Tuesday, June 5, 2012

Makan-makan di Jeram


Gi jalan2 cari makan seafood
ngan girlfriends kat Jeram.

Time ni dalam kul 6.
Air tgh surut,
tapi dah nak pasang.


Makan kat Restoran Aroma Ikan Bakar.
Tempat paling femes
and sedap katanya.


Sesi memilih oleh Nani dan Anis


Bakal dimasukkan dalam perut jap lagi :)


Duk dekat ngan laut.
Konon menikmati keindahan alam
tapi seyes panas.. takde angin
berkuap2 jua la dok dlm ni haha


Ketam masak kunyit


Ikan siakap 3 rasa


Udang goreng tepung


Ketam masak cili


Udang masak cili dan butter prawn


Sesi melantak.
Semua org makan dah tak ingat dunia.


Orang lain semua dah stop makan.
Tinggal Anis je yg tgh korek pipi ikan hihi


Tima kasih pada Pn.Nani
sbb dia la tokei yg blanje kami semua makan.
Kenyang sangat weh.
Dah macam ular sawa rasanya.
Kalau ada bantal mmg lama dah ku landing.


Masakannya semua sedap2 belaka.
Nak nak masak cilikan..
Sangat puas hati.
yang pasti leh datang lagi.
Dah kenyang baru ingat anak2 dan laki :p
Pasni ni mau ajak Zaf kesana plak.

Saturday, June 2, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-6


Tarikh hari ini ialah 02/06/2012 merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan kami. Tak sangka sudah 6 tahun hihi... Banyak juga cabaran dan dugaan yang kami lalui. Alhamdulillah semuanya dapat diatasi satu persatu. Semoga ikatan ini membawa kami sampai ke Syurga. enZaf siap wish awal 3 minit sebelum masuk pukul 12 pagi hehehe.... Tak kisah la kan dengan 3 minit tu. Sekurang-kurangnya dia ingat dan ada effort untuk wish. Ai sangat hargai :) Dia wish ini pun masih belum balik rumah lagi. Dia masih ada meeting bersama customer. Begitulah kerjanya yang tak menentu masa.



Masa dia wish tu terlalu general, ai pun tanyalah dia yang keberapa tahun. Boleh pula salah jawapan dia tu huhuhu.. Sajalah buat-buat terkejut dengan jawapan dia tu kan.



Mesti dia kira balik berapa tahun dah perkahwinan kami ini hahaha.. lepas tu baru dia reply semula. Dan kali ini betul sudah. Kena tambah satu tahun lagi :p



Ai pun tak ada la marah dia pun pasal salah tahun tu. Tahu dah dia bab-bab nombor ni lambat sikit fikir. Ai pun kacau masa dia tengah meeting, lagilah kalut dia hehe.. Saja nak mengusik. Apa pun yang paling penting dia sentiasa bersama kita sewaktu susah dan senang. Hadiah ai tak beli pun. Kami ini memang jarang beli hadiah. Bagi ai ingatan pun dah memadai. Tapi baby dalam perut ini boleh dikira sebagai hadiah ke tak.. sama macam dua tahun yang lepas :) [link]

Thursday, May 31, 2012

Main masak-masak


Lama dah akak Zara
mintak belikan kitchen toys.
Tapi kami ni asik tertanggguh je nak beli.
Sblom ni ada gak
tgk2 kat Toys R Us tu kan.
Bole tahan gak harganya.
Sbb tu la tak beli2 gak hehehe

Pastu ai pun survey la
cari kat internet
kot ada yg jual murah2.
Cari kat Mudah.com pastu
jumpa la kitchen cam Zara nak.

Tgk2 iklan tu,
rupa2nya dekat je ngan umah.
Kat Kota Damansara gak.
Ai pun ajak la Zaf gi kedai dia.
Leh tgk skali kitchen tu besar mana kan.

Barangnya sama je jual cam kat Toys R Us.
Yang pasti lagi murah. :)
Sempat jua ai snap dlm kedai dia hihi



Banyak toys dalam ni
rambang mata jua nak pilih mana satu.



Set tuk boys pun banyak.
Cam burger stall,
mechanic tools..
Sape ada anak boy leh beli kat sini jua.



Aliah dok berkenan kat kete ni.
Masa nak balik mengamuk dia taknak.
nak car nak car katanya
Kalau umah landed mummy angkut skali nak oi.


Zara yg tak sabar dah nak suh daddy
pasangkan kitchen dia.
Sblom tu bergambar dulu.
Peace 3 jari huhu


Sronok dapat main akhirnya.



Jangan korang berdua berebut sudah.
Itu pun main ada gadoh sket2.
Aduhhh



Ni alamat kedai tu
kot korang nak gi beli ke kan

MY QUEEN TOYS
43-2,Jln PJU 5/10,Dataran Sunway,
47810 Kota Damansara,Pertaling Jaya.
Contact no.016-9821212 (Agnes)
Bussiness Hours : 11.00am - 10.00pm ( Mon - Sun )
Email: myqueentoys@hotmail.com
Blog: http://myqueentoys.blogspot.com/

Tuesday, May 29, 2012

Nak makan asam pedas


Tetiba tekak ni rasa
nak makan asam pedas
kat Resotran Ah Tuan Ee's
at The Curve.



Ajak la enZaf
dinner kat sana.
Skali sampai2 asam pedas nak tu
dah habis huhuhuhu

Giler frust,
jadinya enZaf order
kari kepala ikan sbg pengganti



Nasib la mmg sedap
Byk giler bahan dia buh dlm tu.
Sampai tak larat nak habis.

Pastu order sayur
kailan ikan masin.
Sayur mmg fresh!



Dengan sweet ginger chicken.
Ni pun sedap gilers.



Pencuci mulut kami order cendol.
Tapi lupa nak amik gambar.
Cendolnya mmg sedap.

Bagiku makanan2 yg ada kat sini
semua sedap2..
Sape tak pernah try sila
gi cuba try test :)

Monday, May 28, 2012

World Milk Day 2012


Smalam gi OU,
beriaya la ajak Zaf nak gi
event Hari Susu Sedunia.
Pagi2 ai n anak2 dah siap.
Tapi Zaf masih lagi terbongkang.
Tak tau plak dia balik
kul 6 pagi
sbb wat tender kat opis. :(

Dapat la pegi juga.
Tapi dah terlambat.



Dan tak tau plak eventnya sampai kul 2 petang je.
Kami sampai pun dah kul 2 huhuhu
Tak sempat nak tgk Faizal Tahir performed.

Walaupun dah habis event tu.
Kaunter dorang masih bukak lagi.
Jadinya ai pegi la register.



Dah register
gi amik goodies bag plak.



Antara permainan yg dorang still bukak lagi.
Badminton Doubles Games.
Kena masukkan shuttle cock
dlm salah satu lubang
selama 10 saat.
Sayang xtvt tuk anak2 dah tutup semua.



Ni goodies yang dapat sempena
Hari Susu Sedunia 2012.