Thursday, August 30, 2012

Berlari




Zahra suka sangat berlari. Setiap hari dia akan berlari kalau dalam rumah, walaupun rumah tak berapa besar tetap berlari. Nak ke bilik berlari, ke dapur berlari. Ke mana-mana sahajalah dia berlari. Kadang-kadang tu ai sampai pening tengok dia berlari je hahaha... Berjalan tu bukan dalam kamus dia barangkali. Disebabkan dia suka berlari, jadi ai masukkan Zahra dalam larian Giant Kids Run ini [link]. Tapi lari untuk kanak-kanak ini bukan lepaskan dia seorang sahaja. Dia kena ditemani dengan orang dewasa. Jadi boleh lah ai berlari sama dengan dia. Dengan harapan dapatlah membuang lemak tepu yang ada dalam badan ini hehehe.. enZaf cakap entah-entah ai yang beria nak lari bukannya Zahra :p

InsyaAllah hari ini ai akan registerkan Zahra untuk larian ini. Wahai enZaf, sila jagakan anak lagi dua orang tu ya heheh.. Kepada sesiapa yang berminat nak join larian ini, silalah register bersama-sama. Mana tahu nanti kita boleh jumpa dan berlari bersama. Tak silap ai larian ini dibuat di Taman Tasik Metropolitan. Tak nak lari bersungguh sangat lah. Dapat keluarkan peluh pun dah elok kan. Kira macam jalan-jalan makan angin di sekeliling tasik :)

5 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

jom. ac pun join!

Nurhayati said...

alahai Has,
routes ac n zara tak samakan..
zara under 4-6years category.

DaZzlingLilLy said...

best tu leh berlari dgn anak skali..budak2 mmg tak tau erti penat kan..happy je diorang berlari..

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

yati: haah. ac kena lari tanpa iringan sejauh 2.2 km gitu.

SemuaTentangKita said...

Best klu blh join. Ank2 ni mmg suka berlari..kita yg penat tgk dorg x duduk diam..hihi