Nak masukkan cerita kami beriadah di Taman Tasik Titiwangsa sebelum PKP 2.0 dilaksanakan. Tak silap ai 3 kali kami dapat berbasikal di Tasik Titiwangsa ini semasa PKPB. Anak-anak ada juga ajak berbasikal di Taman Botani Shah Alam, tetapi taman itu ditutup kerana zon merah. Sebelum cerita ini dah basi eloklah masukkan dalam blog cepat-cepat hihihi... Aktiviti kami sama sahaja sebelum ini, berbasikal mengelilingi tasik.
Berbeza sedikit masa PKPB ini, Taman Tasik Titiwangsa hanya buka satu pagar sahaja untuk orang keluar dan masuk. Sebelum ini kami pergi dua pagar yang dibuka, jadinya bila satu pagar sahaja yang buka agak sesak juga la orang nak masuk dan keluar ke taman. Waktu kami datang ini kurang orang sebabnya datang awal dalam pukul 4 petang :)
Berhenti untuk bagi ikan dan turtles makan roti. Ai pun bukan main gigih pergi ke jambatan semata nak ambil gambar dorang kat jeti tasik tu. Nasib baik gambar nampak cantik, eh! puji diri sendiri tiba-tiba hahaha...
Dah bagi ikan makan, kayuh lagi basikal keliling tasik. Sampai hujung kena patah balik semula sebabnya semua gate tutup kecuali main gate sahaja. Sampai separuh jalan berhenti lagi, sambung bagi ikan dan turtles makan roti di bahagian lain pula.
Walaupun dah banyak kali ke Taman Tasik Titiwangsa ini ai tak jemu ambil gambar anak-anak. Mujur juga dorang semua ini okay sahaja.
Bak kata pepatah "When mother is happy, family is happy. When family is happy, nation is happy" Ha gitu... Jadi marilah kita mak mak semua gembira okay untuk kebahagiaan sejagat :)
Kami beriadah ini tak lama mana pun, cukup satu jam sahaja. Dapatlah keluarkan peluh sikit-sikit, jadilah kan. Asalkan semua gembira. Keluar dari taman sebelum ramai lagi orang datang. Tak ada la bersesak-sesak sangat dalam tu. Sebelum balik ada motor aiskrim depan kereta, anak-anak semua minta Daddy belikan aiskrim.
Lepas solat Maghrib kami keluar semula. Ajak Mak, Bapak dan adik Zaf makan kat Restoran Waneeda. Lama tak makan masakan tomyam. Kalau kami di Waneeda ini suka order ikan singgah dan tomyam putih.
Sejak PKP 2.0 ini rindu pula nak berbasikal kat sana. Jangan katakan ai, anak-anak ini pun dah lama tak keluar rumah. Kesian pun ada lama terperap. Sekali sekala tu kena juga keluar ambil angin luarkan. Kes pun tinggi je sekarang ini, takut pula tengok. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Tak habis lagi cerita perkahwinan adikku Nani ni hehehe.. Kali ini nak cerita kenduri di rumah. Disebabkan majlis akad nikahnya dibuat secara ringkas [link], Mak bagi cadangan untuk membuat pelamin di rumah. Kami nak raikan pengantin dengan mengadakan sesi bergambar seperti menyarung cincin dan bergambar bersama keluarga. Cuma adegan lafaz nikah tu tak ada lah hehehe.. Takkan la nak panggil tok kadi buat lakon semulakan, ingat drama tv3 hahaha.. Kalau nak diikutkan perancangan asal, pakaian kami sekeluarga hanya ulang pakai masa majlis pertunangan Nani [link] tetapi tak dapat pula. Disebabkan ke3-3 anak perempuanku Zahra, Aliah dan Qaireen dah tak muat pakai baju tu dah, ketat pula. Ai cakap dengan Mak, teruskan pakai baju tu untuk yang lain, bagi anak-anak ni ai akan cari baju yang warnanya seakan sama. Kurang dari seminggu sebelum tarikh Nani nikah, tiba-tiba Mak nak tempah baju warna lain pula untuk semua orang. Katanya tak best pula sebab tak sedondon, siap kata nak sponsor bayarkan. Ya Allah, dari situ dah nampak betapa seronok dan semangatnya seorang Mak tu bila mana anaknya kahwin. Mujurlah tailor buat baju tu kata boleh buatkan, dah la 14 pasang kesemuanya. Jadinya baju kami pakai hari kenduri di rumah ini memang last minute punya baju, thank you Hanna Rauda :p
Dalam handphone ai hanya ada beberapa keping je gambar masa hari kejadian, tak banyak sangat ai ambil dek kerana kesibukan kakak pengantin. Eh buat-buat sibuk hihi.. Print screen masa check-in MySejahtera. Kalau kita dah bebas Covid-19 ini entah pakai lagi ke tidak apps ni kan. Simpan buat kenangan gitu.
Lama juga menunggu pengantin lelaki ni sampai. Bila pengantin dah sampai, tunggu groomsman dia pula. Ada yang sesat entah ke mana, ada yang kat situ juga baru tukar baju melayu, yang baru nak pakai sampin hahaha.. macam-macam. Ambil gambar dorang dari jauh je sebelum masuk rumah.
Bridesmaid Nani ai tak ambil pula gambar. Sebabnya dorang tu hanya menunggu dalam rumah je. Ai pula memang tak duduk dalam, standby di luar saja. Rumah kecil, eloklah kita bagi pihak keluarga pengantin lelaki yang duduk dalam.
Terima kasih dekat Pak Ngah (yang berbaju merah) sebab dia jadi pengacara majlis wakil untuk Abah. Last minutes juga tu minta Pak Ngah cakap sepatah dua kata, kami buat majlis ni sekadar santai-santai tiada formal apa pun. Ada orang tengah makan tak tunggu kita pun, katanya dah lapar sangat hahaha..
Lepas dari ai ambil gambar enZaf tu terus ai simpan handphone. Dah selesai majlis dan rombongan pengantin lelaki pun dah balik baru jenguk handphone. Qaireen dapat balik dah kerusi dia haha.. dia kan dah jadikan kerusi tu sebagai port barunya.
Gambar kat bawah ini gambar masa kami dah sampai rumah. Sempat snap satu gambar Qaireen seorang. Geram tengok rambut dia sebab tak nak pakai sepit atau pun ikat rambut. Apa pun tak boleh letak kat kepala tu, serabai sungguh rasa huhuhu.. Oh ye, sebelum sampai rumah tu kami ke Ampang. Ambil kuih muih dari adik Mak, Aunty Pah. Dia sponsored untuk majlis persandingan Nani malam nanti. Nasib baik la jalan tak jem masa kami pergi dan balik dari Ampang. Sampai rumah sebelum Maghrib, solat dan bersiap untuk majlis resepsi pula.
Gambar-gambar kat bawah ini semua dari Official Photographer, cantik betul gambar. Terang elok je. Letak gambar sahajalah.
Terima kasih kepada rombongan pengantin lelaki, saudara mara (adik beradik Abah) dan jiran depan dan sebelah rumah sudi meraikan bersama kami sekeluarga. Tak jemput ramai kerana menjaga SOP. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.
Bila PdPR dijalankan, maka bermulalah kerja sekolah anak-anak. Setiap hari memang ada online class dan online homework. Kadang-kadang tu macam tak cukup nafas ai nak monitor hehehe.. Projek seni pun salah satu tugas yang perlu dibuat, minggu pertama lagi cikgu dah bagi tugasan. Tapi untuk entry ini ai nak ceritakan projek seni minggu yang ke-2. Cikgu subjek Pendidikan Seni, Cikgu Jaya minta anak murid buat projek bertajuk Si Putih Menawan. Projek ini memerlukan teknik garisan dan capan sama seperti projek minggu pertama dia. Untuk projek seni ini, ai dah susun jadual Aliah dan Ariq untuk menyiapkan tugasan pada hari minggu. Senang sikit supaya tak kelam kabut nak buat pada hari biasa yang memang sedia maklum banyak kelas nak kena attend. Setiap kali dapat tugasan seni, Aliah akan beri senarai dan maklumkan pada ai bahan-bahan yang diperlukan. Sejak dari tahun lepas lagi, Aliah banyak menyenangkan ai part tugasan, kerana dia boleh buat dengan sendiri. Ai hanya datang tengok sekejap-sekejap dan ambil gambar sahaja :p
Pandai dia lukis Swan tu. Sebelum tu sayapnya kecil, ai suruh dia padam dan buatkan sayapnya lebih besar. Mujur bahan-bahan yang diperlukan memang sudah ada di rumah. Nak nak kena guna polisterin, ai ingatkan dah tak ada. Rupanya Aliah ada simpanakan dalam bilik dia. Fuh lega, kalau tak nak beli polisterin semata untuk dia nak guna sikit je kan.
Pelbagai teknik garisan yang perlu dibuat ke atas Angsa itu. Berpinar juga mata dia nak buat hehe.. Ikutkan ada jenis pen yang diperlukan, pen teknikal ke apa yang jenis mata halus tapi ai bagi Aliah guna apa yang ada sahaja kat rumah ini. Nak keluar untuk beli satu pen tak perlulah, PKP kita duduk rumah diam-diam. Harap-harap cikgu seninya faham lah kan.
Kalau nak ikutkan pada buku teks, bahagian air tasik tu memerlukan kotak yang garisannya beralun. Tapi kat rumah ini tiada pula kotak yang jenis garisan beralun, tak nampak la air tu bergelombang gitu. Habis segala kotak kasut ai koyak, gigih nak tengok dalam kotak tu garisannya beralun ke lurus. Tak dapat berombak hanya garisan lurus je hahaha.. hentam saja la nak oi.
Inilah hasil projek seni Aliah untuk Si Putih Menawan.
Suka dia bila dah siap, penat katanya terutamanya bahagian Angsa tu kan. Banyak jenis corak garisan nak kena buat. Itu pun dia buat kecil-kecil pada mulanya, ai suruh dia besarkan supaya cepat sikit siap :) Happy dia siap tunjuk kat Daddy dan nak gantung kat dinding dalam bilik.
Bukan main gigih ai mengupdate blog pagi buta ni. Pada minggu lepas adalah minggu menghantar buku teks sesi tahun 2020 dan mengambil buku teks sesi tahun 2021 untuk sekolah rendah. Hari penghantaran dan pengambilan berbeza dan mengikut jadual yang ditetapkan. Mujur enZaf free untuk ke dua-dua tarikh, jadi dialah yang menguruskan semuanya. Hari Selasa adalah hari untuk Tahun 5, buku teks anak-anak ini sudah ai ikat masa tahun lepas lagi. Cuma masa hari nak hantar itu, ada beberapa buah buku yang tidak perlu diikat bersama. Perlu dihantar tapi berasingan, ai tak pasti kenapa tapi dah arahannya begitu, kita turutkan saja :)
Hari Jumaat hari untuk hantar buku teks Ariq pula. Sebelum hantar ke sekolah, ai double check buku-buku yang dia ada. Rupa-rupanya ada satu buku teks yang tiada pada Ariq. Sebelum ini tak perasan sebab tiada senarai buku untuk dihantar, bila cikgu hantar senarai buku barulah ai sedar. Buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang tiada.
Seingat ai buku teks PJPK dia tu memang ada, entah kenapa tiada pula masa tu. Puas ai cari dalam bilik dia, tetap tak jumpa. Disebabkan buku teks PJPK dia hilang, terpaksalah kami menggantikannya. Nak beli baru dah tak sempat, maka kami kena ganti dengan wang tunai. Cikgu pun dah bagi senarai harga buku teks sekiranya buku teks hilang. First time jadi macam ini, belum pernah lagi anak-anak hilang buku teks :(
Malam tadi dalam pukul 11 lebih ai nak masuk tidur dan terpandang buku teks Ariq, saja la belek buku-buku dia. Sejak dari ambil kat sekolah ai langsung tak tengok apa entah lagi pegang buku dia. Kononnya nak tengok je, tahu-tahu ai dah keluarkan pembalut buku, tape dan gunting hahaha... Ikutkan pada mulanya tak ada pun niat nak balut buku dia, eh.. nak balut pun ada niat kan hehe.. nak membalut buku ni kena ada mood juga. Kalau setakat satu atau dua buah buku tak apa lagi, ini banyak kot boleh datang sekali pakej dengan sakit pinggang :p Gambar kat bawah ini, gambar setelah selesai membalut buku teks dan buku aktiviti sekolah Ariq.
Alhamdulillah tak banyak sangat nak membalut buku dia. Kebanyakkan balutan pada buku teks masih elok dan boleh pakai lagi. Hanya 2 buku teks sahaja perlu dibalut dan semua buku aktiviti yang baru. Tinggal buku teks Aliah je ai tak buat apa lagi. Batch dia memang dapat buku teks baru setiap kali masuk tahun baru. Eh, ai suka bau buku baru, best sangat hahaha.. Gambar kat bawah ini, masa enZaf pergi kedai Popular. Minggu pertama persekolahan dia beli buku latihan untuk anak sulongnya yang baru masuk sekolah Menengah. Memang tak bagi chance terus kena buat banyak latihan :p Aliah dan Ariq tak beli buku latihan tambahan sebab banyak lagi yang belum digunakan dalam rumah ini.
Dalam membeli buku latihan itu pun, Daddy dia selitkan sekali dengan buku bacaan kegemaraan anak-anak. Zahra dan Aliah saja lah, Ariq memang tak layan buku. Bila Daddy dia tanya ada tak minat buku apa-apa, contoh macam komik ke, Ariq laju je jawab tak nak hahaha.. mamat sorang ni memang tak minat membaca buku.
Pada malam 30hb Disember 2020, keluarga kami buat malam berinai untuk pengantin. Sebelum tu gambar di bawah ini adalah pelamin di rumah. Memandangkan majlis akad nikah dilakukan secara simple kerana mematuhi sop, jadi kami sekeluarga memutuskan untuk membuat pelamin dan sedikit kenduri doa selamat untuk meraikan pasangan mempelai. Semuanya di buat ini atas permintaan Mak juga kerana dialah orang yang paling gembira anaknya nak berkahwin.
Pelamin ini pun last minutes dapat, mujur masih ada slot kosong. Rezeki adikku Nani, oh ya terima kasih pada kawannya Huda sebab dialah yang banyak membantu termasuk urusan pelamin ini. Sementara menunggu orang inai sampai, ambil gambar anak-anak ni. Yang kiri sekali tu orang yang paling sibuk sekali kat kerusi pelamin. Dia tak nak turun dari kerusi tu, dah buat port tempat dia melepak. Apa yang seronok sangat pun tak tahu hihi...
Urusan tempahan inai semua diuruskan adik ai Nani. Dia cari yang dekat sahaja area rumah supaya senang nak datang. Orang pertama yang buat inai ialah Mak.
Ambil gambar Aliah masa tengah buat inai. Dia memang suka inai ni, bila suruh pilih corak apa dia nak memang tiada masalah. Laju je dia belek album.
Muka akak Zahra yang kena paksa buat inai. Ikutkan dia memang tak nak langsung pakai inai. Jenuh ai pujuk dia, akhirnya buat juga lah tapi satu tangan sahaja. Tak nak buat dua-dua huhuhu.. Masa tengah buat tu, dia langsung tak pandang tangan dia okay, punya la tak suka. Sorry kakak, Mummy paksa buat juga bukan untuk orang lain tapi untuk Mak Tehnya yang kahwin.
Majlis ini hanya kami-kami sahaja termasuk 5 orang sahabat baik Nani. Walaupun tak ramai tapi meriah. Seronok tengok semua orang pun join berinai bersama-sama meraikan pengantin.
Rambang mata juga tengok design inai-inai yang nak dibuat. Semua cantik bagi ai. Setiap corak ada harga tersendiri bermula dari RM5 hingga RM25 setiap satu tangan. Lagi banyak corak lagi mahallah harganya. Disebabkan ai dah rambang mata tak tahu nak pilih mana, ai bagi album inai tu dekat enZaf, minta dia saja yang pilihkan. Maka gambar kat bawah itulah corak yang enZaf pilih :)
Ai orang yang terakhir buat inai ni. Bagi semua orang selesai barulah kita buat. Dibahagian lain adik ai Nani pun turut buat inai juga. Mestilah dia buatkan dah pengantin. Orang yg buat inai ni orang lain, memang khas untuk pengantin sahaja. Kalau sorang je yang buat inai tak tahu la nak siap pukul berapa pula kan. Lagi pun nak buat inai untuk pengantin ni lagi lama. Coraknya lebih banyak dan bukan buat pada tangan sahaja, kaki lagi. Jadi eloklah sorang sahaja yang fokus untuk pengantin. Masa nak buat tu pun bukannya sekejap.
Inai sekarang cepat juga keringkan. Paling lama 30 minit bergantung pada corak. Kalau sikit sahaja coraknya lagi sekejap je masa menunggu inai tu nak kering. Bila semua inai dah kering apa lagi sesi bergambar lah kami. Muka ai pun dah comot berpeluh bagai. Rasanya masa bergambar ini dalam pukul 10 lebih dah nak dekat pukul 11 malam kot.
Ai nak bergambar berdua sahaja dengan Nani tapi Qaireen pula nak bergambar sama. Menangis-nangis bila ai tak dukung dia huhu.. Sabar saja lah. Lepas tu sesi bergambar adik beradik bersama Mak.
Bergambar beramai-ramai pula kecuali Abah dan menantu lelaki. Lelaki mana ada kisah berinai ni, dorang lepak luar borak dan makan lagi bestkan hehehehe.. Tengok mak dalam gambar dah macam baca doa pula gayanya tu hihihi...
Alhamdulillah kami semua happy malam tu. Malam tu juga, kawan office Nani hantar Nasi Daging buat kami sekeluarga untuk makan malam. Sedap makanannya, Alhamdulillah rezeki dan nikmat dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Hari ini hari Jumaat terakhir untuk bulan Januari. Dah nak masuk bulan Februari pula sekejap je masa. Jangan lupa baca surah al-Kahfi ya.