Tuesday, August 9, 2016

Durian Puff


Ikut enZaf gi keje.
Sblom tu masuk Atria jap.

Zaf suh try makan durian puff
kat Taste Better ni.
Dah orang suh
rugi la kalau tak makankan.



Menarik tertarik tgk puffnya.
Tak pernah lagi makan.
Yang pernah makan durian crepe je.
Tp tu pun dah lama tak makan gak.



Cantik kotaknya.



Memang kena beli 6 ketul.
Takde jual satu2..



Filling durian dalam tu,
sama macam kita makan kuah pulut durian.
Tak macam durian crepe.
Makan confirm comot.
Taknak comot kena sumbat seketul dlm mulut terus.
Tp memang tak lepas la.
Sbb puff tu agak besar.

Sedap sgt okey.
Mmg elok la kena beli 6 ketul ni.
Sbb Aliah Ariq je makan 4.
Ai n Zaf dapat sorang satu :)
Zara takde sbb dia sekolah.

Monday, August 8, 2016

Wake Up! at Taman Tun Dr. Ismail


Pantang nampak kedai makan baru,
laju je kami nak try.
Kebetulan je pun gi sini.
Masa ni kami baru habis open house
jemputan dari Masjid At-Taqwa TTDI.

On the way nak balik
tu yg nampak kedai ni.
Kira supper, padahal baru je
makan tadi hahaha

Nama kedai Wake Up.
Tapi kami nak sleep dah :p



Rupanya kedai cereal okay.
Macam2 cereal ada kat situ.
Yg tak pernah tgk pun ada.
Okay la since first time
kita pun cuba je.



Ada topping jua leh letak atas cereal tu.
Anak2 laju je la nak eskrem.



Manis je pekerja dlm kedai ni hihi
Kedai pun cantik.
Deko semua lawa.



Aliah tu baru lepas nangis.
Sbb dia tak dapat ape yg dia nak.
Daddynya nak beli 2 je.
Share le makan-makan.



Ni Zara pilih.
Yang pasti Zara request yg menda
dia biasa makan dan ada je kat sini.
Milo & coco crunch.
Boring tul hehe



Yang ni enZaf pilih.
2-2 imported cereal.
Ape ntah nama tak ingat.



Budak yg nangis tu
terus tak nangis bila makan.



Ariq pun sama laju je makan.
Tak benti2 sumbat dalam mulut.



Licin habis mangkuk tu.
Dengan susu2 pun sama.
Bagi ai satu bowl tu leh makan 2 orang.

Kalau nak dtg sini
ai suggest makan la imported cereal.
Baik makan menda yg tak pernah makankan.
Takat makan cereal yg ada kat sini,
makan kat umah je la.
Pastu buh eskrem or topping ape yg kita suka hahaha

Kedainya dekat Jalan Datuk Sulaiman.
Atasnya kedai Wood & Steel.

Thursday, August 4, 2016

Guantanamo


Tak sedar pun kewujudan
restoran Guantanamo ni.
Ikutkan kami nak makan kat restoran Hameediyah.
Rupa2nya kedai tu tak bukak lagi.
Kedainya dah siap tp blom operasi.

Tak sangka Hameediyah yg famous kt penang tu,
dah ada kat KD nanti.
Perghhh macam2 ada kat KD ni.
Ni yg buat taknak pindah tempat lain :p

Disebabkan Hameediyah tu tak bukak lagi,
jadinya kami pegi la kat Guantanamo ni.
Opposite ngan Rimba & Rusa.



Cantik kedainya.
Deko pun menarik.
Tiap table ada bunga and candle.
Kalau berdua ni leh feeling candle light gitu haha
Ada indoor ngan outdoor.
Selesa la kedainya.

Sementara makanan sampai,
cam biasala bergambar tiap sorang.
Ariq gedik nak nganga bagai.



Aliah ngan Daddy,
Daddy yg tak berapa sihat.
Dia sakit tekak & flu.
Tp makan hilang sakitnya :p



Zara & Mummy.
Oi dia dah pandai mengusik dlm gambar.
Tgk peace kat kepala ai huhu



Macam2 menu ada kat sini,
western sampai la local food.
Tapi kami idak la order makan byk sgt.
Takat minum petang je.

Minum petang dah macam dinner terus pun ada hihi
Nak soto ayam tp nasi impit habis.
Ai mintak ngan bihun.



EnZaf makan sup ekor ngan roti.
Kuat bau rempahnya.
Ai kurang minat sgt kalau bau
rempah tu kuat.



Tapi sedap la makan ngan roti,
nak hirup saja sup tu mmg tak le.

Onion ring biasa2 aje.
Sedap lagi onion ring A&W :)



Cucur udang.
Ni kureng sket rasanya.



Bila tgk menu kedai ni,
nampak mcm specialtynya byk pada western.
Ada pasta, burger, sandwich.
Cuma satu tak best,
kedai ni takde dessert.

Kalau ada kek, brownies, pie ke
ape2 je la dessert
menarik gak nak dtg lagi :)

Wednesday, August 3, 2016

Last Open House


Sabtu Ahad lepas
wiken terakhir bulan Syawalkan.
Banyak gak jemputan kami time tu.
Terutamanya kawan2 Zaf.
Kawan2 ai ada gak tp satu umah je tuk Sabtu dan Ahad.

Macam biasala bergambar ngan kawan2 ai je la.
Open house kawan2 Zaf takde amik gambar pun,
segan.. ai kan pemalu hahaha
Padahal bukan tak kenal pun wife masing2.
Tp konsepnya tiap setahun sekali je jumpa,
time raya gitu la :p

Hari Sabtu gi open house Nurul.
Lama giler tak jumpa dia.
Last jumpa time Aliah kecik.


*pic dr Linda. Tq mak!

Seronok dapat jumpa.
Banyak borak.
Dan dia pun tgh pregnant twins.
Amik berkat sket,
mana tau lekat dpt twins gak hehehe

Seronok jua dapat jumpa ngan Linda,
first time jumpa ngan baby Luth.
Comel dan hensem okay.
Dah besar mesti ramai peminat.

Dan berkenalan ngan kawan baru Mieja. (baju hijau)
eh betul ke eja nama tu :p
Suka la dengan dia,
peramah sgt.. rasa mcm dah kenal lama :)

Lepas umah Nurul
beraya lagi 2 rumah
kat USJ ngan Puchong.


Keesokkan harinya, hari Ahad,
gi beraya umah kawan ai Ella kt Sentul.
Dgn dia pun lama gak tak jumpa.
Kawan seuniversiti.

Jumpa skali ngan Tini & Niza.
Bila berborak tu la jadinya.
Tak ingat dunia.
Gelak sampai keluar air mata.



Bergambar masing2 kontrol ayu.
Disebalik tu laki tgk pun pitam.


* 2gambar dr Niza. Tq beb!

Lepas umah Ella gi Shah Alam beraya umah kawan Zaf.


Pagi tadi "beraya" kat kedai mamak hehe
Zara breakfast ngan kawan dia Asmahan
sblm pegi sekolah.



Harini ini pegi awal sbb ada Kem Solat Bestari.
Pagi2 mama Asmahan whatsapp ajak breakfast.
Kita pun okay je la.

Last Syawalkan harini huhu.
Walaupun raya dah habis,
wiken ni tetap ada makan2 lagi.
Kemain sakan berayakan.

Monday, August 1, 2016

Potluck Raya Sekolah Aliah


Jumaat 2 minggu lepas sekolah Aliah
wat potluck raya.
Ikutkan hati ai
nak beli makanan je.
Tapi Aliah request nak wat choc chip cookies.
Ai cakap ngan dia,
okay bole tp you do it.
Mummy just help bakar je.
Sbbkan dia mmg nak so dia ckp okay je la.

Lepas hantar Zara sekolah
baru kita buat cookies.
Tiap kali balik umah tu jugak,
dorang ni suka main ngan pokok semalu.



Suka sbb sentuh je daun2 tu kuncupkan.
Ai masa kecik pun suka main.



Selagi tak start buat,
selagi tu la tanya bila bila bila.
Lepas ai solat terus la masuk dapur.

Sedia dan sukat semua bahan2,
pastu arah je Aliah buat itu ini.



Ariq pun sama,
nak jugak buat.



Dah siap adunan ai bakar.
Habis bakar Aliah & Ariq mintak nak makan.
Sabar je la.
Banyak plak tu tak benti2.
Tak leh jadi.
Amik sikit je simpan tuk dorang.
Kang tak pasal tak sempat bawak esok
dah habis semua cookies tu.



Next time ai wat adunan lebih sket.
Sbbkan haritu bahan dh tak banyak.
Nak beli lagi malas :p
Bukan tu je, malas nak mengemas membasuh.
Tak senonohkan perangai mak dorang ni.

Tapi ai buat lagi satu kuih raya.
Cornflakes madu.
Kebetulan mmg ada cornflakes.
Nak buat pun senang tak yah bakar bagai.



Pagi tu sebelum gi sekolah,
sempat gak la menyinggah 7e.
Beli lagi biskut2 n waffle cake tambah2 sket.

Lupa plak nak amik gambar dia pagi tu.
Pegi potluck ni taknak pakai tudung.
Nak pakai crown bagai huhuhu
Gasak la nak oi.

Ni copy paste gambar dalam fb GAKD. :)