Wednesday, June 10, 2009

Pernikahan


Zahra moody sangat waktu pernikah ini berlangsung. Sebab utamanya dipaksa bangun tidur. Tengah mandi pun menangis saja huhuhu.. bukan dia je yang mengantok, Mummy dia apa entah lagi huhuhu... Pernikahan kakak iparku ini dibuat dalam Masjid Attaqwa, Taman Tun Dr Ismail. Sebelum majlis bermula, wajib lah ambil gambar dengan pengantin sebelum bertukar status. Haish.. cantiknya lah satu-satunya kakak iparku seorang ini.



Warna baju nikah mereka lebih kurang sama pula dengan kami. Tak nak pakai warna putih atau cerah, nak terang-terang juga hehehe.. Gambar di bawah inilah bakal suaminya. Orang Kedah. Meriah bajunya... bling bling uols. Saat-saat mendebarkan tika ini, Alhamdulillah dengan sekali lafaz maka mereka sudah menjadi suami isteri



Acara membatalkan air sembahyang pula dengan menyarung cincin dan gelang.. wowee seronoknya. Tiba-tiba teringat pernikahan diri sendiri hahaha..



Dalam Zahra moody tu pun, dapat jugalah snap gambar dia tengah senyum hihi.. Masa dalam masjid ini, ya ampun... tak tahu duduk diam. Ke hulu ke hilir dia berlari, habis dalam masjid di tawafnya. Kalau dihalang nanti dia mengamuk maka terpaksa lah lepaskan dia :( Mujur lah dia ke sana sini tak kacau orang dan mulut tak bising. Kalau tidak mahu rosak majlis orang.



Weols pun sibuk nak bergambar juga.



Berjejak kasihan semula dengan wedding photographer kami, Encik Pejal dari Pretty Peektures. Kakak ipar kami pun menggunakan photographer yang sama. Katanya malas nak mencari yang lain lagi pun dia suka dengan hasil gambar dalam album perkahwinan kami sebelum itu.



Alhamdulillah majlis berlangsung dengan sempurna, akakku sudah kahwin yeayyy!!!

Tuesday, June 9, 2009

Malam Berinai

Fuh penat tak terkata, mengalahkan pengantin plak haha

Ni la satu-satunya kakak iparku.. bergaya ngan macam2 persalinannya,
nak upload semua baju tak larat so cukupla 2 je kan.. (padahal malas hihihi)

Snow Red

Jepun Celop

Flower Girl kekonon, tapi pemalu giler..

Pose paling comel

Mummy pun sibuk nak enterframe

Bersama bakal pengantin, dup dap dup dap =)


Habis dekat kul 1am.. Zahra pun dah mengamok.. ;)

Friday, June 5, 2009

Konpius...

Esok my SIL kawin, temanya ladies pink and guys purple.
Tapi tgh confius tak tau nak pilih between pink or white tuk bag.
Pilihkan bole mana sesuai.

Zaf vote pink, tapikan itu clutch..actually tak pernah pakai clutch sblom ni.
Sesuai ke..ngan aku ni huhu

Melissa

or

AmandaHarini malam berinai, bestnye..
Weols bz sampai esok, mesti penat tak hinggat punya.. ;)

Thursday, June 4, 2009

Takziah buat Ayu sekeluarga

I nak berkongsi kesedihan dgn uols terhadap kawan blogger kita Ayu (Sidratul Muntaha)
di atas pemergian Ayahanda Mertuanya yang telah kembali ke rahmatullah harini.
I baru dapat call dari dia jam 1:53pm tadi.
Waktu kematian arwah kurang pasti, tapi Ayu maklumkan dlm 5min lepas masa kami on the phone.

Sama2 lah kita sedekahkan Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Pada
Ayu, kuatkan semangat dan tabahkan hati.
Walaupun kita tak pernah jumpe, tapi I tetap menjadi pendengar yang setia jika diperlukan


(menggeletar tangan I menaip entry ni, terngiang2 lagi Ayu meraung)

Wednesday, June 3, 2009

Raya!!!

yer, saya sudah raya...
lega 7 hari je kena ganti.
hmm kain nak wat baju raya pun tak beli lagi
skang ni upah baju mahal juakan. nak jahit sendiri tak reti.. huhu
uolss dah raya ke blom?? baju raya dah beli??
.
.
.
.