Wednesday, January 9, 2019

Tick Tock Tick Tock


Tergerak hati tengok ticker kat blog ni.





Automatik mata tgk yg bawah sekali.
MasyaAllah baby tu dah nak sampai hujung.
Tandanya Qaireen tak lama lagi setahun.





Terasa cepatnya masa,
macam nak stop kejap.
Terutamanya tuk Qaireen.
Jangan cepat besar sgt nak..
nanti hilang bau baby tu huhuh

Apapun diriku bersyukur dengan nikmat yg Allah berikan.
Alhamdulillah semuanya berada dalam kesihatan yg baik,
itu pun dinamakan rezeki.
Semakin besar keluarga, semakin besar jua la
tanggungjawab yg dipikul.
Semoga diriku dan enZaf dapat menjaga
amanah yg diberikan oleh Allah ini
dengan sebaik mungkin.


Harini Zahra & Aliah ada koko.
Aliah pergi sekolah awal sket,
Ariq sorang je ke sekolah tghari nanti.
Zahra plak akan balik lewat petang
maka Mummy & Qaireen akan ada masa byk sket berdua.
Nak buat ape akan difikirkan kemudian,
tengok kat laundry basket tu
dah nak ter"muntah" penuhnya haha


Tuesday, January 8, 2019

Driving Range Pada Cuti Sekolah


Godek punya godek gambar baru perasan ada gambar dari tahun 2017 yang tidak dimasukkan dalam blog lagi. Gambar ini adalah aktiviti pada cuti sekolah 2 tahun yang lepas, ya ampun punyalah lama hehehe... letak sikit tarikhnya iaitu 17hb Disember 2017 :) Masa ini anak-anak baru pertama kali belajar bermain pukul bola golf di driving range. Siapa lagi kalau bukan Daddy dorang yang mengajarkan. Gigih juga lah enZaf ni membeli kayu golf untuk dorang tapi 2 batang sajalah Zahra dan Aliah. Ariq kecil lagi, kalau nak main juga pinjam sajalah kayu kakaknya. Nak belikan untuk dia kayu lagi tinggi dari orang hehehe..

Ai hanya ambil gambar dorang sambil menikmati makanan yang diorder :p. Tiba-tiba rasa bahagia hahaha.. buat alasan berbadan dua perlu makan banyak :p Gambar di bawah Daddy tengah mengajar teknik pukulan. Kalau tak betul pukulan tu sampai sudah tak kena bola, tak pun akan sakit pinggang. Gitulah apa yang ai dengar dia cakap :p



Baru beberapa minit anak-anak ini belajar teknik pukulan, dah masing-masing bising bila nak pukul bola pula hahaha.. tak sabar dah dorang ni. Pening coach :)



Daddy dah puas hati baru lah dia bagi anak-anak ni bola. Terus ceria muka masing-masing.



Bila dah tengok kakak-kakaknya main, Ariq pun nak pukul juga. Itu pun dia bising kenapa turn dia sikit je bola Daddy bagi hahahaha adohai. Sorang lagi perangai, kalau ada coach ni dia minta berhenti tak tahan cerewet :p



Video Zahra Aliah praktis.



Video bawah ini Ariq pukul.



Cuti sekolah baru ni iaitu tahun lepas, kami tak sempat bawa anak-anak driving range. Daddy dorang sibuk sangat huhu... anak-anak dah bertanya, seronok agaknya. Tapi tak mengapa, kita usaha buat aktiviti lain sementara menunggu Daddy dorang bawa ke driving range.

Monday, January 7, 2019

Orientasi Tahun 1/2019


28hb Disember tahun lepas,
Ariq ada orientasi Tahun 1 kat sekolahnya.
Mummy tak bole move on,
Ariq dah besar :)

Orangnya kecik je.
Saiz badan tu macam umur 4/5 tahun okay.



Harus setiap masa Mummy
amik gambar Ariq.
Penuh dlm album muka dia aje haritu hihi



Ariq pakai beg lama dia masa kat GA,
blom beli lagi beg lain.



Sementara tunggu anak2 masuk kelas,
parents semua kena duduk kat dewan,
dengar taklimat dan serahan dokumen2 berkaitan.

Sorry cikgu,
curi2 amik gambar hehe



Dah setel dokumen2 semua
ai naik kelas nak mengintai Ariq.



Amik 3-4 keping gambar pastu terus turun.
Ada jua parents yg tunggu kat depan kelas sampai habis.
Teruja tengok anak masuk sekolahkan.

Lama jua la menunggu Ariq tu,
amik gambar ngan kakak2 dia.
Muka ai mcm ape,
keletihan sbb smlm sblm orientasi tu
kami baru balik dari bercuti.
Letih tak habis lagi huhu



Masa ni anak2 dibawa keliling sekolah.



Rimas pakai tie,
sikit2 pegang kat tekak tu haha
Panaskan Malaysia ni nak pakai tie.
Bertabah la anak2.



Amik gambar lagi sebelum keluar dari sekolah.



Harusla Mummy nak bergambar ngan dia juga.



Tanya Ariq best tak sekolah.
Best katanya.
Seronok ada kawan baru.
Alhamdulillah lega dengar.
Janji dia suka pergi sekolah tu
Mummy dah gembira hihi

Sunday, January 6, 2019

Sushi Berdua


Hari yg anak2 tidur umah maktok.
MakSu dorang ada bawak pergi tengok wayang.



Sejak ada Qaireen ni susah nak bawak
dorang gi tengok wayang.
Nasib baik la ada MakSu mintak
tolong layankan.
Dan ofkos la dorang suka hihi
Thank you MakSu.

Dan kami pun sementara tunggu
dorang habis tgk wayang.
EnZaf ajak makan kat Sushi Zanmai.
Lama tak makan katanya.



Banyak jugak la enZaf order.



Kenyang makan.



Lupa nak amik gambar ginger rice.
Makan ngan ikan salmon teriyaki.



Dessert ice cream cheese stick.
Sedap sgt.



Habis makan, laju2 pergi umah mak.
Amik dorang balik..
tak bole pisah lama..
satu hari pun dah lama hehe
Makan sushi tu pun dok teringat kat anak :p
Tapi bila anak2 depan mata,
migrain la ape la..
semua mak2 gitukan.


Saturday, January 5, 2019

Majlis Kahwin Penutup 2018


Hujung 2018 ada wedding anak kawan enZaf.
Perghhh... nampak sgt dah tuakan.
Anak kawan dia dah kahwin hihi

Weddingnya buat kat Hotel Marriott Putrajaya.
Dan wedding ni jua tak bawak
anak2 kecuali Qaireen.

Suka ngan door giftnya.
Menambahkan lagi koleksi dalam robokku.



Dan nasib baik la,
si kecik ni tak meragam.
Bawak bubur dia makan je keje.



Dlm wedding ni ada artis jemputan.
Dato Hattan & Dato Jamal Abdillah.
Suara dorang mmg masih berbisa lagi.
Sedap betul nak nak Dato Jamal.



Dessertnya.. biasa2 je.



Seriously makanannya tak berapa sedap sgt.
Ada satu je lauk ikan,
masak sweet sour, sedap sket.
Yang lain hmmm mengecewakan.

Masa tgh keluar nak ke parking,
sempat jua la mintak tlg Azly
amikkan gambar kami lagi :)



Kami terus balik rumah.
Zahra, Aliah & Ariq tido umah maktok.
Mak Su dorang ada bole la layan.