Thursday, June 5, 2014

Restoran Cili Merah


Kalau nak makan nasi campur
kat Shah Alam,
ai suka gi kat Restoran Cili Merah.
Kat Seksyen 9.



Banyak lauk pauk,
memang suka sbb byk choice.



Pastu ada byk ulam,
pekena ngan sambal belacan
tempoyak ke
memang ai tak toleh kiri kanan dah.

Kat situ pun byk kuih muih,
bubur nasi bubur kacang.
Semua sedap2.



**Iklan jap.**
Nak let go baby food & bottle warmer.
RM10 sahaja tu kalau cod,
kalau nak pos tambah RM6 k.
Elok lagi,
sayang xpakai.
sold




Wednesday, June 4, 2014

Freeze bukan Frozen


Masa tgh jalan2 kat MV,
tetiba nampak barang2 Frozen,
penuh kat depan kedai tu.

Ape lagi laju je la
anak2 dara tu masuk.



Dan sah sah la kena beli.
Nak halang tak bole dah.
Sbb muka dorang dah excited bagai.

Ariq pun sama naik
tp bukan barang frozen la,
Dia nampak kereta huhu

Surprisingly Aliah xnak doll okey.
Dia sibuk nak buku.
Ai suh dia amik doll,
mati2 xnak katanya.



Zara plak mmg tau nak amik doll.
Awal2 lagi dia dah sibuk pilih nak mana.
Tapi terkejut gak sbb dia pilih Anna.
Setau ai dia suka Elsa sangat.
Seyes pelik plak anak2 aku ni.
Tak kisah la kan janji korang suka.

Tapi doll ni bukan la ori.
Nampak tu Freeze hehehe



Jadi la..
tp tak lama lagi tu jahanam la.
Doll ni murah je ok.
Range dalam RM20-Rm49.

Dah dapat tak sabar Zara
ajak balik umah.
Nak main la tu kan.
Rugi ai tak beli je doll lagi satu.
Sampai umah Aliah pun nak jugak.
Dah terpikir dah sblom ni,
ni mau kang berebut.
Adoi la anak.

Oh ye kalau korang berkenan gak,
kedai ni nama Hello Planet.
Kedai Gift & Souvenirs.
Lower Ground kat MV
tak silap dekat ngan Pizza Hut.
Gi la cari :)

Tuesday, June 3, 2014

Bila Zaf Shopping


Last week kan Zaf outstation 6 hari.
So sempat la dia beli barang sket katanya.
Ni hasil dia dari Shenzhen & Hong Kong.

Scarfs & broochs tuk ai.
Suka sangat2.



Lego tuk anak2.



Hardrock tuk Zara Aliah.
Ariq takde size, sian dia.



Kemain lagi beli byk tshirt Superdry.
Kata Zaf last day sblom balik.
Sampai tak perasan terambil merah byk sgt.
Kononnnn :p



Toiletries & sling bag from Tumi.



Monday, June 2, 2014

L.A.P.A.N


Alhamdulillah harini genapla
umur perkahwinan kami yg ke 8 tahun.
Macam tak caya plak.
Dalam 8 tahun tu
tak tau la bape kali gadoh hahaha
Adat la kan asam garam umah tangga.
Cuma kita kena tau camne nak
handle sesuatu situasi or keadaankan.

Nasib la dapat lelaki yg penyabar.
Ai ni jenis yg senang benor
naik temper ni tp nasib senang sejuk ok.
Hari2 doa bg diri ni
kesabaran yg tinggi huhuh
Kalau tak dapat laki xsabar gak,
konpem la pinggan periuk terbangkan.

Terima kasih enSuami,
yg sentiasa ada di sisi,
eh sentiasa ada di hati.
Sbb dia slalu outstation jarang di sisi hahaha

Semoga perkahwinan kita ni
bahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa.

Sunday, June 1, 2014

Sedih dan Menakutkan


Ya Allah Ya Tuhanku.
Minggu ni satu2 berita kematian budak
ai baca n dapat tau.

Pertama, kisah keluarga Cina tak silap.
Yang anak perempuannya jatuh dari
tangga kat dalam rumah sendiri.
Umah double storey.
Tak silap gak umur anak tu
dalam kurang 2 tahun lebih.
huhuhuhu

Kedua, kematian anak kecil
kat Sg Klang tu kan.
Oi giler betul la berita tu.
Kejam okey lelaki yg bangsat tu.
Ha amik ko ayat geram sgt aku.
Bole hentak kepala budak tu ngan seramik
pastu kelar leher..
ai mmg xleh nak digest langsung.
Kalau la ai dpt laki tu eeiiii

Ketiga, semalam kat The Gardens.
Mmg kebetulan smlm ai ke sana.
Tapi kes tu dah selesai bila sampai,
sebab sampai lewat pas asar.
Tu anak umur 7 tahun kan,
jatuh dari tingkat 3.
Dapat tau pun dr Anna,
whatsapp ai pasal berita ni.
Menggigil kaki ok baca.

Ya Allah bertapa beratnya ujianMu
pada kedua ibu bapa anak2 ini.
Semoga mereka tabah dan redha
dgn pemergian anak mereka.

Tetibakan ai rasa insaf sgt.
Dah la bole katakan hari2
menyinga je kat anak2.
Tak bole bayangkan dan xnak bayangkan
kalau ai ada dlm situasi mereka.
Hilang dalam sekelip mata.