Harini sronok
sbb berbuka puasa
ngan sedara mara.
Sangat meriah.
Cuma family PakCik je yg takde.
Sbb beraya umah mertua dia dulu.
Kami ni beraya sini je.
Bandar ni kira "kampung" kami la
huhuhu
Yg ada Pak Long,Pak Ngah,
Pak Lang dan Pak Su sekeluarga.
Orang tua mkn kat main dining.
Zaf menyelit kat situ,
orang tua yer hihi
Yang muda, cousins2 semua
makan kat dapur aje hihi
Ni pun tak cukup corum.
2orang ikut balik kg suami.
Dan 2 orang lg yang kat Korea,
tak balik raya tahun ni.
Cupcake home made spesel
dari cousinku Liyana.
yang akan fly ke Manchester
tuk sambung study di sana.
Dan kuih raya yg dihidang.
Kesimpulan aktiviti harini.
Makan - berbuka puasa
Solat Maghrib
Makan - sambung makan lagi
Solat Isya'
Solat Tarawikh
* solat scr berjemaah.
Esok malam raya
berbuka kat umah mak ai plak.
Bestnyer makan makanan raya. :)
No comments:
Post a Comment