Thursday, June 14, 2012

Seindah Sakura


Sakura kat Paris.
Ingatkan Sakura kat Jepun ke kan :p
Harini last episode tuk
citer Seindah Sakura kan.



Suka citer ni,
walaupun ai bukan la
FS fan..
tapi ai suka dia berlakon.

Cuma geram sbb
watak Kira ni lembik sgt.
Senang sgt kena tipu.
Nak nak bila Anida tu dajal dia.
Ngan Airil yg tuduh dia melulu.
Tapi mmg best bila Airil
kena lempang ngan Kira hahaha


Semua image ihsan dari Googled :)

Wednesday, June 13, 2012

37 Minggu


image googled.

Siang tadi checkup tuk 37minggu.
Alhamdulillah semuanya nampak ok.
Baby pun dah berat 2.67kg.
Kali ni baby besar dari akak2 dia.
Masak mummy nak bersalin ni.
Harap2 senang la hendaknya.

Gynea kata next week checkup
check CTG and bukaan serviks.
Katanya next week ni bersalin la..
Wah terus nerves..
Walaupun dah 2 kali tapi tetap takut gak.
Ape pun gynea kata,
bila2 masa dah bole bersalin.
Kalau rasa sakit je terus datang.
Jangan tunggu2 lagi..

Cam Aliah sblom ni la.
Ai siap kata leh tahan lagi.
Skali masa kat labour room
dah bukak 6cm.
Nasib cepat, kalau lambat.
Dalam kete la bersalin.
So this time gynea pesan.
Takde tangguh2...
Sakit tgh malam pun datang terus spital.

Doakan ai dipermudahkan bersalin kali ni yer. :)

Tuesday, June 12, 2012

Cowboy Town & Animal World


Minggu lepas gi jejalan kat A'Famosa.
Stay 1 malam je pun.
Bawak mak & ayah mertua, adik ipar dan kak ipar sekeluarga.


Kami amik Villa.
Ada 4 bilik, senang semua dalam tu.
Plus swimming pool.

Sampai2 je cam biasa la,
Zara n Aliah tak senang duduk.
Nak terjun pool.


Seronok dorang dapat mandi.
Ai is tengok je huhu


Malam kami gi Cowboy Town.
Tengok show kat situ.
Ni salah satu show yg ada.
Red Indian ngan api2.
Aliah takut, Zara suka.


Sronok dorang dapat jejalan.
Sempat paw daddynya hehe
Adik pilih kipas lampu2.
Aliah pilih T-rex, feveret dino dia huhu


Malam penutup dihujani ngan fireworks.
Menggelupur anak2 daraku.
Takut sbb bunyi kuat sangat.
Dekat dorang tembak bunga api tu.


Keesokkannya plak.
Pas brekpes.
Gi Animal World.
Zara dari smlamnya tak habis2
nak tgk zoo animal,zoo animal :)

Masa tgk2 binatang.
Aliah nampak sheep ni.
Terus nyanyi lagu Baa Baa Black Sheep.
walaupun sheepnya bukan kaler itam hihi


Suka giler Aliah dapat
bagi bunny makan carroot.


Zara plak memang tak layan
binatang comel2 ni.
Cuba bagi dia Lion, Tiger,
semua tu dia suka ar.
Ganas anak dara sulong ni.

Tak dapat join Safari.
Sbb ai peknen.
Kalau tak mesti lagi best.
Jadinya layan jejalan tgk show je.
Sempat tgk Multi Animal Show & Bird Show.
Lelain tak tgk sbb
ai mmg tak larat sesangat.
Tambah plak ngan cuaca giler panas.

Yang pasti anak2 seronok.
Bila dorang seronok kita pun suka hati :)

Monday, June 11, 2012

Pasal Brooch


Diriku adalah peminat brooch Denni dan Kenji. Tapi sebelum beli jenama Denni dan Kenji ni pun ai memang suka pada brooch. Tak kisah lah harganya murah ke mahal ke asalkan cantik memang terus beli. Bila bercakap pasal brooch Denni dan Kenji ini sudah merata tempat ai beli. Yang pasti semuanya di dalam shopping mall seperti Jusco, Metro, Isetan dan Tangs. Tempat yang paling jauh ai pernah beli di Tangs Singapore. Sebenarnya masa tu tak rancang pun nak beli brooch, entah macamana tergerak hati nak tengok kat situ tiba-tiba berkenan pula. Nak pula design itu tak ada di Malaysia lagilah buat ai nak beli juga hehehe... Baru-baru ini Denni & co buka outletnya sendiri di One Utama (OU), apa lagi haruslah jejak kaki di sana.


*gambar dari Google

Dah alang-alang ada outletnya di OU ini, ai pun hantar brooch yang perlu dibaiki. Gambar di bawah adalah brooch ai yang patah. Patah ketika ai nak pakai, entah macamana ganas sangat tekan sampai patah dua haha..



Satu lagi brooch nak dihantar disebabkan stonenya jatuh. Satu ketul je yang hilang tu. Tak berapa nampak sangat dalam gambar. Tak sedar bila hilangnya, ai pun jarang pakai brooch ini. Lama dah brooch ini, tak silap ni lah brooch pertama ai beli di Denni. Mungkin tahun 2004 atau 2005.



Gambar di bawah ini adalah brooch yang ke tiga yang perlu dibaiki. Pinnya tumpul. Sebelum itu ai ada cuba mengasah pinnya, dengan harapan tajam lah. Tapi tak jadi hahaha.. Maka hantar sekali lah repair.



Maka inilah ketiga-tiga brooch yang perlu di servis. Eh! macam kereta pula nak servis. Dan bukan main lagi brooch ni pun ada repair bagaikan. Sebelum nak hantar tu, ai perlu cari warranty card setiap satu. Mujurlah ai memang simpan, cuma nak cari balik mana satu kepunyaan brooch tu je makan masa sikit. Lain kali setiap kali beli brooch ini ai kena tulis atau lukis bentuk pin supaya tahu warranty card ini milik siapa ;) Sampai sana dorang kata tak perlu.
Sbb dorang dah tau tu
brooch Denni/Kenji ke tak hihi



Masa hantar brooch ini untuk direpair, SA di situ maklum tidak perlu warranty card sebab mereka tahu brooch itu milik mereka atau tidak. Aduhai sabarlah duhai hati, punyalah gigih ai belek warranty card tu sebelum bawa haha.. tapi tak apalah kata SA kalau ada warranty card ni lagi bagus memudahkan kerja mereka juga. Nak nak pada brooch yang lama, sebab awal-awal keluaran dorang tak copkan jenama di belakang brooch. Sekarang jenama Denni & Kenji ada cop dibelakang setiap brooch. Setiap barang mereka ada warranty terutamanya pada batu. Kalau batu itu jatuh tidak kira satu atau berapa banyak sekali pun, mereka akan gantikan dengan batu baru jika ada stok. Kebetulan saiz batu ai ada stok, terus mereka siapkannya kecuali yang pin tumpul itu. Mereka perlu hantar ke Service Centre sebab tiada stok di outlet. Tempoh masa siap dalam satu minggu.



Hanya brooch ai yang patah itu sahaja dia tak dapat dibaiki disebabkan tak ada cover dalam warranty :( Sedih juga hati ini disebabkan brooch itu agak baru juga. Akhirnya brooch itu sudah masuk ke dalam tong sampah. Bila enZaf nampak ai sedih, terus dia kata nanti kita beli yang baru. Terus hati ini berbunga kembali haha... Oh ya, brooch yang baiki tu tidak dikenakan sebarang caj. Nama pun warrantykan. Paling best ianya Life Time Warranty, jadi berbaloi lah beli walaupun harganya mahal sedikit. Asalkan jangan buat patah :)

Wednesday, June 6, 2012

Panas panas panas


Musim panaskan skang.
Walaupun dah pasang ekon,
ai tetap berpeluh bagai.
Mandi jgn kata la.
lebih dari 4 kali sehari.

Bila musim panas ni.
Durian pun banyak.
Ape lagi ai ngan enZaf
jalan2 cari makan le bedua.

Kami kalau nak makan durian.
Mmg suka pegi kat SS2.
Tempat feveret.


Dan yang pasti,
durian pilihan kami ada Tekka.
Sejak makan Tekka last year,
tak pandang dah musang king ke, d24 ke..
ape2 la yg lain.
Mmg dah jatuh cinta pada Tekka aje.


Isinya tak pernah menghampakan kami.
Sedap bangat.
Dan paling best,
kalau makan durian Tekka ni,
tangan takde lekat bau durian.
Sape tak pernah cuba lagi.
Gi cari Tekka ni tau.

Balik tidak la dgn tangan kosong.
Yang ni kami punya.
Ada lagi tgh membungkus tu.
Bg kat parents ai and pil jua.