Friday, September 9, 2011

Raya Hari Pertama

Baru nak story pasal raya hari pertama.

6:00am - 9:30am
Bangun solat subuh dan mandi sunat raya.
Kejutkan anak2, pergh seksa nak bangun pagi2.
Mandi dan bersiap2
Breakfast ala kadar, toasted bread ngan tea.
Daddy gi solat raya kat Masjid Kota Damansara.

10:00am - 1:30pm
Beraya di umah PIL dulu kat Taman Tun.
Bersalam-salaman dan bagi angpau.
Sesi bergambar.
Makan-makan; lemang dan rendang daging.
Kuih raya....

2:00pm - 9:30pm
Beraya di umah mak n abah kat Sg Buloh.
Makan-makan; ketupat nasi, kuah lodeh... (sama cam makan malam raya)
Tak sempat nak bergambar sbb
tak putus2 jiran dan sedara mara datang.
Sampai la ke malam.
Time kami nak balik tu pun masih ada lagi orang huhu

9:45pm - 11:00pm
Beraya umah BFF enZaf kat Taman Tun
Makan-makan lagi; ketupat palas, lemang, rendang ayam,
rendang daging, bihun and mee goreng.
Semuanya sedap.
Anak2 main kat toy room ngan kawan2.
sampai taknak balik.

12:00am
Kepenatan dan semua terbongkang.
zzzzzzz

******************************************

Ini je gambar kuarga yg terbaik dapat amik.
Kemain susah nak suh anak2ku pandang camera.
Pasrah hehe



Nak letak gambar ramai2, MIL tak pakai tudung plak.
So baik jgn letakkan ;)
Masih bersedih gambar kuarga kat Sg Buloh tak sempat nak amik
huhuhuhu

Yang ni plak gambar anak2 ngan anak akak ipar.
Yang ni pun susahnya la nak semua tgk camera.
Heran agaknya apesal la ramai sgt kat depan dorang ni.
Masing2 dok pegang camera n henpon hehe



Anak2 abang takde. Sedihnya.
Sejak abang ipar divorce, bole ek ex dia tak bagi
anak2 jumpa ayahnya..
Hari raya taknak bagi jumpa,
sangat kejam okeh huhuhu


Thursday, September 8, 2011

Puasa 6 dan puasa qada'




Soalan:
Minta penjelasan...puasa mana yang perlu diutamakan dahulu...samada lebih afdal melakukan puasa qada' dahulu atau puasa 6???

Jawapan:
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jika ditanya yang mana dulu, sudah tentu perkara WAJIB mendahului perkara SUNNAT. Didalam kes Qadha' puasa berbanding dengan Puasa enam, sudah tentu mengQadha' puasa lebih afdal dilakukan, kecuali bagi kaum perempuan, ada beberapa ulama' berpandangan bahawa jika masa TERHAD, ditakuti bulan Syawwal berlalu, maka dibolehkan berpuasa 6 dahulu dan diikuti dengan puasa Qadha' menurut Syiekh Ibn Utsaimin. [Sharh al-Mumthi' 6/448].

Sabda Nabi :-

من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال فكأنما صام الدهر
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawwal, seolah-olah dia telah berpuasa tahun"

Jika dihalusi hadith diatas yang menjelaskan fadhilat Puasa 6, ia menunjukkan kepada suatu ganjaran yang diberikan kepada orang Islam yang telah cukup sebulan berpuasa Ramadhan. Menurut Ibn Utsaimin rh, umum mengetahui bahawa barangsiapa yang masih berhutang puasa Ramadhan tidak dianggap telah berpuasa Ramadhan sehingga ia mengqadha' hari-hari yang ditinggalkan [Fataawa al-Siyaam. ms 438].

dipetik dari
al-ahkam.net







InsyaAllah, minggu depan ai start berpuasa ganti.
hope lepas tu sempat buat puasa 6.


Wednesday, September 7, 2011

Makan2 di malam raya

Ini adalah hasil dari kami main masak2,
dari entry Esok hari raya.

Ai memang suka malam raya,
sbb time tu la baru dapat makan makanan raya
buat pertama kali tuk last puasa.
Sedap tak terkata.. hihihi

Selain dari ketupat.
Kami masak rendang daging,
sambal ikan bilis, sambal udang



Ada kuah lodeh, ketupat semestinya
ayam goreng, ala kuah kacang tak nampak plak.



Dah kenyang kat SgBuloh,
kami ke umah taman tun plak.

Anak2 ai main ngan Alisya.



Besar dah dia.
Memang besar dari Aliah pun,
skali Alisya tepuk, terduduk Aliah hahaha.
Masih blom merangkak.
Geram betul, tgk bambam.. teringat Zara kecik2.
Tak larat nak angkat, patah pinggang hihi

Friday, September 2, 2011

Serai

Smalam kami singgah Empire pas beraya.
Sbb ai tetiba teringin nak makan Pavlova.
Minum petang la kiranya kan :)
Ingatkan takde la ramai org.
Ramai gak rupanya, nasib ada tempat.



Yang dihajat sudah ada didepan mata.
Nom nom nom



Akak Zahra macam biasa makan carbonara.
Feveret dia.



Mummy n daddy share makan burger.
Konon nak Pavlova je,
amik order burger seketul huhu



Perut dah kenyang,
pusing2 dalam Empire ni.


Thursday, September 1, 2011

Raya sakan

Teringin nak update blog
tapi kepenatan sangat badan ni.
Gila 3 hari berturut2,
jalan beraya sakan.
Drama or movie raya pun tak sempat nak tgk.
Ntah best ke idak pun tak tau hihi

Tapi tadi sempat singgah Empire jap.
Makan Pavlova kat Serai :)
Ha amik. keje ko makan je yati oi.
Confirm berat 3kali ganda.

Esok dok umah je kot,
since takde sape buat umah terbuka.
Kot uols ada buat,
meh la ajak..
hahah muka tak tau malu sungguh.