Thursday, August 15, 2013

Malam Raya


Raya kalini tak anyam ketupat.
Puas Tok Abah cari daun kelapa
semuanya habis..
last2 Tok Abah beli siap je.
Hilang seri rasa
slalunya mmg menganyam.

Mak Tok hanya masak sayur lodeh dan lain2.
Anaknya makan aje :p

Aktiviti lain,
buh kuih raya dalam balang.
Cam biasa anak2 ai turut menyibuk.



Aliah tu kalau bagi dia buat.
Hancur kuih raya,
sebab dia main campak2 je :((



Dah habis buh kuih,
dorang main bunga api plak.



Depan umah mak ni Bangla duduk.
Lama dah bangla duk sini.
Baik2 dorang tu semua,
xpernah kacau orang.

Tahun ni tetiba raya dorang meriah sgt.
Siap pasang lampu liplap2
penuh depan umah kiri kanan :)
Buat bbq lagi n main bunga api.
Bangla2 tu siap bg anak2 bunga api.

Abah cakap xyah gi iCity dah hihi



Monday, August 12, 2013

Beli pakai duit raya


enZaf cakap sedikit duit raya anak-anak digunakan untuk membeli mainan yang mereka inginkan. Selebihnya disimpan di dalam akaun bank masing-masing. Ini merupakan pertama kali menggunakan duit raya mereka untuk membeli mainan. Daddynya saja bagi anak-anak ini gembira. Lagipun Zahra pernah cakap dengan Daddy dia bila dapat duit raya, dia nak beli toys. Semangat dia kira duit rayanya dan siap fikir dah nak beli apa dengan duit tu. Jadinya Daddy dia pun bagi green light :) Hasil kutipan duit raya pada hari pertama dan ke-dua ialah RM400 lebih. Punyalah tak sempat nak tunggu habis Syawalkan.



Daddy meletakkan syarat untuk membeli mainan harganya tidak melebihi RM50. Masa hari raya ke-tiga, kami pergi ke Amcorp Mall. Tujuan ke sana untuk membeli mainan My Little Pony (MLP) tapi sudah kehabisan stok pula. Disebabkan tiada MLP, Zahra pilih Littlest Pet Shop. Ariq pilih HotWheels, manakala Aliah memilih untuk tidak membeli. Agak terkejut juga kami pada mulanya kenapa tak nak beli, rupa-rupanya dia nak MLP juga. Dah lama aim nak beli tak nak tukar lain hihihi...



Disebabkan Aliah seorang sahaja yang belum beli mainan lagi, kami ke ToysRUs pula. Masuk dalam terus laju ke bahagian MLP. Bila dah ada kat situ, sampai rambang mata Aliah nak pilih. Sekejap-sekejap dia ambil itu lepas tu tukar lain, akhirnya yang beli lain yang dia pegang hehe.. macam-macam lah anak yang sorang ini.



Zahra ada minta castle kat Daddynya tapi enZaf tak bagi beli. Dia risau nanti Aliah pecahkan. Sebelum ini kami dah belikan mainan jenis castle atau pun bentuk rumah tapi telah dirosakkan oleh Aliah. Budak bertuah ini memang, apa sahaja barang dia main mesti rosak. enZaf panggil dia tazmania hahaha.. huru hara sekejap dengan dia ni :p Ariq pula dalam ToysRUs dia buat macam rumah sendiri. Habis disepahkan kotak-kotak mainan ke lantai. Bertuah betul.



Begitulah keadaan kami bila bawa anak-anak keluar. Tak menang tangan, ada sahaja mereka ini. Rasa macam bawa sepuluh budak hehe.. huruhara memang tak sah :)





Sementara nak membayar, kami bagi anak-anak ni main sekejap mainan-mainan yang ada. Lepas membayar pun bagi anak-anak ni main lagi. Di luar ToysRUs ada diletakkan mainan seperti slides and swing. Orang pun tak ramai, jadi seronoklah mereka semua main.



Pilihan anak-anak dalam ToysRUs. Zahra dapat juga beli MLP walaupun dah beli Littlest Pet Shop. Aliah yang konon nak MLP last sekali tak beli pun. Dia pilih mainan masak-masak pula. Sudah lah masuk ToysRUs tu sebab dia nak MLP. Sabar je lah. Ariq tambah mainan juga dengan remote control truck.



Masing-masing balik rumah dengan penuh senyuman, almaklumlah dapat dah apa yang dorang nak. Tak sabar-sabar dah nak balik rumah lepas tu. Apa pun ai gembira bila anak-anak gembira.

Sunday, August 11, 2013

Gambar Raya Kami


Gambar kami di Hari Raya pertama.
Beraya di rumah sendiri dulu.



Pastu terus ke umah Sg Buloh.
Best sebab dapat beraya dulu blah ai.



Satu je tak best,
adik ai kat Ipoh xdapat balik,
sbb suami dia kena keje time raya.

Petang pula kat umah Taman Tun.
Selekeh dah hehehe



Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri 2013


Buat semua kawan2 My Cute Little Diary :)




Semoga Ramadhan & Syawal
kita mendapat rahmat dariNya

Monday, August 5, 2013

Khatam al-Quram & Hasil Shopping Raya


Syukur alhamdulillah,
niat ai untuk khatam al-Quran dimakbulkan.
Harini lepas solat Zuhur ai habis mengaji.

Memang harini ai rasa malas nak masak tuk berbuka.
Tup tup tup Zaf call ajak berbuka kat luar.
Katanya celebrate sempena khatam hihi

Kami ifthar kat Tropicana Golf & Country Resort.
Pegi la mana2 tempat
kalau booking nama enZaf ni tak pernah betul.



Ini budak tak reti dok diam.
Buat havoc dia nombor satu.



Peace versi Ariq.
Bila suh dia peace nak amik gambar.
Camtu la rupanya.



Banyak makanan yg diambil tak snap.
Hanya snap satu je.
Bread pudding wajib amik.
Sedap gilersss...



Okay yang ni adalah hasil shopping raya tuk tahun 2013.
Sekian.