Monday, August 6, 2018

Hari Bertemu Pelanggan 2018


Habis je Syawal,
esoknya Sabtu 14hb July,
Sekolah Zahra Aliah ada buat sekolah ganti.
Menggantikan hari cuti masa PRU14 haritu.
Sekolah dorang terlibat dalam tempat mengundi.
Alang2 buat sekolah ganti
terus Guru Besar buat amik report card.

Gi amik report card dan
terus amik dorang bawak balik.
Seronok la ganti tapi tak belajar hihi
Tapi tak seronok tuk ai
sbb kena datang 2 kali
sesi pagi dan petang sbb dorang berdua
ni tak sama sesi huhu

Dah tau takde belajar,
ai pun takde la dtg awal mana.
Pukul 11 gitu baru sampai.
Elok jugak sbb dah tak ramai orang,
sampai2 je ada la lagi 2 org.

Sebelum tu harusla bergambar ngan akak Zahra.



Nasib baik la kelas dia kat bawah je.
Macam tahun lepas paling atas sekali,
bergoyang lutut naik tangga hahaha



Keputusan Zahra sedikit penurunan.
Cikgu kelas dia cakap Mrs. Kartini
dia kena tekankan kat penulisan.
Banyakkan membaca dan buat latihan.
Pastu cikgu dia ada bagitahu lagi,
dia ada perancangan tuk Zahra
pergi mana2 pertandingan melibatkan English
tuk peringkat yg lebih tinggi.
Sengih je Zahra masa cikgu tu cakap hehehe.
Cikgu cakap Zahra byk cakap haha



Selesai Zahra kami pegi lunch
sebelum hantar dia ke tuisyen plak.
Pastu balik rumah
rehat dan solat Zuhur dulu.

Dalam pukul 3 keluar amik Zahra
sblm masuk sekolah tuk amik
report card Aliah plak.

Turn Aliah ramai sket,
ada la dlm 5 org lagi nak menunggu.
Thank you Ariq amikkan gambar
mummy & Aliah :)



Aliah dan kawannya Arisha
sesama menunggu turn.



Result Aliah pun menurun,
tp dia turun lagi banyak dari kakak Zahra.
Banyak sgt kot.
Siap ada C lagi huhuhu
Sama dgn cikgu Zahra
bykkan baca dan buat latihan.
Dan cikgu ckp Aliah ni pendiam.
Jarang2 dgr suara dia.

Ai mintak cikgunya byk bg dia
pendedahan tuk bercakap lebih.
Tapikan dia ada masuk pertandingan bercerita.
Dapat plaq lagi dan menang no. 4 hihi

Tak sempat amik gambar Aliah sorang
cuaca nak hujan.
Laju2 ke kereta.

Balik rumah dan dan okay
dorang berdua buat latihan tanpa disuruh.
Selalunya sampai berbuih mummy
cakap buat exercise buat exercise.
Kan bagus kalau cikgu cakap hari2.
Cakap cikgu laju je dengar.



Kedudukan Zahra dan Aliah dalam darjah.
Dalam kelas sama je ngan darjah huhu

Zahra: 9/155
Aliah: 41/158

Memang kalini ai pun tak fokus sgt kat dorang.
Byk masa lebih kepada Qaireen.
Menempel je 24jam payah nak renggang.
Takde depan mata mula la menangis mcm apa.

Mulut je cakap ngan anak2 suruh belajar suruh belajar.
Lepas tu dah tak tgk,
mmg dorang pun main2 je la buat keje.
Tahun ni pun kira ai redha je la
apa jua keputusan anak2.
Nak paksa lebih2 pun tak elokkan,
janji dorang maintain kelas yg sama sudah.
Cuma Aliah tu la nak kena tgk lebih sikit,
kalau result dia sama mcm skang ni,
akan turun kelas la jawabnya.


Saturday, August 4, 2018

Last Day Raya


Okay yang ni last buat entry pasal raya. Sampai nak masuk raya haji dah kan tak habis-habis lagi cerita hari raya aidilfitri haha Harap ni last la sebab ternampak macam ada lagi gambar raya dalam phone tak dimasukkan lagi dalam blog :p

Yang ni hari terakhir Syawal. Faizal & Sue buat open house untuk ABT, MySyakirin dan keluarga rapat. Kata dorang ni pun last minit tiba-tiba decide nak buat makan-makan. Ai bergambar dengan founder MySyakirin siapa lagi kalau bukan Sue. Bila orang pendek ni berdiri dengan orang tinggi memang tak sesuai langsung bergambar sebelah menyebelah, bagai langit dengan bumi.



Ha kena duduk baru elok sikit hihi Kiri sekali kawan yang lama dah tak jumpa. Orang sibuk berniaga gitu la busy, kali terakhir jumpa masa Aliah kecik kot ke masa tengok golf tournament masa tahun bila entah huhu serius lupa. Datin Lina yang sangat baik dan humble.



Gambar bawah pula dengan semua staff ABT. Seronok makin ramai anak ABT :p



Gambar-gambar ni semua dari phone Sue, ai tak pegang langsung phone masa tu. Sibuk melayan anak-anak sebab enZaf sibuk layan customer yang datang beraya. Bila tak pegang phone gambar makanan pun takde huhuhu Thank you Sue & Faizal jemput beraya, makanan semua sedap-sedap malam tu. Perut pun gembira dan senang hati.

Friday, August 3, 2018

Accident Time Pregnant


Accidentnya dah lama
tapi nak buat kenangan
sebelum delete gambar dalam phone. :)

Accident ni masa pregnant 4 bulan.
Hari Jumaat masa tu ai
nak hantar Zahra Aliah ke sekolah.

Kena langgar bontot kereta.
Sebenarnya kereta dalam keadaan berhenti pun.
Memang lama dah berhenti sbb
trafik lite merah.
Tetiba je kena hentam.
Yang langgar tu lelaki.
Dia sendiri admit memang salah dia sendiri.
Nak tekan brek tertekan minyak.
Nasib baik masa tu ai tarik handbreak.
Jadi kereta takde la tetiba meluncur
ke depan tetiba..
kang langgar kereta depan tak pasal2.
Walaupun langgar tu sikit je,
tapi terasa la kot impaknya.
Senak perut ai tetiba.
Nasib baik baby dalam perut takde apa2.
Anak2 pun terkejut kejap je.
Nasib baik dorang semua duduk diam.

Yang langgar ni kereta baru.
Kesian dia dapat kereta baru
accident plak.
Terangkat sikit bonet depan dia.
Bumper semua okay.



Kereta ai plak habis bumper belakang lari.
Kiri kanan terkeluar dari clipnya.



Kat bghn ni bumper pecah dan beberapa
lekuk ke dalam.
Tak nampak sangat sbb gambar terang.
Yang pasti bonet mmg tak bole bukak.
Samgkut kena hentam.
Syukur lampu tak pecah.



Time kena ni ai blur.
Dah la enZaf outstation.
Terus call dia tanya.
Nasib dia kata pass phone tu kat mamat tu,
diskus la dorang berdua esok jumpa kat workshop.

Mamat ni chinese orangnya.
Sangat baik okay.
Ntah bape kali cakap sorry ngan ai.
Risau takut apa2 jadi kat baby & anak2.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku.
Glamour la kejap kat tepi jalan
semua orang dok pandang.
Setel semua terus sambung hantar Zahra Aliah ke sekolah.
Sblm tu tanya gak dorang nak ke sekolah ke tak,
takut terkejutkan.
Dorang berdua kata okay nak pegi sekolah.

Lepas 2-3 bulan camtu rasanya
pregnantkan Qaireen 7 bulan kot.
Kena accident lagi.
Sama gak kena langgar bontot,
tp kali ni kereta enZaf plak.
Hujung minggu kami baru balik dari Paradigmn Mall.

Waktu hujan renyai2.
Jalan pun licin.
Terlanggar betul2 nak masuk simpang.
Kebetulan mata ai mmg tengok side mirror,
memang nampak kereta tu laju meluncur
tak sempat ai nak cakap ngan enZaf,
bang kena langgar.
Tapi kali ni langgar dia tak kuat.
Cam cium je.

Lega takde ape.
enZaf tengok kat bumper dia calar sikit je.
Dia pun malas nak buat report.
Yang langgar dia ni perempuan ada bawak
anak kecil dia.
Sian takut trauma plak.



Kereta dia pun takde apa,
so dua2 decide tak perlu nak report.
Setel sendiri.

Hihi begitulah kisah accident waktu pregnant.
Alhamdulillah baby kuat dalam perut.
Tetiba teringat masa pregnantkan Aliah.
Pun sama pernah accident.
Tapi yg tu agak teruk jugak.
Kereta langsung tak bole bergerak.
Kebetulan tak pakai seatbelt sbb perut dah besar.
Masa kena langgar tu tercampak ai ke depan,
jatuh terduduk kat bawah.
Itu pun sama kes orang langgar belakang
time benti kat trafik lite jugak.
Dia tengok phone masa memandu,
memang sendiri mengaku salah dia huhu

Saturday, July 28, 2018

Mini Genius Aulad Open House Raya & Student Parent Activity


13hb Julai sekolah Ariq plak
buat jamuan raya.
Kalini jamuan raya combined dgn SPA.
Ni SPA yang ke-2 kalau tak silap.
Yang first tak dtg sbb dlm pantang.

SPA kalini tentang raya.
Cerita pasal jenis2 baju melayu,
baju kurung dan pemakaiannya.
Seperti sampin, songkok dan tudung.

Cakap pasal songkok,
Daddynya bagi Ariq salah songkok.
Ni songkok 2 tahun lepas kot.
Ketat sudah.
Bagitau dia tak payah pakai,
tp dia nak jugak.
Nampak la dahi dia yg jendul dan luas itu haha



Pastu ada cara2 nak buat ketupat daun palas.
Ada lagi aktiviti sebelum tu
Ai sampai lambat haha
Almaklumlah nak siapkan baby
Dan diri sendiri berpeluh2 gitu.

Selesai aktiviti dr parents,
Sesi bersalaman dan dapat duit raya.



Dan bergambar ngan teacher & kawan2 kelas.



Raya tahun ni Ariq bawak kek batik.
Seronok tgk makanan2 yg dibawa oleh anak2
Meriah sgt mcm2 ada.



Time makan ni ai suh Aliah je
amikkan apa je makanan yg ada.
Tak bergerak mana
sbb Qaireen elok plak tido.



Elok je habis makan,
si kenit ni pun bangun.
Harusla wefie satu kali :)



Seronok tgk Ariq gembira ngan kawan2nya.
Dia tak heran Mummy pun,
Besar dah anak bujang sorang ni.



Selesai majlis,
laju2 balik sbb ALiah plak nak ke sekolah.
Sebelum masuk rumah,
bergambar lg kami berempat.



Friday, July 27, 2018

Jamuan Hari Raya Sekolah Zahra & Aliah


Awal bulan haritu 5hb Julai,
kelas Zahra ada buat jamuan raya.

Ni je satu2 gambar yg sempat
ai snap sementara
tunggu van sekolah datang.



Langit pun gelap lagi.
Gini la meneman dia setiap pagi,
kalau enZaf ada dia la temankan.

Lepas Zahra gi sekolah,
ai akan breakfast kejap
sblm kejutkan Ariq.
Baby Qaireen kalau pagi hantar Ariq
mmg senang sbb tido je dlm car seat.
Mandi pun tak lagi hihi



Zahra jamuan bawak kek marble.



Jamuan raya tahun ni order je
kat cousin ai Fatin.
Dia mmg buat kek biskut bagai,
sblm ni duk jauh.
Skang dah keje kat damansara,
senang la nak order.

Keesokkan harinya jamuan sekolah Aliah plak.
Bole plak lain hari huhu

Rutin seterusnya,
lepas amik Ariq balik sekolah.
Laju2 balik rumah tuk
Aliah ke sekolah plak.
Dia pun sama cam Zahra naik van sekolah.
Tapi ada masa sket dan sempat amik gambar :)



Gelap gelap dah kulit anakku.
Pernah dorang tanya ai,
kenapa kulit dorang tak sama kulit mummy haha
Bgtau dorang mummy sekolah pun sama,
mana ada cerah..mmg gelap sentiasa,
dah bersukan je.
Nanti dah habis sekolah cerah la balik ;)

Hari jamuan raya Aliah hari Jumaat.
Jadinya akan jumpa akak Zahra dia
kat rumah sbb Jumaat balik awal.
Kalau hari lain
dorang selisih kat sekolah je.



Wefie satu kali lepas setel
Aliah ke sekolah.
Ariq dah ke depan,
sibuk nak ke vending machine beli air.



Aliah bawak almond brownies plak.



Silalah terjah instagram cousin ai ni
fat_baked