Wednesday, June 11, 2014

Lego Suami Isteri


Patutnya lego ni tuk Zara buat,
Rupa2nya lego ni kecik2,
jd mcm tak mungkin dia bole buat.



So Zaf decide kami yg buat.
Zaf buat separuh
pastu ai sambungkan sampai habis :)

Nak tunjuk size legonya.
Kecik giler dari size lego asal.



Ni manualnya.



Sebenarnya buat yg halus ni
lagi susah n rumit.
Jari kena runcing buat ni.
Kalau gedabak mmg susah nak selit2kan lego tu.
Pastu kalau tersalah letak,
nak bukak satu tu,
haha sakit jari.
Pastu mata kena tajam,
ilang fokus jenuh nak check balik.
Secara tak langsung main menda alah ni,
mengasah kepala otak yg berkarat.

Tapi best la bg ai,
mencabar dan menguji kesabaran haha
Zaf bape kali benti sbb pening.
Yer la menda halus2
berpinar mata.

Bila siap tu mmg puas hati.
Bole simpan kat glass cabinet.



Sulley & Minion Kevin :)

Tuesday, June 10, 2014

Lunch ngan Mak Ngah Sekeluarga


Lama betul tak jumpa dengan adik ai Hana. Pada hari Selasa lepas, dia balik Sg.Buloh. Bila tahu dia ada di rumah mak, teruslah ajak dia keluar. Cuti sekolah ni, Hana ada family holiday bersama parents in lawnya. Mereka bercuti ke Jakarta dan Bandung. Keluarga besar mereka semua tu, total dalam 7 keluarga. Pasti seronok dan meriah percutian mereka. Satu bas keluarga dorang je hihi.. Sebab itu lah ai pun nak anak ramai. eh!! tiba-tiba hahaha.... Okay berbalik pada dating kami. Ai bawa Hana sekelurga makan di JM Bariani dalam Giant Kota Damansara.



Seronok Mak Long dapat jumpa Aira. Sangat petah bercakap. Ada sahaja nak diceritakan. Ariq pula berbeza dengannya, seorang yang pemalu.



Rasanya makan kali ni terasa aman sedikit. Tak sangka anak-anak sangat behave :p Kebiasaannya kalau bawa anak-anak pergi makan di luar ada sahaja tak tahu duduk diam. Huru hara tu tak perlu diberitahu sebabnya sudah maklum haha..



Oh ya lah, sepupu ai Azura baru dapat baby boy. Berat babynya ialah 3.10kg. Bestnya bau baby, aduhai terus rasa nak ada baby sekarang juga :)



Monday, June 9, 2014

Anniversary Dinner


Cerita anniversary yang belum habis lagi hihi. Tahun ini anniversary kami jatuh pada hari Isnin, jadi ai tiada la expect yang enZaf nak ajak keluar makan. Awal-awal lagi sebelum pergi kerja dia dah beritahu yang dia ada banyak kerja dan tak janji apa-apa sebab takut tak sempat. Lepas waktu Maghrib dapat Whatsapp darinya yang minta ai bersiap dan dia on the way nak ambil ai dan anak-anak keluar. Masa dalam kereta dia ajak makan kat Subang. Dia ajak makan tapi dia tak ingat nama restoran itu, minta ai Google dan Waze untuk cari nama kedai sabar je lah. Bila ai Google rupanya restoran dia nak pergi itu tutup hari Isnin hihihi... Memang bukan rezeki nampaknya. Disebabkan restoran itu tutup terus enZaf melencong masuk ke Empire Mall. Masa dalam Empire dia tak decide lagi nak makan dekat mana. Naik escalator terus nampak Restoran Serai dan enZaf ajak makan di situ. Memandangkan waktu pun dah lewat dalam pukul 9 malam itu yang kami tak fikir banyak untuk mencari lagi kedai makan lain.



Order minuman Chocolate Ice & Sirap Bandung. Aliah ni pantang nampak milo atau cokelat, laju je dia nak. Dan dia boleh habiskan segelas tu seorang. Straw tu pula akan melekat kat mulut dia selagi tak habis. Memang tak bagi chance orang lain nak minum huhuhu...



Gambar di bawah ini, orang sebelah baru beli iPad mini. Dari tadi mata dia melekat pekat mengadap skrin yang sedang leka main game. Ai biarkan saja dia melayan game itu tak nak kacau untuk hilangkan penat dan stres berkerja.



Ai makan Nasi Ambang ke Ambeng, eh mana satu ya ejaan yang betul ai tak pasti pula ;) Pertama kali makan Nasi Ambeng kat Restoran Serai sedap juga. Portion pun besar, tak habis kalau makan seorang. Penuh pinggan tu kalau orang luar tengok mesti kata pelahapnya ai badan kecil makan kuat hihi..




enZaf hanya makan kuey tiaw sahaja. Malam dia memang jenis jarang nak makan nasi.



Zahra pula makan Spaghetti Carbonara. Makanan kegemaran dia, dan boleh habiskan hidangan tu dia seorang sahaja.



Aliah dan Ariq berkongsi makan dengan makanan Mummy dan Daddynya. Dah selesai makan enZaf order kek pula. Kalau kek semua orang makan. Kami memang suka kek. Pilih kek Chocolate Moist. Sedap sangat dan ianya memang moist.



Haruslah ambil gambar kami berdua, sempena Wedding Anniversary kan. Patut makan berdua ini dibawah sinar bulan ataupun lilin hahaha.. Baru romantik gitu. Tapi jangan haraplah jadi tapi tak salah kalau kita berangan haha...



Terima kasih pada lampu kat dalam Restoran Serai ini. Sangat cerah menyebabkan mukaku nampak flawless dan putih. Perasan rasa cantik sangat malam tu hahaha Gambar di bawah ini adalah peneman kami meraikan wedding anniversary yang ke-8 tahun. Terima kasih juga pada anak-anak kerana memeriah dan meriuhkan suasana. Mujur malam tu tak ramai orang dalam restoran. Kalau tidak, pasti customer dalam kedai makan tak tenang nak makan hihi...



Ariq tak ada dalam gambar sebab tengah pegang tangan ai. Di sebabkan itu Mummy dan Daddy tak boleh nak berpimpin tangan berdua. Ingatkan boleh la ai nak feeling romantik pimpin tangan enZaf walaupun jalan menuju ke tempat parking :p Dalam angan-angan sahaja la. Kalau tengok pada gambar kat atas tu, ada nampak kaki sahaja kat hujung depan itu kan. Itulah suamiku yang "romantik" itu, laju saja dia berjalan tak toleh sikit pun ke belakang jauh ke dekat ke kami ini. Itu tandanya dia dah penat sangat :p

Sunday, June 8, 2014

JUS DELIMA ORGANIK AL-RUMMAN


Buah Delima adalah salah satu
makanan sunnah.
Sesuai untuk semua peringkat.
Yang ada masalah jantung,
darah tinggi, kencing manis & lain2 lg.
Untuk yang mengandung pun digalakkan.
InsyaAllah kita berusahakan.
Tiada penyakit pun elok minum.
Mencegah lebih baik dari mengubati.



Kita sendiri sudah maklumkan
buah delima ni byk khasiatnya.


KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA
•Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
•Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
•Menyingkirkan lemak berlebihan
•Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
•Mencegah rasa mual
•Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
•Mencantikkan kulit muka
•Membantu memulihkan pesakit kencing manis
•Berupaya menghapuskan kahak
•Memberi tenaga dan mencegah keletihan
•Mencegah angin ahmar bagi warga emas
•Meningkatkan peredaran darah
•Mencegah dan merawat kanser
•Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
•Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
•Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
•Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
•Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
•Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
•Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
•Membantu mengurangkan batuk dan lelah
•Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
•Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
•Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
•Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
•Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous


Harganya
RM55 untuk 314ml
RM140 untuk 1 Liter







Friday, June 6, 2014

Hadiah Anniversary



iPhone 5 tuk ai &
iPad Mini tuk Zaf.

Ikutkan nak le 5s.
(eeiii giler tamak)
Dapat 5 ni pun dah bersyukur.
Org dah bagi amik je la kan hihi
Dah la tak keje
nak canggih kemain tak ingat :p

Thank you Yang!!
dia surprisekan kul 2 pagi.
Orang dah terbongkang tido.
Dia kejutkan tu pun mamai2.
Kira surprise la
walaupun dah tau nak bg ape.
Surprise sbb dia dah beli dulu.
Pastu siap2kan backup semua,
kita tinggal pakai je hehe

Ipad Mini tu plak
dia sendiri beli dia sendiri hadiahkan
hahahaha kesian,
nasib la dapat wife tak keje,
so xde duit nak bagi hadiah.
Bole bagi tuuttt tuuttt eheemmm je
(censored!! 18sx!!!)