Tuesday, March 7, 2017

Santai di McD


Kebiasaannya petang ai mmg takde buat ape.
Rileks je kat rumah,
sementara tunggu anak2 dara habis sekolah.
Petang mmg berdua je la ngan
anak bujang tu sorang.

Satu hari tu
melayan Ariq nak ke McDonalds.
Makan-makan sambil tu bole la
dia main kat playroom.



Sebelum keluar tu
sesaja la whatsapp kat Tee B.
Kalau dia free meh la join
kami kat McD.

Dan kebetulan jua dia
dah setel kejenya.
So terus dtg join minum petang jugak.



Memang kebanyakkan jua
makan minum ngan Tee B tak diplan.
Salah sorang message tanya free ke tak
pastu decide la jumpa mana2 :)

Ariq amik gambar ni,
ada lagi 2 keping semuanya
tak ready lagi.

Dan ni paling ok.
Nak suh dia amik gambar banyak2
malas dah hahaha



Gitula rupa pakaianku kebiasaannya
hantar amik anak sekolah.
Tudung bawal setia di sisi.
Tp hari tak gi sekolah pun camtu gak.
Takde beza mana pun hahaha

Monday, March 6, 2017

Musolla Trip 2017


28hb 2 hari tu school Ariq
ada wat trip.
Yeayyy first trip tuk dia.
Punya la seronok dan tak sabar
sbb nak naik bas hehehe

Kejut dia pun cakap
sekali je Ariq nak pegi trip.
Terus bukak mata :p

Suh dia pandang camera
katanya sakit mata
ada sun hehehe
silau la tu kan.

Dia paling kecik,
harus la duk depan :)



Dan dia sorang je kot
ai nampak pakai selipar,
eh ada la dlm 3-4 org lagi.
Malas pakaikan kasut sbbnya
nak pegi masjid nanti nak kena bukak jugak.
Lain la pegi trip mcm ke zoo ke
ha yg tu ai pakaikan kasut.



Tak toleh kat Mummy pun.
Dah teruja nak naik bas.



Zara Aliah pun ada ikut ai sekali
hantar Ariq.
Kakak2 dia pun eksaited nak tgk
adik dorang naik bas.



Sementara menunggu yg lain,
ai terus naik bas nak amik gambar Ariq.
Ni kawannya Imran.
Suh bergambar malu2 plak dia.



pastu amik gambar ramai2.
Ni semua kawan kelas dia.
Ada lagi satu kelas tak naik lagi.



Seperti tahun2 sebelum,
2 biji bas pergi trip ni.
Dlm pukul 9 suku baru gerak.
Trip kali ni pergi ke
Masjid Wilayah KL.

Setel dah terus ajak Zara Aliah breakfast.

Ni gambar ai amik dari facebook GA.
Derma tabung masjid.



Terkeluar dah rambut tu :p

Yang ni plak kemain santai ko dudukkan Ariq.



Gambar time solat jemaah
tak nampak Ariq plak.
Buat solat Dhuha.

Group photo.
Ariq duk ujung skali blah kiri.
Nampak la muka dia sket,
jadila haha



Lepas Zuhur dah balik.
Amik dia masuk kereta,
terus cerita apa dia buat.
Suka dia dapat jejalan naik bas
dan pegi masjid dgn kawan-kawan.

Friday, March 3, 2017

Cerita di Siang Hari


Pagi lepas hantar Ariq sekolah,
terus suruh anak2 dara siap nak keluar.
Gi amik Daddy dorang kat Ingres.

Dia hantar kereta tuk servis.
Lepas tu terus kami ke The Curve tuk breakfast.
Kami makan kat Teh Tarik Place.



Daddy dorang gi setel hal kat bank.
Dan kami menikmati makanan
sambil berwefie :)



Habis makan terus gi amik Ariq plak kat sxhool.
Balik rumah Zara Aliah salin baju.
Tuk pergi sekolah plak.
Dorang taknak lunch dah,
sbb dah makan berat td.

Keluar balik hantar anak2 sekolah,
terus gi Pizza Hut.
Ariq nak makan pizza katanya.
Kemain anak bujangkan.
Selera kuat sangat.



Ai order dessert.
Ape ntah namanya lupa.
Tp tak bape sedap huhu

Lepas makan balik rumah.
Rehat solat.
Ingatkan petang nak goreng keropok ke
ape2 la tuk makan petang,
skali dpt whatsapp dr enZaf
suh bersiap lg 5min nak sampai.
Gi hantar dia kat Ingres balik.

On the way keluar tu,
hujan lebat sangat.
Zaf kata kita singgah minum la,
sah reda baru pegi amik kereta.

Kami terlajak ke Ikea hehehe



Seronoknya sbb tak ramai orang,
byk tempat kosong.
ooo.. meatball tu macam dah kurang rasa
nak dibandingkan sblm2 ni.
Salmon tu pun tak bape sedap gravynya,
ikan bau kuat.
Kek sedap.



Ariq nak makan croissant je.
Bad mood sket
sbb keluar rumah kacau dia tgh tido.



Alang2 dah ke ikea,
kami survey meja komputer.
Nak cari yg kecik.
Ada yg berkenan tp sayang takde stok.



Ikea Cheras ada stok.
Tp tak tau la nak ke sana ke idak,
jauh sangat huhu

Thursday, March 2, 2017

Lunch at Upeh


Lama gila tak pergi Mid Valley.
Sampai2 MV je terus cari kedai nak makan.
Tak plan nak makan mana,
nampak Upeh.. nampak cam menarik,
terus Zaf ajak makan situ je.

Yang budak ni merajuk ngan Daddynya.



Depan kedai Upeh ni,
ada booth jual ukulele.
Gitar yg kecik tu.
Mintak Daddy beli yg tu dia nak.
Alahai Aliah..
ingat ukulele tu mainan ke ape.
Harganya pun bukan murah
bole main beli je.
Lagipun dia bukan pandai main pun.
Tp Daddy dia akan belikan gitar mainan.
Yg tu mmg buat main2 je pun.
Kalau rosak takde la ralat mana kan.

Okay berbalik pasal makan.
Ai order laksam.



Ohoiii.. sedap sgt okay.

Anak2 makan nasi lemak.



Pun sedap..
siap ada sambal hijau lagi.

Zaf makan sandwich.
Dia ada bola petang jadi taknak mkn nasi katanya.



Sandwich ni tuna cheese.
Pergh meleleh.. mmg sedap.

Ada order kopok lekor.



Kuih lopes.



Kemain lakiku..
kata taknak makan byk,
tp kemain order macam2.
Lepas tu suh ai makan habiskan semua.
Ha.. mmg jgn harapla nak dietkan.
Lg dia tau kita diet,
lagi dia bg kita makan macam2.
Kena sabotaj ngan laki sendiri.

Anak2 dah besar,
order makan pun dah bertambah.



Yang ni plak awal2
dah rembat brownies Mummy.
Tp bukan makan brownies,
sibuk nak makan aiskrim tu huhu



Masuk Superdry kedai feveret enZaf,
sempat amik gambar ngan Aliah.



Sebenarnya masa makan kat kedai,
Aliah tertumpah air milo
kat pakaiannya.
Basah baju sampai ke skirt tu.
Nasib baikla warna baju tu gelap,
kalau putih nangis Mummy.
Itu pun skirtnya nampak kesan milo byk.
Jenuh sental pakai wet wipes.
Tau la milo tu kuat kesannya melekat kat kainkan.
Melekat warna tu takpe la,
cuma kesian sbb lencun baju dan melekit,
air manis kat badan dia.
Dah berbau milo satu badan hehehe..

Terus la cari baju dan tukarkan terus.
Aliah2.. mesti ada drama kalau keluar ngan dia haha
Dia sendiri pilih baju.
Nak seluar, xnak skirt.



Ni posing style apa masing2.



Nak bergambar berdua ngan Zaf,
tp lajunya Ariq masuk.
Tak bagi chance langsung.
Suruh ketepi..dia xnak huhu



Bergambar dengan akak Zara
dalam kedai Zara hehehe



enZaf nak cari kot.
Katanya nak pakai warna biru terang,
baru style katanya..kemain la hai...
Umur nak masuk 40 ni macam2.

Wednesday, March 1, 2017

Dapat Juga Satay Perut


Ni gambar pagi hantar Ariq sekolah.
Alhamdulillah setakat ini
senang kejutkan dia bangun pagi.




Tapi walaupun bangun pagi,
tidur masih lambat.
Pukul 11 lebih atau 12pagi baru lelap.
Sebabnya kalau tidur nak ai ada kat sebelahnya huhu

Petang tu Zaf balik kerja awal.
Kalau dia ada,
memang keluar amik anak2 sama.
Amik Zara Aliah kat sekolah lepas tu
terus pegi dinner.


Kalini makan kat Satay Kajang Hj Samuri.
Lama gila tak makan kat sini.



Kami pegi kat Damansara Uptown.
Itu yang paling dekat.
Makan sini pun gara-gara ai
nak satay perut.
Tak semua org jual satay ada perut ni.

Tapi tak bole blah
enZaf suh ai makan sket
Diet katanya :p



3 ayam, 3 daging, 3 perut dan 3 kambing.
Mujur gak la order sikit,
mmg kenyang dah makan tu.



Zara makan nasi goreng cina,
Ariq Aliah makan nasi ayam.
Kat satay kajang ni,
ada juga menu lain.
Bole la order makanan lain selain dr satay semata.

Depan satay kajang ni ada shopping mall baru.
Memang dah perasan dah sblm ni,
bila gi makan kat uptown.
Bangunannnya mmg belakang food court tu.



Saja jalan kejap masuk dlm,
byk gak kedai dah bukak.
Tp kami tak survey habis lagi.

Masuk dlm Jaya Grocer.
Zaf nak beli apple.
Dari nak beli 1 barang,
tau tau penuh 1 bakul tu hahaha
nasib tak pakai trolley :p



Mamat ni plak pujuk Mummy nak M&M.
Tapi ai tak layan.
Kalau beli cokelat kang,
Aliah tu pun mintak sama nak.



Pastu dia mintak kat Daddy plak,
Daddy suh dia beli marshmallow je.

Salam 1 Mac.
Bulan ni anak2 ada ujian,
ada birthday Zara
dan ada cuti sekolah juga,
tp cuti sekolah Daddy takde huarghhh