Sunday, October 30, 2011

Aliah Oh Aliah!!

Smalam budak kenit ni buat mummynya
luruh jantung.



Kejadian petang semalam,
dalam pukul 5 camtu.
Time tu ai dalam toilet ngan Zara,
basuhkan yak dia.
Tengah2 basuh tu, tetiba dengar bunyi kuat,
mcm ada menda jatuh or pecah.

Cepat2 ai berlari keluar tinggalkan Zara
yang belum settle lagi tu huhu

Skali cari2 dia tak jumpa mana,
panggil nama tak menyahut.
Rupa2nya dia berdiri di balik kerusi makan.
Dok diam di situ.
Dan tau ape sebab bunyi tu..



Huarghhhhhhh....
Cepat2 ai dukung Aliah,
check kaki tangan muka, kot la
ada luka ape2 kan.
Pas tgk dia ok takde ape,
ai bawak dia masuk bilik,
pastu sambung basuhkan Zara yg tertinggal kat toilet.

dah habis semua2 tu, gi kat hall balik,
sesi mengemas pecah2 tu semua.
huhu sedih giler, xtau la camne leh jadi.
sbb bukan depan matakan.

Time membersihkan serpihan2 tu,
dalam hati ni dah panas,
yer la sblom tu baru je pas kemas umah.
Sabor yati saborrrr
Tahan je marah, yerla kan
nak marah anak takde guna pun.
Nak lepaskan marah kat daddy, dia xde kat umah plak. :p

Last2 ai amik cekelat Snickers, makan separuh
pastu baring tido.
seyes otak ai pening and sakit hati.
Time tido tu xtau la anak2 wat ape,
nasib bangun tgk semua ok hehehe
Teruk tul perangai ai kan.

Sblom tu dalam 3-4 hari kot.
Aliah koyakkan kertas lampu.
Tengok la apa jadi.



Sebelum koyak tu jadi,
dia dok main on off lampu tu.
huhuhu mana tak sakit jiwa.
YaAllah, Aliah ni tersangat la nakal.
Ai xlarat nak handle dia.
Seyessss
Ada je menda dia nak wat.
Toy yang ada bukan nak main sangat.



Aliah ni betul2 menguji kesabaran ai.
kat umah ni tak leh nak letak hiasan cantik2.
Pastu semua laci2 or ape2 yg bole bukak,
ai dah seal ngan tape. :)
Kalau tak tangan dia tu ada je gatai,
nak bawak kuar semua.
Aquarium kecilku pun dah simpan lam bilik.
Sbb dia dok celup tangan dia,
bawak kuar segala batu kayu bagai:((

huh banyak lak ai membebel dalam entry ni :(

8 comments:

Ismi Umar said...

Muka dia innocent giler kan. Tapi nakal. Tak pe Ti, besar nanti mesti jadi budak bijak. Sabar yer

Connie said...

lain anak lain peel... sabor je la ye... hehehe.. aliah ni terlebih explore la...

zailamohamad said...

huhuhu..ada anak kecik macam nilah Yati oi..zaila pon dah start risaukan Ashraf ni, bila dia dah start berjalan, hebs ah pasu-pasu bungaku kena simpan..bila dia besar baru keluarkan balik..hehehe

tapi kan anak kedua memang macam ni r, Ameera pon ganas manjang je..tak padan ngan pompuan, kecik2 dah pandai buat semua..takpe, banyakkan bersabar ya..doakan dia jd anak yang cerdik nanti;)

DaZzlingLilLy said...

Sabar je la yati..I tgk rata2 yg ada anak kecik mmg takde simpan hiasan rumah yg kecik2 or mudah pecah ni..camna lah I nanti bila ada baby

hOtMaMa said...

hehe.. kelakar tgk gambar Aliah buat muka tak bersalah tu... sabar mummy eks.. hehe

4 Kay-E said...

Kena banyak bersabar...
Innocent je muka dia kan?
Nak marah pun tak sampai hati. heehee.

Have a nice day sis...

nydia-mama akif said...

amboi...tak padan dgn kenitnye....ganaz jugak budak ni eh..., mesti mummy nak marah pun xsampai hati kan...hehehe

e.l.i.s.s.m.i.e said...

anak2 lain karakter erk.lasak btol dia ni yer tak padan kecik comel :) my nuha dulu pun suka celup akuarium, dan tak tahan siap jilat air kat tangan tu. dh lama jugak terperam bawah katil akuarium me tu :p