Jumaat lepas 20hb
adalah birthday Ariq yg ke-2 tahun.
Ni cerita sepanjang hari specialnya.
Tiap kali hantar Zara,
mmg selalunya dia tido,
ai dukung angkut ke kereta.
Balik dr hantar tu,
slalunya mandikan dia.
Tapi hari tu,
ai xmandikan sbb dia sambung tido.
Sampai la masa nak amik Zara kt skool
pun still tak bangun,
ape yg penat sgt pun xtau hehe
Muka comot masam xmandi lagi hehe

Siang takde wat ape sgt.
Nak keluar malas,
cuaca panaskan.
Jadinya makan kat umah je.
Petang tu Zaf ajak ikut dia gi The Gardens.
Dia suh ai bawak anak2 makan,
sbb dia ada meeting ngan customer.
So ai decided dinner ngan anak2 kat Garden Cafe, MV.
Sementara tunggu makanan sampai,
amik gambar anak2.
Aduhai seksanya nak bg semua tgk camera.

Birthday Boy of the day!

Ada 20kali snap,
sampai dorang dah malas nak pose haha
Tapi satu pun xde yg betul2 cantik.

Iced chocolate sedap.
Makanan xsampai lagi,
dah nak habis separuh.
Tu Aliah yg minum :p

Spaghetti Carbonara.

French fries

Teriyaki Chicken Chop

Makan kat Gardens sampai tutup kul 10.
Itu pun Zaf tak habis2 lagi.
Terus bawak anak2 pegi lepak kat Starbucks.
Situ tutup lambat.
Dalam 20minit baru la Zaf muncul.
Dia belikan 1 slice kek coklat,
nama penuh tak tau,
tapi ada blueberry & cheese.
Blueberry & cheese chocolate cake la kot kan :p
Kek tuk Ariq,
tapi takde candle la plak.

Kemain seronok dia,
xsabar nak makan.

Memang makan sungguh2,
padahal dah makan byk tadi.
Sampai tinggal sket tu
dia la yg makan semua.
Ai cuit 3-4x suap je.

Akak2 dia pun xkenyang2 gak,
makan lagi donut.
Ikut perut sape la kan haha

Disebabkan Daddy dia byk keje,
xsempat nak belikan hadiah tuk Ariq.
Esoknya Sabtu pas Subuh nak hantar Daddy
kat KLIA outstation 4 hari ke Jakarta.
Tunggu balik baru kita beli hadiah dia.
Happy Birthday Ariq!
Mummy sentiasa doakan yg terbaik buat kamu
dan anak2 yg lain.

Sabtu lepas tetiba Zaf ajak gi Genting.
Pas Asar kami gerak.
Cuaca panas2 skang ni memang best la kan
nak pegi tempat sejuk.
Dalam kul 6 petang kami sampai.

Jalan2 kat taman luar dulu.

Bagi dorang main berlari sana sini.
Nak kata sejuk sgt pun xde la.
Just nice je.

Eddie, kawan baik Zaf pun join skali.
Dia keje kargo jarang jumpa.
Bila cuti tu ajak la skali.
Sambil tu leh jadi babysitter budak2 haha
Dorang pun ok je.

Pas solat Maghrib dinner kt Marrybrown.
Budak ni xnak makan,
xsabar nak naik ride.

Menda pertama naik ape namanya ntah.
Naik kapal pusing keliling indoor.
Aliah gayat haha

Zara mmg suka,
sbb dia yg request.

Pas habis tu konon nak masuk snowworld.
Skali Ariq tak lepas plak.
Baby tak leh masuk,
ikut had tinggi 90cm ke atas.
Ai suh je Zaf bawak akak2 dia masuk,
dia kata tak nak la sbb nanti lama ai nak tunggu.

Ai n anak2 naik train,
Ariq excited siap ckp "choo" "choo"

Tak besar pusingnya,
tapi 3 kali round le.
Naik kete ni request dari Aliah.

Ariq first time jejak kaki
kat Genting.
Sronok dia jakun sbb tempat sejuk,
n byk mainan hihi

Dah habis main kat indoor,
kami gi minum dulu sblom balik.
Zaf gi beli air kat Starbucks.
Ai beli eskrem BR budak2 nak.
Sejuk2 makan eskrem, sabar je la.
Kami lepak kat kolam air depan Resort World Genting.
Giler ko...
sejuk nak mamposss
Zaf kata ha ni baru betul2 layan sejuk.

Lama gak duduk situ,
sampai Zara nangis sbb tak tahan hahaha
Pastu baru kami gerak balik.
Agaknya kalau dia tak nangis lama lagi kot.
Time tu pun dah kul 11 lebih.
Ariq rileks je,
makan eskrem sampai habis.
Makan sambil gelak2 hahaha
