Wednesday, September 7, 2016

Bersushi King ngan Kawan


Lama tak makan sushi.
Tak ingat last bila.
Nasib la ada kawan melayan tekak ku ini.
Ape lagi laju je la ke Sushi King.
Sbb itu yg paling dekat dgn rumah haha



Masa pegi tgh ada bonanza.
Rm3 satu plate.
Tapi tuk masa 45minit.



Kalau dah makan ngan kawan,
mestila lebih dari 45minit.
Jadi takde maknanya offer tuk kami.
Bayar normal price je ;)

First round.



2nd round.



Final round.
Dah tak bole sumbat lagi dalam perut.
Sangat full.



Adraa dah bole jalan sikit.
Bila ada kaki ni,
takleh dok diam la kat baby chair.
Sibuk nak turun je.



Terima kasih la pada
sales girl depan kedai Suhsi King ni,
yang amikkan gambar kami.



Aliah mesti nak wat muka.
Sbb tak dapat ape dia nak,
lepas makan dia ajak jalan lagi.
Mummy tak layan,
sbb nak balik terus.
Kalau pegi masuk kedai mana2.
Kang ada je dia nak itu ini haha

Tuesday, September 6, 2016

Tahniah Azhar & Nadia


27hb 8 cousin lelaki ai kawin.
Azhar anak MakLang no.2.
Tahun lepas abang dia :) [link]
Nikah kat Masjid Bukit Antarabangsa.
First time ai masuk area ni.

Dah kali-3 ni pegang dulang,
pasrah dan redha haha
Yang pasti pegang dulang paling ringan. :p



Bersama adik2 ku semua.
Semua 20-an.
Ahkak paling "muda"



Sempat wefie dlm masjid.
Dgn adik beradik ku.
Hana & Nani je takde huhu



Hantaran ke dua-dua belah pengantin.
Dulang2 dah beralih tu yg bersepah.



Aliah taknak bergambar.
Masa bergambar ni dia tgh seronok
main lari2 dalam masjid :(
Bila suh bergambar dia buat muka huhu



Pengantin bersama dayang2 ;)



Sblm keluar nak gi makan,
enZaf ajak selfie.



Alhamdulillah majlis berjalan ngan lancar.
Pengantin lafaz sekali sahaja.
Cantik masjidnya.
Pastu sejuk sangat ekon.
Aliah siap tido lagi.
Selesa la masjid bersih dan cantik.

Makanan yg dihidangkan oleh keluarga perempuan
pun sedap2 semuanya.

Malam plak ai singgah dewan kat TM.
Esoknya reception.
Bincang dan rehearsal sket
tuk Zara yg nak jadi flower girl.



Dia dan sorang lagi dari pihak perempuan
jadi flower girl.
Aliah tak de.
Dia tolong distribute door gift tuk
rakan sebayanya nanti hehe

Monday, September 5, 2016

Dinner at Guantanamo


Dapat whatsapp dari Anis,
dalam kul 4 lebih.
Ajak minum petang or dinner.
Kebetulan enZaf balik keje awal.
Mintak permission dari dia,
nak keluar ngan Anis
dan tolong jagakan anak2.
Malas nak bawak dorang hihih.
Mujurla dapat laki memahamikan.

Laju la reply kat Anis okay haha..
Dan ai pun ajak la TeeB
kot dia free nak join.
Anis pun ok kalau ai ajak dia.

Disebabkan Anis yg ajak,
so ai suh dia la yg decide nak mkn mana.
Dia ajak ke Guantanamo.
Sbb tak pernah try makan situ lagi.



Kalini ai order western.
Sblm ni dah makan local food.
Semua pun order western jua.



Cucur udang.



Air pun 3-3 nak sama.
Bezanya buah dalam tu.
Longan, laici & peach.



Makan2 ngan kawan ofkos seronok.
Tak pernah bosan.
Ada je nak diceritakan.



Akhirnya dapat gak makan ngan Anis.
Padahal opis dia dekat je ngan umah ai.
Tapi susah nak jumpa.

Thank you Anis belanja dinner.
Semoga bertambah2 rezekimu.

Minggu ni Zara cuti
sbb exam UPSR.
Straight terus raya haji.
Ape lagi marila kita berjalan2.

Friday, September 2, 2016

Tahlil dan Kenduri Doa Selamat


Dua minggu lepas,
parents ai wat tahlil dan kenduri doa selamat
sempena adik ai Nani sambung belajar
kat Universiti Malaysia Terengganu.

Alhamdulillah berjaya dia
nak sambung belajarnya.
Cuma sedih sbb tak dpt hantar dia
masa register kat sana.
Clash ngan tarikh cousin ai kawin.
Zara jadi flower girl time tu.
Kalau takde libat ape ngan wedding tu,
ofkos ai ikut abah & mak ke Terengganu.

Kenduri ni tak jemput ramai,
hanya saudara mara dekat ngan jiran2 keliling umah.
Menu haritu nasi tomato.
Catering je.



Sikit pencuci mulut.



MakTeh, MakLang, MakNgah & MakChik.



PakNgah & PakChik.



PakTeh & PakLang.



Dan beberapa orang cousins ai.
Tak semua dapat dtg.
Keluarga PakSu pun takde.



Cousin ai Lina dtg bawak kek.
Dia buat sendiri.
Kek perisa teh.
Dah la cantik sedap plak tu.



Kebetulan baru lepas birthday MakLang.
Kira celebrate birthday dia skali la.
Anak2 ai cam biasa la
pantang nampak kek kan.
Dgn harapan nak tiup lilin huhu



Thursday, September 1, 2016

Anak Merdeka


MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
hihi tetap nak wish merdeka kat blog ni
walaupun dah lepas satu hari. :)

Semalam kat area KD ni
hujan satu hari.
Cuaca pun best sejuk je.
Mudah2an jerebu pun berkurangan.

Hari Merdeka takde plan ke mana.
Kami balik umah Sg Buloh.
Kebetulan adik ai Hana pun
ada kat sana lagi.
31hb Ogos birthday dia.
Untung anak Merdeka.
Satu Malaysia cuti :)

Sebelum balik umah,
singgah kedai beli kek tuk dia.

HAPPY BIRTHDAY ADIKKU.
Moga diberkati oleh Allah S.W.T



Malam kami dinner kat Mr. Steak House.
Dia tak pernah makan situ lagi.



Tetap tak cukup corum.
2 orang adikku takde :(
Ingatkan lepas dinner tu
nak gi makan durian.
Tapi hujan masih tak berhenti.
Jadi semuanya balik umah.

Sempat la suh budak2 ni posing smlm masuk umah.



Flag tu kehulur kehilir bawak
dari 3 hari lepas.
Semangat sungguh.