] Simple je lobi tempat nak check-in.



Sementara menunggu enZaf check-in, ai ambil gambar kat depan lobi. MasyaAllah cantiknya pemandangan. Tenang, aman, damai sungguh dari lobi ni kita dah boleh rasa angin sepoi-sepoi tu.



Anak-anak bukan main seronok berlari sana sini, lepas tu dah tak sabar sebab nampak swimming pool. Dorang ni tak tahu yang kat pantai lagi best dari swimming pool. Dah datang pulau harusla mandi air lautkan. Bilik kami berhadapan dengan pantai, seaview gitu.



Bila buka sliding door itulah viewnya. Bahagianya lah kalau hari-hari macam ni kan.



Bila anak-anak dah nampak pantai barulah dorang ni semua minta nak mandi laut. Sebelum nak mandi tu Daddy dorang dah ajak lunch dulu. Masing-masing makan sikit je sebab dah tak sabar sangat.



Selesai makan ai ajak dorang bergambar dulu. Dalam bergambar tu mulut masing-masing dah bising "nak mandi nak mandi". Jenuh ai tahan dengar dorang "berzikir" hahaha.. My Bunga Raya Girls!



Saja bagi dorang ni warm up main pasir :)



Sari Pacifica Resort & Spa ni memang cantik.



Masa ni hanya ai dan anak-anak je berjalan kat pantai. enZaf rehat kat bilik sekejap. Zahra jadi photographer ambilkan gambar Mummy dengan Aliah dan Ariq.



Ai ambil gambar anak-anak sorang satu, Qasrina Zahra.



Qalesya Aliah. Tiba-tiba ada coffee table kat situ, entah mana datang pun tak tahu haha



Ariq Firman yang masih jari 1 Malaysia dia tu. Tak lepas lagi buat peace sign.



Banyak juga kami bergambar, lama sikit baru Daddy dorang join.



Harusla ada gambar berduakan :)



Kami berjalan-jalan sepanjang pantai kat Pulau Redang. Kat sini dipanggil long beach.



Boleh tahan panjang juga pantainya, berjalan sampai ke Laguna Redang Resort.



Terdapat banyak batu karang terdampar kat pantai.



Dah puas berjalan baru la kami balik bilik untuk solat dan salin baju. Bila dah semua tukar baju laju je keluar main pasir hihi



Ariq yang paling seronok main pasir sampai ke kepala penuh dengan pasir tu. Lepas tu dia ambil pasir baling kat semua orang pula. Sabar je lah.



Dah puas main pasir sampai satu badan bersalut pasir, Daddy dia apa lagi, ajak anak-anak mandi laut. Ai hanya memerhati je dari jauh :p



Dah puas mandi masing-masing rehat sekejap, ai dan enZaf main dam. Lama betul ai tak main dam ni, walaupun dah lama tetap menang hahaha Setakat dam boleh la, cuba main chess confirm ai kalah. enZaf terer main chess. Main 2-3 round lepas tu dorang sambung mandi lagi sampai la cuaca nak gelap. Ai sempat ambil gambar lagi masa cuaca nak gelap. Air laut nampak lagi cantik dengan warna biru kehijau-hijauan.



Kami pergi ke Pulau Redang ini tiada ambil apa-apa pakej. Hanya datang tidur dan berehat kat pantai. Tiada aktiviti snorkeling atau diving sebab ada anak-anak kecil ni kan. Walaupun ai tak dapat nak buat snorkeling, air lautnya sangat jernih. Dari persisiran pantai tu pun kita dah boleh nampak ikan-ikan dalam tu. Kalau bernasib baik, ketam pun boleh nampak juga. Itu yang anak-anak ni nampak, terus jerit panggil ai tunjuk nampak ketam hehehe Cuma kalau nak nampak ikan lagi banyak dan cantik, kena la pergi tempat lebih dalam lagi kan. Ni cuma kat gigi-gigi air je. Itu pun dah buat anak-anak ni happy sangat nampak ikan :)

4 comments:

Siti Fatimah said...

Bestnyer I pon planning nk bwk my kids gi redang for next yr InsyaAllah tapi x leh decide nk redang or perhentian huhuhu...

annapeje said...

wowiee best nyer ..kagum aku ko pg bawak anak2 aku x mampu lg nk becuti camneh kalo bawak anak2 kecik ahahha lintang pukang jdnya .....seronok weh wpon baca blog haha

Nurhayati said...

Sbb nak jalan jugak gigih la bawak anak2 ni. Kalau taknak dok umah hihi

Nurhayati said...

Siti, sbb 2-2 pulau cantikkan. Tu susah nak pilih mana satu. Tp kan xpela pegi je mana2 dulu nanti next holiday pegi satu lagi.